Ciri-Ciri Maklumat Yang Berautoriti

Ciri-Ciri Maklumat Yang Berautoriti…Maklumat adalah nadi kehidupan.Sejak dari dulu lagi manusia cenderung untuk mencari,memiliki dan menggunakan maklumat.Namun sekarang ini kebanjiran maklumat pula dengan ledakan teknologi sains dan teknologi.Dalam pada itu hanya manusia yang bijak sahaja dapat mencari maklumat yang boleh diyakini atau maklumat yang berautoriti.

sumber maklumat berautoriti

Ada 6 ciri-ciri maklumat yang berautoriti.Maklumat ini sangat penting dan sesiapa yang menguasainya akan lebih berkuasa dan berpengaruh.Sebab itu negara Malaysia mahu  menggunakan sistem knowledge economy untuk memajukan negara yang berdaya saing.

1.Relevan

Maklumat yang relevan dengan keadaan semasa,penyelesai masalah dan berbentuk idea kepada dunia inovasi sangat berharga.Kebocoran maklumat boleh merugikan kepada perniagaan .Misalnya rahsia resepi untuk ayam goreng restoran segera adalah ditutup rapat daripada diketahui umum.

2.Boleh dipercayai.

Kebolehpercayaan sesuatu maklumat sangat rumit.Tidak semua maklumat itu benar dan tepat.Ada informasi yang samar-samar kerana dinilai dengan hati dan perasaan.Misalnya maklumat yang diperolehi dari ebook biasa (bukan semua) belum dapat dipercayai sebagai jurnal berbanding yang diterbitkan oleh jabatan universiti.Untuk pengetahuan semua ebook yang dijual melalui portal Buku Online memang boleh dipercayai dan diyakini.

3.Boleh difahami dengan cepat

Maklumat yang ditulis oleh orang  kebanyakan lebih cepat difahami berbanding tulisan seorang pakar yang menggunakan bahasa jargon.(bukan jagoan).Lagi cepat difahami maka lagi cepat tindakan yang diambil berdasarkan maklumat yang diperolehi.Ia berdasarkan maklumat petua kesihatan tradisional berbanding maklumat ubatan dari pakar kesihatan moden.

4.Maklumat lengkap

Tidak guna kalau ada maklumat yang ditemui itu separuh sahaja.Separuh lagi entah kemana.Sebab itu maklumat yang lengkap sahaja boleh dijadikan maklumat yang berautoriti.Misalnya maklumat lengkap begini amat diperlukan dalam dunia perubatan,perundangan maupun kejuruteraan.

5.Tepat pada waktunya

Apalah gunanya kalau ada maklumat yang sangat diperlukan itu tidak ditemui ketika kita hendak membuat rujukan.Misalnya maklumat untuk kemaskini data BR1M sebelum tahun 2014.Namun kita perolehi maklumat tersebut pada penghujung bulan januari 2015.Kita sudah terlambat dan sungguh rugi.

6.Mengurangkan ketidakpastian

Maklumat yang bersandarkan pendapatan dan pemerhatian sehari dua belum pasti sahih.Maklumat ini masih ‘sampah’ sehingga pihak berkaitan membuat kajian ilmiah secara terperinci.Sebab itulah maklumat yang berautoriti mesti pasti,sahih dan telus.

 

Kesimpulan dari admin,

Membicarakan maklumat yang berautoriti sangat mencabar.Kesilapan kecil boleh menjejas autoriti seseorang.

Sungguh,maklumat yang terbaik dan popular belum tentu dikelaskan sebagai maklumat berautoriti.Ciri-ciri maklumat tersebut mesti melepasi standard yang HB kemukakan di atas.Jika lulus maka layaklah maklumat itu sebagai yang berautoriti.

Sekian.Salam berinfomasi dan ceria melayari dunia kebanjiran maklumat.

13 ulasan

terbaik tips nie bro...boleh dijadikan panduan unutk menulis di blog

Penulisan berautoriti menjadikan blog lebih berkuasa..

Perkongsian yg baik utk pengetahuan dan dijadikan panduan buat semua.. Thanks sharing HB..

Assalamualaikum

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...

Selamat tahun baru bro HB.
Perkongsian yang sangat berguna :)

ia sangat sesuai untuk digunakan dalam blog

Waalaikumsalam bro..,

Sama-sama kita mengharapkan tahun baharu nanti menjadi terbaik

ya..selamat tahun baru..

tak dinafikan, sahabat dajjal pon dah pandai menyebarkan maklumat palsu yang sangat meyakinkan...

dunia dah semakin kiamat..

zaman sekarang nie mencabar sgt nak dapatkan info yg tepat dan betul, kan? akhirnya berbalik kepada penilaian diri masing2 dalam nak memilih info untuk dipercaya. kalau betul, syukur alhamdulillah..tapi banyak juga yang tersilap memilih sumber. :(


EmoticonEmoticon