Bil Elektrik Naik Apa Perlu Buat

Bil Elektrik Naik Apa Perlu Buat…HB baru lepas bayar bil elekrik.Hati runsing dibuatnya.Nilai bil setiap bulan sentiasa naik.Maksudnya penggunaan elektrik keluarga HB bertambah.Perubahan ini bukan sesuatu yang baik.Sebab bil naik maka belanja pun naik,Duit semakin sedikit.Hati susah nak happy.

bil elekrik

Bila belanja untuk bil elektrik naik maka nilai duit tunai dalam tangan akan turun.Prinsip sama seperti ilmu dalam ekonomi.Dulu semasa ambik subjek ekonomi kat sekolah tinggi susah nak faham Dah tua-tua begini ( tapi masih hensem) mudah nak faham pulak,Jadi apa kata kita fikir sama-sama tips atau cara supaya bil elektrik rumah kita tak naik sebaliknya akan turun.

1.Tutup suis apabila tidak digunakan

Amalan yang mudah.Namun ramai yang tak endah.Jika kalian tak guna lagi lampu dalam bilik air,stor,tandas dan sebagainya maka tutup selepas digunakan,TIdak susah pun.Malah tak ambik masa yang banyak.Apa yang penting jadikan tabiat sahaja.

2.Awasi penggunaa alat elektrik berkuasa tinggi.

Kita suka menggunakan seterika elektrik untuk seterika pakaian supaya nampak kemas.(betul ke ayat HB nie).Apa kata kurangkan penggunaan alat tersebut dengan menghantar pakaian ke kedai dobi.Hantar pakaian yang jenis yang memerlukan mereka seterikakan baju tersebut banyak-banyak.Jadi jimat elektrik dan tenaga.

3.Menjadikan hari tanpa elektrik seminggu sekali

Idea ini bukan sesuatu yang baru.Seluruh dunia ada menyambutnya Earth Hour.Namun idea yang nak saya ketengahkan ini cari sehari selama 6 jam.Jika tahan lebih lama lagi bagus.Tutup semua peralatan elekrik kecuali telefon bimbit.Bimbang ada kes kecemasan pula.

4.Hidupkan budaya kedekut elekrik

Budaya kedekut kurang bagus.Namun dalam situasi dan keadaan tertentu ada baiknya.Misalnya dalam penggunaan elektrik.Malam tidur awal.Kurangkan nonton TV,online dan permainan video.Lagi kurang lagi bagus kerana ada aktiviti yang kita lakukan itu merupakan kehendak dan bukannya keperluan.(macam berblog-mesti ramai yang marah)

5.Bijak mencari duit lebih

Pilihan terakhir ialah bijak mencari duit lebih untuk menampung kos kenaikan bil elektrik.Cari dan ikhtiar dengan bakat yang ada untuk mencari rezeki.Jangan mengharap gaji tetap.Sebab gaji tetap sudah tentu sedikit.Buatlah perniagaan kecil-kecilan atau menjadi seorang blogger buat duit seperti blog kakiblog.(contoh sahaja)

 

Kesimpulan dari admin,

Sebagai tambahan kepada tips yang HB kemukakan di atas,kalian boleh juga baca  link yang diberikan bawah ini.Melalui tips yang ada dalam link tersebut kalian dijamin untuk berupaya mengurangkan bil elektrik sehingga 40 peratus setiap bulan.Pengiraan mudah apabila bil kalian RM100 maka setiap bulan cuma perlu bayar RM60 sahaja.

Jadi jangan lupa untuk dapat segera tips yang lebih power ini.

Ingin Kurangkan Bil Elektrik Anda? Klik Disini!

Sekian.Salam ceria dan jom jimat bil elektrik hari ini juga.

35 ulasan

Penggunaan elektikvdi rumah saya pun makin bertambah, kita sorang yang ingin jimat org lain senang2 je guna pakai.

part iron baju tu, kalau iron sendiri brbanding hntr dobi lebih murah ke eh?

memang terasa sejak akhir2 ni bil elektrik semakin menaik..sedangkan penggunaan sama..xde pun tambah barang yg menggunakan elektrik..agaknya harga elektrik dah naek..apa pun tips2 ni memang terbaik terutama bhgian kedekut elektrik..hehe..5 GAMBAR BAYI DILAHIR BERWAJAH ANEH

nak menjimatkan elektrik memang setiap ahli keluarga kena mainkan peranan, tips-tips di atas tu boleh dipraktikkan :)

apa yang pasti, yang nombo 5 tu kena buat jugak... yang lain2 tu mungkin boleh skip, yang nombo 5 tu wajib buat hehehehe

orang kata kalau kita pakai penghawa digin benda akan up naik bil kita dengan cepatkan uh..

Panduan yang baik..:)

hehehe bagusni buat budaya kedekut, kena praktik pasni, anak dok tegok tv terus tutup, tengok suami tengok tv kita tutup. hahahaha

Bab kedekut letrik tu memang saya praktikkan..pantang nampak lampu menyala tapi xde orang. memang kena bebel..hehehe

Isteri tidak tahan cari petua elak bau badan untuk...

Tips-tips yang bagus, bil elektrik rumah saya pun asyik naik je huhu

Nak wujudkan budaya kedekut elektrik la hehe

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Tips berguna ni. Jom kita kedekut elektrik!

Lepas ni memang kena berjimat elektrik la...

Nasib baik setakat ni dalam lingkungan 20-30 ringgit.. tp tahun2 akan dtg.. fuh.. kena siap sedia ni.. huu..

Peranan ahli keluarga sangat penting bagi mengurangkan kos bil elektrik bulanan :)

kalau sepakat baru ia akan jadi..

belum saya buat kajian..kalau fikir secara logik kita jimat tenaga dan jimat air..paling bagus dobi tak jauh dari rumah

tarif elektrik boleh semak kat bil..

perlu bincang dan duduk semeja...minta sepakat.

bagi yang bijak ok la..kalau ada yang kurang bijak tu memang susah juga tu

memang la..kecuali guna yang energy saver..jenama terkenal memang ada!

boleh la...terima kasih.

tapi hati-hati,nanti semua orang benci susah juga.he..he.

he..he..bagus dan teruskan!

ya..kedekut untuk kebaikan!

boleh sangat dan ikut situasi juga..

memang perlu sangat..

jimat betul tu bro..

kesedaran mesti mau ada ..

Walau ada pelbagai tips tapi semuanya bergantung pada setiap orang dalam rumah...
Apa yang penting...kerjasama! :)

ada satu tips orang beritahu yg datang dari TNB juga... walau suis peralatan elektrik dah dimatikan, cabutlah soket nya sekali... masih terdapat aliran elektrik sekiranya soket tidak dicabut.... saya pernah amalkan masa bercuti dah hasilnya memang lebih baik...

kerjasama memang penting bro..

tips ini memang terbaik la..

tutup lampu awal...hahaha..pasang lilin

tukar kepada lampu LED, lagi jimat :)


EmoticonEmoticon