3 Cabaran Mencari Duit Online

Tags

Memang diakui mencari duit  online bukan perkara mudah.Namun ada yang telah berjaya sehingga meraih pendapatan ratusan ribu ringgit sebulan.Malah ada yang sudah mencapai taraf jutawan menerusi medium internet baik di media sosial ataupun blog.Rata-ratanya mat salleh la.


Dalam pada itu ramai yang tersungkur,tumpas dan akhirnya berputus asa mengejar cita-cita.Golongan ini berpendapat mencari duit melalui online terlalu mustahil,sukar dan membuang masa.Mereka telah mencuba sekerat jalan.Melabur sedikit duit dan masa.Akhirnya  apa yang diingini itu tidak menjadi maka mereka berhenti untuk terus mencuba.


Sudah pasti cabaran mencari kejayaan dalam bidang ini berhadapan dengan :

1.Tiada pengetahuan dan maklumat.

Usahawan atau sesiapa sahaja yang belum berjaya dalam bidang ini menghadapi cabaran tiada pengetahuan dan maklumat yang tepat dalam bidang ini.Mereka bergerak tanpa panduan yang betul.Sebab itu jangan lupa untuk belajar secara intensif.Maklumat lanjut sila layari denaihati.com

2.Tidak fokus dengan apa yang mereka lakukan.

Rata-rata orang yang berkecimpung dalam bidang internet tidak fokus.Sekejap buat benda lain.Lain masa buat kerja lain pula.Apa yang mendukacitakan mereka berhenti sekerat jalan.Memang diakui proses kejayaan mengambil masa.Ia berbeza antara satu sama lain kerana logiknya rezeki kita berbeza.

3.Terikut-ikut dengan kawan

Memang tidak dinafikan manusia adalah makhluk yang paling mudah terpengaruh.Apa yang orang lain buat akan diikuti tanpa memikirkan baik dan buruknya.Kadang-kadang perkara yang mereka lakukan tidak sesuai dengan jiwa dan kemampuan mereka.Lain orang lain cara.Rezeki lain lain.


Kesimpulan dari admin,

Setakat ini dulu perkongsian HB buat masa ini.Sudah pasti HB akan mengaitkan dengan beberapa rangkap pantun berkaitan duit.Sebelum tu boleh juga baca seketika info Buat Duit Dengan Google Adsense.



Ubat batuk rasanya pahit,
Ditelan bersama seketul halia,
Sana duit sini duit,
Kerana duit orang bahagia.

Anak muda jumpa matair,
Siap berhias pakai seluar;
Duit itu seperti air,
Sentiasa masuk dan keluar.

Batang Rejang airnya tenang,
Airnya mengalir ke hulu Kapit;
Ada duit menjadi senang,
Tiada duit menjadi sempit.
Sekian.Semoga entri lama yang dikemaskini ini memberi manfaat untuk kalian.Ada macam blog cikgu pantun kita ke…tehramuan.com yang HB kenal sejak 3 tahun dulu.

24 ulasan

Nak dapat duit online tu mudah...tapi ciput jer la. Tapi kalau nak duit banyak tu yang mencabar...

boleh buat cuma masing-masing ada plan tersendirikan

setiap perkara ada cabarannya..untuk berjaay kita kena atasi cabaran tersebut

Best pulak pantun tu hehe

Mencari duit secara online memerlukan kerja kuat, usaha, kesabaran

Online/offline sama sahaja, 2-2 ada cabaran tersendiri

kalau ada ilmu (biarpun basic) dan usaha yang konsisten memang peluang lebih cerah untuk membuat duit secara online. Fokus dan target pun perlu ada :)

Nombor 1 paling common.. huhu..

tuan alumni dr Akademi Denaihati ke? Dalam dunia ni memang tiada yg mudah. Termasuklah mencari duit secara online nie. Org ingat kita duduk goyang kaki duit masuk stp hari ke? Hehehe...

Teringat pada 'bingkisan rasa' seorang sahabat dan cikgu saya

"Majority kawan2 berniaga ni , diorang masih FASA struggle.

Mode Ikat perut

Bezanya dia tak pamerkan betapa susah hatinya menanggung cukai2 kebodohan yang pernah dilaluinya.

Status semua nampak happy sebab dia tau dia struggling sorang2

Dia dah tak mengadu kat sesiapa.

Kalau susah, senyum sahaja.

Mak ayah dah give up dengan dia . Asik tekan suruh makan gaji.

Rm50 yg dia bagi tu kdg2 itulah RM baki yg ada kat tangan dia.

Jangan disebabkan wall dia yang happy2 tu kita butakan mata melihat malam2 penuh dengan tangisan kesedihan."
-Sifu Eiman-

dapatkan yang kecul dulu sebelum dapat yang besar

saya percaya masing-masing ada plan yang tersendiri..

proses nak atasi itu adalah cabaran sebenarnya

cabaran demi cabran memang perlu dihadapi..

bak kata upin dan ipin..betul,betul betul..

paling common tu yang paling mencabar buat semua orang

saya belum lagi pelajar di akademi denaihati..tapi memang teringin punya.

terima kasih kerana berkongsi kata-kata perkongsian dari sifu eiman..memang terbaik

Apa pun yang kita mahukan, kenalah tekun dan usaha.. tanpa dua perkara itu pasti akan sia-sia

saya setuju bila buat kerja online ni memang kena ada fokus dan target..Insha Allah:)

Cabaran buat sesiapa jua... terutama bila nak mengembangkan pendapatan tu...

ya..betul sangat tu..

fokus sangat penting..

siapa yang sanggup pikul cabaran ini boleh berjaya punya

Usaha adalah yang paling penting untuk menghadapi cabaran yang datang

cabaran dan doa..terbaik punya!

nak dapat duit berterusan kena fokus. kadang ada yang mencuba sehari dua pastu dah rasa tak beri hasil. walhal nak kena cuba berterusan. takleh cara A kita buat B plak. yg penting konsisten dengan minat dan usaha. kalau takde fokus memang buat apa pun rasanya tak dapat pulangan maksima..

terima kasih atas komen yang amat bernas ini..


EmoticonEmoticon