Kelahiran Blog Baru Guna Wordpress

Kelahiran Blog Baru Guna Wordpress…Jika tiada aral melintang ini adalah entri terakhir HB tulis dalam blog yang  berkaitan niche blogging.Selepas ini informasi dunia blogging akan HB saluran melalui blog yang baharu.

Blog yang terbaharu HB guna platform Wordpress.Bagi blogger yang menggunakan platform Wordpress kepuasan akan lebih terasa.Bukan kerana ianya berbayar tetapi sistem plug in yang awesome.Pendek kata guna Wordpress adalah terbaik.

HB mengggunakan domain www.kakiblog.info.Dulu-dulu guna kakiblog.my.dan iannya dah menjadi arwah.Panjang ceritanya.

kakiblog

Obsesnya HB sehingga sanggup buat kat baju

Domain yang ada berakhir dengan kakiblog.com masih dipunyai orang.Bajet pada masa itu tak cukup maka tak sempat pulak nak sembat domain yang berakhir dengan kakiblog.net.Entah mengapa HB masih obses dengan domain yang berjenama kakiblog ini.Harap jangan keliru kerana selepas ini akan ada KB dan juga HB.Ia adalah orang sama.

Mari HB ceritakan bagaimana HB boleh suka dengan blog Wordpress.Ketika mula-mula berjinak dengan dunia blogging,HB pernah membina blog menggunakan 2 platform yang percuma.Satu di blogspot dan satu lagi Wordpress.com.Serius dashboarb dalam Wordpress agak mengelirukan.HB lebih cenderung menggunakan  blogspot.Cuma tarik dan heret sahaja nak ubah layout.

Tanpa ilmu yang betul dan usaha sungguh-sungguh HB tinggalkan Wordpress berbanding Blogspot.Akhirnya setelah semakin serius berblogging jalan yang lebih baik ada pada blog Wordpress .

Berikut ialah alasan HB berkaitan blog Wordpress.Pendapat yang bercanggah mungkin datang dari cara pemikiran kita yang berbeza.Tak apa.HB hormati apa juga pendapat blogger yang lain.

1.Banyak widget  yang senang nak pasang

Dalam Wordpress, widget seperti recent comment atau recent post senang nak pasang.Just plug and play.Itu contoh yang mudah.Dalam blogspot pun boleh janji rajin nak setting kod html/css sahaja macam dalam blog HB ini.Kalau tak rajin lebih baik guna Wordpress kerana banyak guna sistem sekali klik untuk install.

2.Template yang menggoda jiwa

Ada template premium yang mahal seperti Genesis dan Thesis.HB dah lama idam dan ingin guna.Dalam blogspot pun ada tetapi guna kerangka yang diubahsuai.Tak ori katakan.Misalnya blog HB juga juga frame work Genesis.Lawa dan seakan-akan betul atau sama dengan blog wordpress,Cuma penangan SEO masih belum power.

3.Widget Commentluv yang terbaik

Penggunaan widget ini memberi backlink kepada para rakan blogger yang lain.Bagi pemilik blog wordpress widget ini menggunakan bandwith yang tinggi.Demi pembaca pihak admin blog cuma anggap ia adalah kemudahan situasi menang-menang.Bagi pengguna blogspot widget ini tetap boleh dipasang namun ada rumit sedikit.Kalau dah biasa macam boleh pejam mata sebelah.

 

Kesimpulan dari admin,

Kalau nak buat perbandingan blog guna Wordpress.org berbanding Blogger.com menang satu mata.Sebab ada ciri-ciri eklusif premium dan profesional.Pengguna blogspot masih dalam kategori menumpang dengan Blogger.com.Bila-bila masa sahaja pihak Google boleh padam.Hak mereka yang mutlak.Jangan risau.Ia adalah kes terpencil sahaja.

HB harap pengguna blogspot jangan terasa kerana HB juga ada berpuluh lagi blog yang menggunakan blogspot.Jika Google nak padam maka HB dah sedia plan B untuk menghadapi semua itu.

