Beras Siam Wangi Cap Amoi

Beras Siam Wangi Cap Amoi…Nasi adalah makanan asasi penduduk Malaysia.Tidak makan nasi seperti pelik dan ganjil.Oleh itu makan nasi dan beras adalah sinonim dengan  kita semua.Dengan kesempatan kali ini HB cuba nak bercerita tentang beras siam wangi.Emak HB suka makan nasi yang dimasak menggunakan beras wangi.Malah tempat HB bekerja,beras wangi adalah produk teras.Tidak boleh tidak.

Beras wangi

Pulang dari kerja HB terus masak nasi.Beras yang baru dibeli adalah beras siam wangi cap Amoi.Bukan cap apek atau cap ayam.Cap dalam penggunaan bahasa tempatan ialah brand atau jenama.

Pertama kali masak beras siam wangi cap amoi.Tak wangi dan rasa macam biasa pulak.Mungkin salah HB kerana sukatan air tak tepat.Maaf ini adalah pandangan dan komen ikhlas.

Apa yang menarik beras ini bersih.Sekali cuci dah memadai.Tahap kebersihan beras sangat HB kagumi.Semasa mencuci beras memang terasa tekstur beras ini halus.Awas beras yang halus mudah untuk tertumpah semasa mencuci.Namun jangan dijadikan alasan untuk tidak membeli beras wangi siam cap amoi.

Berbalik pada soal harga memang berbaloi juga.Nak kata murah tak juga.Kalau mahal pun bukan.Harga untuk 10 KG adalah RM33.90.KB pasti ramai yang mampu beli beras wangi dengan harga yang ditawarkan.

Sekiranya  kalian masih ragu-ragu nak membeli beras wangi siam wangi cap amoi tak apa.Mari HB kongsikan beberapa kelebihan beras wangi jenama ini berbanding pesaingnya.

1.Harga masih berbaloi.

2.Ada pengesahan halal (MS 1500:2009 1008-07/2007)

3.Menerima iktiraf ISO 900:2008

4.Lulus HACCP (Certificate No :KLR 6008005)

5.Dapat Golden Bull  Award 2005

6.Jaminan Kualiti Terbaik

7.Ahli kumpulan Bernas.

8.beras tulen 100%

9.Pengeluar beras yang dipercayai-Liansin

10.Bungkusan yang bersih

Dah banyak juga HB senaraikan.Kini terpulang nak beli atau tidak.HB tak kisah kalian beli jenama lain kerana HB tahu lambat laun pasti ada peminat beras wangi siam cap amoi.

 

Maklumat lanjut sila layari : www.liansin.com

 

Kesimpulan dari admin,

Ada sesiapa yang nak HB tulis tentang produk atau perkhidmatan kalian, maka jangan lupa untuk hubungi pihak admin.Harga yang ditawarkan pasti memberi pulangan kepada bisnes kalian.

Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.

 

Info tambahan:

1.Nak servis blog……. [klik sini]

2.Nak baca buku online….. [klik sini]

3.Nak dapat hosting percuma …. [klik sini]

38 ulasan

Tak pernah makan beras Jenama ni lagi.. biasa beli beras wangi Jenama Sakura.. pernah mencuba jenama lain tapi berasnya cepat basi, ada juga yang tak basi tapi nasi nya jadi berair dan melekit dalam waktu satu tak sampai 24jam... ade kesempatan nak cuba juga beras ni.. Thanks for d info HB

Boleh cuba beras cap amoi ni nanti,saya kalau cuci beras nak tuang air saya letak penapis dulu heehe..kalau sehari beras tumpah 2 sudu,sebulan dah berapa banyak kan..jadi saya guna penapis hehe settle prblm beras tumpah masuk dlm sinki hehe

Pernah try beras nie memang wangi. Makan pun sedap.

belum pernah lagi beli jenama ni, boleh try kot nanti...

wah sepertinya untuk malaysia saja ada beras itu di indonesia tak pernah ketemu, malaysia dan indonesia sama sama makan nasi belum makan kalau belum makan nasi

wah ulasan yang bagus tentang beras

Saya pun gemar makan beras siam, kalau makan misti tambah punye.

Haritu terbaca post mengenai beras cap dara kampung di sini http://www.harianblogger.com/jenama-beras-yang-buat-lelaki-terangsang/

Sekarang terbaca post HB mengenai beras siam cap amoi pulak hahaha. Memang sekarang musim post mengenai beras yaa.

Poyo Blogger sini: http://poyoblogger.blogspot.com/

tak pernah guna beras nih. selalu guna beras cap rambutan je.

Beras siam selalunya mmg best... puas makan. Tp belun try lagi cap amoi ni.. boleh belilah nanti... :)

puteri pun suka makan beras wangi...tapi jenama yang ni belum cuba lagi..Nanti bila pergi beli beras, bolehlah puteri beli beras siam wangi cap amoi ni :)

kami biasa dengan beras siam
cuma cap lain, bukan cap amoi

first time nampak... nampak sangat selalu makan beras jati je... tapi beras wangi memang sedap pastu feeling2 je makan :)

pasti sedap beras nie..sebab cap amoi kan..hahaha

rasa-rasanya beras jenama ini ada kat sarawak je..

biasanya memang guna penapis untuk elak beras dari tertumpah

beras wangi memang sedap ..!

beras jenama ini rare dipasaran

beras ini untuk pasaran Malaysia. sahaja..sebab ada subsidi

kuat makan nasi boleh gemuk bro!

cap rambutan lagi popular..

he..he..cap amoi tu buat beras ini popular..

kalau ada boleh beli puteri..

cap lain pun bagus juga!

beras jati juga popular..

secara psikologi ..memang beras ini sedap kerana nama sedap disebut..

Tak pernah jumpa cap amoi ni hehe ni brand beras kat sarawak je agaknya

Nama yang mudah di ingat....amoi je hehe simple

Nasib tiada percuma Amoi.. hehe..

Cap amoi pun ade....

Recent Post by MananQayyim : Kronologi Perbezaan Harga Ron 97 dan Ron 95

ya..memang jenama untuk di sarawak sahaja.

kalau ada bahaya bro..

bagus ye beras ni. boleh cuba ni. nak juga tukar selera makan beras jenis lain.

cara nak cegah demam

sekali sekala je makan beras wangi... takleh jadi teras... mahal beb... tapi agak pelik bila beras pun perlu sijil halal... apa yg berlaku kepada beras yg tiada sijil halal yer.. diorang campur alkohol ker?

halal...luasnya speknya bro..auditor halal sangat fokus kepada kebersihan kilang,peralatan dan pekerja..

tukar jenis beras memang bagus untuk selera kita..


EmoticonEmoticon