Kenali Dua Etnik Misteri Di Dunia

Kenali Dua Etnik Misteri Di Dunia…Mungkin ada yang rasa ingin tahu tentang perkara ini.Sebab perkara misteri amat menimbulkan perasaan ingin tahu manusia itu sendiri.Kemisterian dua etnik tersebut belum lagi terungkai sehinggalah ke hari kalian membaca  entri ini

1#Etnik Tuva

etnik tuva

Etnik ini menjadi penduduk di kaki pergunungan Altai,Kanas.Mereka mempunyai bahasa dan sistem tulisan sendiri.Namun apa yang misteri ialah catatan sejarah dan rekod sahih etnik Tuva belum ada lagi.

Mereka suka meminum arak susu.Meskipun mirip mereka seperti orang Monggol bukan bermakna mereka berasal dari puak tersebut.Etnik Tuva sangat mesra dan baik hati.Ajaran Buddha menjadi anutan sejak sekian lama.Apa yang paling menarik tentang  etnik Tuva ialah digelar puak dalam gambar.Sebabnya kehidupan mereka amat lengkap dan dekat dengan alam semulajdi

2#Etnik Keriyan

etnik keriyan

Etnik Keriyan menetap di Sungai Keriya dari Yutian iaitu sebuah oasis  Daheyan.Perkara yang menjadi misteri kerana mereka hidup terasing bersama haiwan liar.Mereka menyara hidup dengan bertani dan membela haiwan yang diperolehi di kawasan setempat.

Asal usul etnik Keriyan belum dapat dibuktikan secara sahih oleh pengkaji.Sehingga kini masih misteri dan tinggal misteri.Ada usaha untuk membawa mereka ke alam luar supaya tidak terus menerus hidup terasing dan kemunduran.

 

Kesimpulan dari admin,

Bagi HB etnik misteri begini bukan sesuatu yang luar biasa bagi penduduk kepulauan Borneo.Di Borneo sendiri masih ada puak yang hidup berasaskan alam semulajadi.Mereka nomad dan sering berpindah untuk mencari tempat yang lebih baik.

Terus terang HB katakan golongan ini sudah ada yang berubah dan beransur-ansur berubah kepada masyarakat kebanyakkan.Mereka tinggalkan misteri nomad berikutan permintaan untuk merasai kemajuan.

Pengajaran yang kalian boleh ambik dengan kisah etnik misteri ini ialah kehidupan sempurna ialah selesa,sihat dan bahagia.Tepat juga kalau dikatakan Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan.(maaf melakut la pulak).

Sesiapa sahaja mampu berubah jika anjakan pradigma pemikiran ke arah kemajuan dan kejayaan.sentiasa membara.Jika ada perubahan maka misteri dalam hidup kalian akan menjadi realiti yang pasti.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

15 ulasan

Di Malaysia ni pun banyak etnik yang misterikan ..budaya mereka agak janggal tapi menarik untuk dikaji..

menarik jugak informasi ni. tuan ada maklumat ttg lokasi (negara) kedua etnik ni?

tapi betul kata belog santai..di Malaysia kita ni pun ada lagi beberapa etnik yang kita tidak tahu sangat sejarah dan cerita mereka..

fuhh..

memang pelik etnik ni belaka ye.

klu mrk diberi peluang merasai kemodenan , pasti mrk sanggup keluar dr kepompong hidup mrk ...

kalau orang asli negara kita pun dah banyak berubah kehidupannya, moden, sampai kita tak perasan orang asli.

Bersyukurlah kita tak dilahirkan dlm kalangan kaum2 yg pelik mcm ni huh...

kalau ada yang membuat kajian memang bagusla..

tempat tersebut adalah di negara China..Yutian dan Kanas wilayah China!

pelik sedikit..ada yang lebih pelik dari itu

memang mereka mahu..mana tahan hidup terpencil..

perubahan begitulah yang kita mahu..saya mahu tahu blogger orang asli..

yalah tuan KK..bersyukur dapat berada di Malaysia dan mengalami kemajuan seperti orang lainn juga

Banyak lagi etnik misteri yang kita tak tahu. Namun, mereka tetap mempunyai identiti tersendiri.

Bab iklan last tu, terbaik :)

he..he..he..sekadar nak kasi promote sikit la.

bro... nak bagi cadangan, harap boleh letak link maps atau wikipedia nama tempat yang disebutkan, saya ni masa sekolah dulu tak ngam dengan cikgu geografi, tu yang bak kata ali mamak "buta sejarah tu" hehehe


EmoticonEmoticon