Rahsia Kuasa Pelukan Suami Isteri

Rahsia Kuasa Pelukan Suami Isteri..Amaran.Berpelukan bagi lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah dilarang sama sekali.Pelukan yang dibicarakan ini khas untuk suami isteri.Ya.Untuk suami isteri yang sah ikatan perkahwinan mereka.Itu penting.Tidak boleh tidak.

Berpeluk tidak semestinya untuk melakukan hubungan yang gitu-gitu.Berpeluk sekadar untuk menunjukkan nilai kasih sayang.Kasih seorang suami.Kasih seorang isteri.Dengan kuasa pelukan tadi kehangatan hubungan akan lebih terasa.Lebih kasih sayang.

berpeluk suami isteri

Bila masa yang sesuai?

Sudah tentu bila-bila masa waima depan anak-anak sekalipun.Sebab berpeluk bukan  aksi yang memalukan.Malah perbuatan berpeluk bagi anak anak remaja kat luar sana lagi memalukan ibubapa,agama dan tatasusila masyarakat timur.Jadi hentikan berpelukan kepada mereka yang bukan suami dan isteri.

Berapa kerap untuk melakukan?

Itu terpulang kepada pasangan masing-masing.Lagi kerap lagi bagus.Sebab dengan berpeluk maka kasih sayang akan terpancar dalam jiwa suami kepada isteri atau isteri kepada suami.Secara kebiasaannya boleh dilakukan lima kali sehari.Waktu turun kerja,selepas habis solat berjemaah,balik kerja,sebelum mandi dan sebelum tidur.

Mengapa berpeluk itu seronok?

Ya.Nak jawab pun susah.Ia melibatkan perasaan dan hati.Secara ringkas sentuhan kulit antara lelaki dan wanita menimbukan rasa sensasi.Dengan rasa tersebut maka wujud keseronokan dalam pelaku yang memeluk dan kena peluk.Kalau peluk patung Panda Gergasi tak akan ada feel tersebut.Itu yang berbeza.Jika nak lebih sensasi lagi maka si suami wajib baca Rahsia Menambat Nafsu Isteri - Ebook terbaik buat para suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi

Ebook Rahsia Menambat Nafsu Isteri

Apa faedah segera berpeluk?

Ada banyak.Cuma kita ringkaskan bahawa berpeluk itu memberi rasa penghargaan dan kehangatan kepada suami dan isteri.Nilai ini tak mungkin dapat dibayar dengan wang ringgit.Orang mungkin kata,cinta mana boleh makan.Namun realitinya dengan rasa cinta yang ikhlas tadi setiap pasangan sanggup berkerja keras mencari rezeki.Baik masa sukar atau masa senang.

Siapa yang patut memulakan aktiviti berpeluk?

Jika kalian rasa suami yang ada ciri-ciri hero maka wajib memulakan.Biarkan menjadi satu tabiat yang hebat.Para isteri pula boleh juga memulakan jika kalian dapati suami kalian belum memulakan aktiviti ini.Permulaan yang bagus akan menghasikan kesudahan yang hebat.Jadi apa lagi.Mulakan sekarang.Jangan bertangguh kerana perkara yang bagus jika tidak dimulakan ia tidak akan membawa ke mana-mana.

 

Kesimpulan dari admin,

Hakikatnya benda ini macam remeh.Tak kisah kalau tak buat.Namun sedar atau tidak sedar titik kebahagiaan akan bermula dengan kuasa pelukan.Rahsia kuasa pelukan tetap menjadi rahsia kepada suami dan isteri.Mereka sahaja yang tahu.Apa yang penting mulakan dan hayati dengan jiwa yang rela untuk menjadi berpeluk satu tabiat yang hebat.

Sekian.Salam motivasi dan suburkan nilai kasih sayang antara suami dan isteri.

22 ulasan

ya. aku suka kena pelok
cuma kalau aku sedang dengan formula, ia boleh mengganggu juga

suka jugak kena peluk dan memeluk... selalu tengah boring2 memang suka je peluk hasben :)

Lamanye dah tak romantik sebegini...

sebelum pergi kerja selalunya suami akan peluk dulu. mungkin sebab dah biasa rasanya. untuk mengeratkan kemesraan sesama suami isteri. bukan untuk tujuan gitu-gitu saja kan,

janag peluk sampai tak lepas sudah la

Bagus aktiviti ni untuk suami isteri. Dapat hilangkan stress.

he..he..nak tahu formula apakah itu..

sebab itu tabiat berpeluk mesti dilakukan..

mulakan kembali bro..

he..he...bukan untuk tujuan gitu-gitu lah ye..

tak pe..kalau ada masa lapang..lakukan yang lain-lain pula

sebab itu rahsia berpeluk mesti dibongkar..

nie berkaitan dengan hormon kita..
me'release'kan segala keluh resah walaupun tanpa bicara tau..
isteri suka sangat kena peluk tau..
so peluk2 la selalu..:)

betul-betul ..nanti buat kempen jom peluk isteri

Bukan takat suami isteri jer, anak-anak yang selalu dipeluk pun akan jadi lebih positif n berkeyakinan

Pelukan kasih sayang ni memberi kekuatan & keyakinan diri kan...

ya..betul tu..bahkan binatang peliharaan seperti kucing pun kalau dipeluk bertambah manja..

kata-kata orang motivasi memang macam tu..terbaik!

Bak kata Dr Fazilah Kamsah, berpelukan suami isteri boleh memanjangkan usia...

sebab hati ada happy punya!

Ni yang buat rasa nak peluk selalu. Memang benar ianya melahirkan kemesraan. Bukan setakat peluk suami, peluk anak-anak pun amat membahagiakan.

cuma jangan peluk lebih-lebih depan anak..he..he..


EmoticonEmoticon