Panduan Ganas Atasi Kes Buli

Panduan Ganas Atasi Kes Buli…Sekarang heboh.Bukan jom heboh.Namun heboh dengan kes buli pelajar sekolah.Tapi perlu ingat bukan dekat sekolah sahaja kes buli tempat kerja juga tidak terkecuali.Ringkasnya buli adalah masalah yang berpunca dari sikap manusia itu sendiri.Sikap ego dan sikap bangga diri tidak harus dibiarkan menguasai diri.

HB terasa terpanggil untuk berkongsikan panduan ganas atasi kes buli.Namun jangan pula ambil serius kerana panduan ini sekadar pendapat yang berlandaskan hukum yang adil dan tak semestinya saksama.

 

kes buli

 

1.Humban pembuli ke dalam hutan yang ada hidupan ganas.

Cuba bayangkan manusia yang ganas berdepan pula dengan haiwan yang ganas.Silap hari bulan haiwan yang ganas tertunduk jinak kerana keganasan manusia melebihi haiwan yang kurang berakal.Sekarang siapa yang lebih hebat.Manusia ganas atau haiwan ganas yang dijinakkan.

2.Hantar si pembuli bersama rombongan ke Palestine

Ketika di Gaza atau Tebing Barat akan terserlah siapa yang akan buli siapa.Pihak rejim Zionis atau pihak pembuli.Pendek kata mereka ada persamaan.Sekiranya tiada keinsafan terbit dalam hati mereka maka tutupkan pintu  sempadan untuk kembali ke Malaysia.Semua penduduk dunia boleh tahu bahawa Malaysia negara bebas,berkecuali dan damai.Jika ada rakyat negara ini yang ada hati nak jadi ganas atau si pembuli tolong jangan tinggal di negara ini.

3.Suntik dengan hormon kewanitaan

Jika pembuli itu lelaki atau wanita yang ada ciri-ciri kelakian adalah elok suntik dengan hormon wanita.Biar mereka menjadi lemah lembut dan berjiwa kewanitaan.Maaf bukan mengubah mereka menjadi pondan.Cuma menukar mereka menjadi seorang yang ada sifat kasihan dan tak suka keganasan.Hormon ini akan bertindak balas supaya jiwa keras menjadi lembut.

4.Buang ke pulau manusia makan manusia

Perkara ini sama ada wujud atau tidak HB tak dapat pasti.Jika betul si pembuli bagus sangat dibuang sahaja ke tempat manusia yang makan manusia.Tempat ini manusia tiada rasa kasihan dengan orang lain.Hanya orang kuat dapat hidup.Orang lemah menjadi makanan orang kuat.Tentulah wajar diuji kekuatan si pembuli dengan manusia makan manusia.Siapa yang lebih kuat dan ganas.

5.Jemur si pembuli  selama yang boleh bawah panas terik

Tiada tempoh yang khusus.Hukuman ini ganas juga.Bayangkan bawah panas terik yang membara si pembuli dijemur seperti ikan masin.Selain panas mereka akan kehausan yang teramat sangat.Hikmahnya mereka akan segera teringat di padang Mahsyar dan ingin bertaubat 100%.Jika kena pada masanya,mereka akan menjadi pemimpin untuk anti buli dan rela untuk memberi ceramah di semua sekolah untuk menceritakan betapa siksanya dijemur bawah matahari yang sangat terik.

 

Kesimpulan dari admin,

Logik atau tidak hukuman ini bergantung kepada pandangan masing-masing.Jika rasanya boleh digunapakai maka boleh ambil demi memastikan generasi akan datang lebih cintakan kedamaian dan keamanan.

Apa pendapat kalian? Pilihlah panduan yang mana satu.Jika ada pendapat lain jom sertakan dalam komen di bawah.

Perlu HB ingatkan bahawa panduan ini sekadar pendapat.Tolong jangan ambik hati terutama kepada ibu bapa yang anaknya ada potensi untuk menjadi pembuli.Boleh baca informasi ini untuk cari idea bagaimana menghadapi  Anak Terlalu Nakal? Klik Disini!

Sekian.Salam motivasi dan jangan membuli atau jauhkan diri dari si pembuli.

 

20 ulasan

Wah ganaznya! Kita boleh menghukum dgn pelbagai hukuman namun mampukah ianya menyelesaikan masalah ini? Pd pandangan saya... Rujuklah kembali kpd hukum Allah...itu adalah yg terbaik.

hehe..kalau nak ikut nafsu n emosi manusia2, memang mcm2 jenis hukuman kita nk bagi kt para pesalah nie kan. :p

itulah..ganas lawan ganas..memang tak baik

dalam menghukum orang..tak bagus ikut emosi..

bira dorang nie betul2 insaf yer...hu3

itu tujuan baiknya..semoga mereka segera insaf

Pehh ganas hehee.. ditakuti akan menyuburkan dendam pada si pembuli menjadi penjenayah pula nanti. Apa pun, semoga mereka sedar & permasalahan buli ini dpt diatasi sebaiknya... aamiin.

tujuan akhir hukuman untuk menyedarkan..jika belum wujud kesedaran maka hukuman itu gagal pada diri seseorang!

ganas dibalas ganas..sampai bila-bila pun tak akan selesai...semua pihak memainkan peranan untuk memastikan kes buli ini dapat diselesaikan dengan baik dan semoga semua pembuli insaf dan sedar yang apa mereka buat itu adalah satu kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan.

sebab itu Islam ajar umatnya kejahatan balas dengan kebaikan..jangan berdendam

agak ganas bunyinye tu...haha

biasa yang suka buli ni..dia nak perhatian. kurang kasih sayang biasanya.

haaa nak tmbah boleh?? lempar lam zoo dduk ngan beruang..hehe..btw..mnyibuk jln2 sini..

memang ganaz betul, naik seram baca...hehehe

tapi,hidayah untuk berubah milik Allah. mungkin boleh sentuh hati pembuli yang mungkin tandus kasih sayang dulu, kalo tak jadi gak, baru ambik tindakan lebih tegas :)

memang betul tu,..orang yang penuh kasih sayang susah nak jadi pembuli..

paling bagus panda gergasi..yang besar tu..

kita berdoa agar mereka diberi hidayah untuk berubah..


EmoticonEmoticon