Rahsia Terbesar Untuk Kekal Sihat

Rahsia Terbesar Untuk Kekal Sihat …Sihat adalah nikmat.Nak tahu bertapa nikmatnya sihat maka jadi sakit dulu.Baru tahu.Secara logiknya siapa yang mahu sakit.Semua mahu sihat.Sebab sihat adalah satu anugerah yang membolehkan kita menikmati hidup ini dengan sempurna.

kekal sihat

Sengnaja HB meletakkan rahsia terbesar.Sebenarnya bukan rahsia pun tentang ilmu ini.Lainlah hal-hal sulit rumahtangga barulah dikatakan rahsia.Itu perkara yang sangat sulit dan sangat rahsia.Sebab itu kemaluan juga dikenali alat sulit.Baiklah HB tinggalkan benda-benda yang merapu ini.

Dalam menjelaskan apa maksud sihat  alangkah moleknya HB ceritakan beberapa jenis penyakit yang boleh diatasi dengan rahsia ini.

#1.Alzheimer

Nak sebut lidah rasa berbelit.Penyakit ini adalah gangguan otak yang memyebabkan kemampuan untuk mengingat,belajar,berfikir dan berkomunikasi merosot secara perlahan-lahan.Setakat ini belum ada penyembuhan secara total.

#2.Penuaan

Secara teorinya memang jangka hayat manusia dari muda akan menjadi tua.Namun ada rahsia yang boleh melambatkan proses penuaan seseorang.Proses ini tidak memerlukan perbelanjaan yang besar.

#3.Kanser

Penyakit ini amat merbahaya.Kesannya seperti gunting dalam lipatan.Ada yang tak sedar sehingga ke Fasa 4 iaitu fasa yang bakal berakhir dengan kematian.Apa-apapun jangan terlalu risau jika kalian sudah tahu rahsia yang bakal terbongkar sebentar lagi.

#4.Kolestrol

Sana sini orang akan bercerita tentang kolestrol.Namun sedar atau tidak, ada kolestrol yang bagus untuk kesihatan kita.HB cuma risau kolestrol jahat yang memudaratkan kesihatan kalian.Awas dan berhati-hati akan penangan kolestrol tersebut.

#5.Kemurungan

Kehidupan hari terlalu mencabar.Tekanan hidup,bebanan kewangan dan gejala sosial menyebabkan seseorang boleh murung.Kesannya jiwa resah dan mengakibatkan pelbagai implikasi negatif kepada kesihatan manusia.

 

Kesimpulan dari admin,

Rahsia untuk mengawal dan mengatasi pelbagai penyakit yang HB nyatakan diatas adalah dengan bersenam.Ia adalah pendekatan holistik dan terbukti secara saintifik.Bukan HB sengnaja bagi pendapat,Kenyataan ini HB perolehi dari sebuah buku bertajuk Senaman Sebagai Ubat hasil penulisan Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Sekian.Salam motivasi dan semoga rahsia terbesar untuk kekal sihat kini sudah terbongkar.Tak lain dan tak bukan ialah aktiviti bersenam.Lakukanlah setiap hari dengan penuh konsisten.Jadikan insan yang mengamalkan Cara Hidup Sihat

29 ulasan

kesihatan merupakan nadi utama kehidupan....sementara sihat kena jaga sebaik mungkin....

kawal pemakanan, bersenam dan ambil supplemen semulajadi.. inshaaAllah terhindar dari penyakit kronik..

bersyukur dengan nikmat sihat..

itu adalah antara elemen yang sangat penting untuk sihat

mencegah lebih baik dari mengubati...kos pun tidaklah seteruk mengubati.
kena jaga kesihatan dari awal

Bila kesihatan terganggu payah untuk melakukan aktiviti harian. Jaga kesihatan sekarang untuk kini dan akan datang. :)

Nikmat sihat nikmat paling best ni.

bila sihat kita mungkin lupa yg satu masa kita mungkin akan ada kemungkinan akan sakit. kos bila dah sakit akan bertambah berbanding kita jaga badan semasa sihat..

saya setuju 100%... senaman ubat segala penyakit...

ada stu cerita pasal Syaidina Umar, Khalifah Islam kedua... pada zaman beliau ada seorang pengamal perubatan aka tabib aka doktor telah buka klinik di Madinah... setelah beberapa lama tak seorang pun datang berubat lalu ditanya kepada seorang muslim di sana... tak ada kah orang sakit di Madinah? Maka dijawab... tiada kerana kami ada ubat untuk semua panyakit... ditanya kembali apakah ubat itu? Dijawab: makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang...

memang sangat bagus mencegah dari mengubati..

sebab itu sihat adalah nikmat yang tertinggi.

paling bagus buat persediaan awal..

terima kasih kerana sudi berkongsikan ilmu ini..alhamdulillah

Kesihatan mmg perlu dijaga terutama bila usia dah menjelang pertengahan usia kan. T kasih atas peringatan HB.

pertengahan usia ....masih ok tuan..yang pasti kita akan ke penghujung usia.

bab senaman nie mungkin mencabar nak buat. kena jadikan habit kalau nak kekal sihat, betul tak? :)

Senaman serta amalan pemakanan yang sihat..In Shaa Allah dijauhi dari penyakit-penyakit yang merbahaya tu..

senaman mmg penting..kalau seminggu tak bersenam..mmg stamina pun xkuat...

Betul tu, kita akan tahu nikmatnya sihat apabila kita merasai sakit.

memang tak best bila sakit nih.

mencegah itu lebih baik daripada mengubati..jadi kena mula dari awal untuk sentiasa kekal sihat

sakit memang tak best..sebab itu jadi ujian

betul tu..dah jadi tabiat..semuanya akan menjadi mudah

dua elemen penting yang patut kita amalkan dalam kehidupan harian

sungguh beruntung kalau dapat bersenam selalu...

kalau boleh tak nak sakit..demam sikit pun dah terasa kurang selesa

masa sihat itu perlu hati-hati dan berwaspada tentang kesihatan

Setuju dengan HB... bersenam adalah satu dari pada "acara" terperting dalam memastikan kesihatan kita terjamin....


EmoticonEmoticon