Sekian.Salam motivasi dan happy blogging.

40 ulasan

Wah HB dah adarumah baru ya? Tahniah! Semoga dapat kukuhkan lagi jenama KB lepas ni

nak pindah sudah? betul wordpress lagi mengegar jiwa. tapi..dah lama dengan blogspot, makin cinta pulak walaupun leceh

Salam... nak berumah baru yer... nanti kalau dah siap rumah tu, jangan lupa singgah di blog saya yer.. boleh kita berbalas2 kunjungan

sabar dan bina jenama baru..saya nama tetap sama tapi mulan entri dari kosong juga..sejak tulis 2009 satu ketagih sukar nak lupa.sb entri dalam itu semua penuh isi dan nostalgia

Wah..dah nak pindah ya..Good luck HB & tahniah ya...

rumah baru yang masih guna percuma sahaja dulu..buat permulaan.

dah start pindah..tetapi blog ini masing guna Blogger.com..sebab blogspot masih terbaik dalam segmen yang tersendiri

wsalam..sekarang pun boleh berbalas-balas kunjungan.

ya..saya sedar perkembangan blog cahayacinta yang dulu..kita kan dah lama kenal..he..he..harap berkekalan

dah pindah tapi guna domain yang dulu-dulu...

HB@KB... Wah! Asyik berpindah randah... Semoga banglo baru nanti menjanjikan kejayaan yang lebih gemilang! Jgn lupa pula saya yg masih dok kat rumah setinggan ni ye...

bukan berpindah randah tuan,,cuma bertambah rumah

wordpress lagi best...kalau dah bina blog bertahun2 takkan nak buka ruang kat google nak padam...bahay tu

itu risiko yang bakal dihadapi oleh mereka..apa-apapun back up data juga penting

sdg menimbang utk guna .com . saya juga tambah rumah ... heee

semoga terus berjaya dgn rumah baru nanti...

Selamat berpindah !

sangat digalakkan untuk guna .com

yang lama kekal..yang baru sahaja berpindah..terima kasih tuan

pernah guna wordpress tapi tak pandai, poning nengoknyer haha

terbaiklah bro..semoga berjaya dengan blog baru..jangan lupa baca komen terbaru aku dekat blog KB tue..hahaha

ha..ha..mula-mula macam tu..lama-lama bikin biasa la..

dah approve komen dan boleh tinggalkan komen selalu supaya pembaca lain boleh terjah blog bro nanti

Wah.. berblog baru dah... teruskan usaha k. WP memang user frendly... senang nak faham & tak yah g kelas basic pun dah leh wat blog dengan WP.

http://supernifzvitamin.com/petua-kempiskan-perut-selepas-bersalin/

terima kasih dan itu pendapat mereka yang faham bab blogging ini..

fyna dulu pun tak biasa dengan wordpress. tapi alhamdulillah sekarang sudah mula serasi. ^_^

Taniah bro, Pasti lebih bersemangat untuk menulis lepas ini

Wah taniah bro semoga semankin suksess

wah dah ada rumah baru lagi ye HB... :)
Puteri pun rasa lebih serasi guna wordpress..biarpun blogspot tetap menjadi kenangan, pentas mengenali dunia blog masa mula berblogging dulu.

wordpress best n mudah nak diurus walaupun awal2 tue kena belajar juga ilmu tentang WP :D

lama-lama memang serasi lah tu..

terima kasih tuan..semangat itu boleh datang tiba-tiba

ya..rumah baru untuk blog yang satu tu..yang ini kasi kekal dulu

kalau dah pindah, jangan lupa lawat blog saya pakai domain baru

Semoga terus berjaya HB.. saya ttp mendoakan yg terbaik... aamiin.. :)

memang kena belajar..tak ade orang terus pandai..

terima kasih..ia satu kejayaan kecil sahaja

insya Allah tak akan lupa punya!

terima kasih tuan KK..


EmoticonEmoticon