Dilema Kalau Perempuan Menyerupai Lelaki

Delima Kalau Perempuan Menyerupai Lelaki…Dunia semakin pelik.Ada perempuan berlagak pulak nak jadi lelaki.Apa yang nak sangat jadi lelaki kalau secara azalinya ditakdirkan sebagai perempuan.Ingat bagus sangat kah kalau menjadi lelaki bukan ori.Jadi lelaki maka perlu ada ‘senjata hebat’ yang tak ada dimiliki oleh seseorang wanita.

perempuan menyerupai lelaki

HB bukan tak biasa bergaul dengan perempuan menyerupai lelaki.Mereka insan sama macam kita.Mereka berbeza penampilan kerana naluri mereka cenderung untuk menjadi lelaki.Sayangnya sampai kiamat pun mereka tidak akan menjadi lelaki sejati.Sebab asal kejadian adalah perempuan mana mungkin boleh berubah pula menjadi lelaki.

Mari HB singkap bagaimana dilema menjadi insan yang dua alam ini.Entri ini tidak berniat nak memalukan mereka.Orang kata sekadar peringatan manja.Jika nak berubah maka berubahlah perlahan-lahan.Sebab kita boleh berubah jika kita fikirkan boleh.

1.Mencari jodoh

Bohong kalau katakan dalam jiwa mereka tak nak jadi ibu yang ada anak-anak comel.Jadi isteri yang bisa membahagiakan suami.Malahan mendapat pasangan hidup kepada hero (maaf,bukan Hero Borneo).Jika  beragama Islam maka peluang terbaik untuk masuk ke mana-mana pintu syurga dengan menjadi isteri solehah.

Persoalanya yang timbul kini, ada tak lelaki yang sanggup mengambil perempuan dari golongan menyerupai lelaki untuk pasangan hidup mereka.Itupun kepada perempuan yang masih mengekal barang’ yang diidamkan lelaki normal.Nak cakap malulah.Jadi lebih baik jangan cakap.

2.Pemilihan kerjaya

Ada tempat kerja yang mewajibkan seorang perempuan mesti seperti perempuan.Jadi mereka perlu memakai pakaian wanita.Ada bra,baju kurung atau skirt ataupun seluar yang khas digunakan oleh perempuan.Itu belum termasuk lagi soal solekan yang menjadi alat wajib untuk perempuan normal.

Persoalanya ada tak majikan yang tidak kisah tentang penampilan para pekerjanya.Ini khusus kepada syarikat yang ada reputasi.Lain syarikat maka lain pengurusannya.Tentu sukar juga seseorang yang menyerupai lelaki mendapat peluang kerja di tempat begini.

3.Kedalaman kubur

Perkara ini bukan main-main.HB macam terlalu serius pulak.Hidup manusia pasti  akan berakhir.Soal lambat atau cepat yang kita semua tak tahu.Persoalannya bagaimana si penggali kubur nak menentu kedalaman kubur seseorang wanita yang menyerupai lelaki.Nak tujuh kaki atau sekadar lima kaki sahaja.Tentunya memeningkan kepala mereka.

Oleh itu selagi masih ada nafas ini HB minta tolong sangat-sangat agar golongan ini berubah menjadi wanita sejati.Jika ada niat nak berubah jangan bertangguh lagi.Sekiranya belum ada rasa lagi maka nak tunggu sampai bila.Tak akan menunggu malaikat datang baru nak berubah.Pada masa itu segala-galanya sudah terlambat.

 

Kesimpulan dari admin,

Sekiranya ada golongan perempuan yang menyerupai lelaki terbaca entri maka maafkan HB.Tiada niat nak mempersendakan kalian.HB cuma rasa kasihan jika kepincangan identiti ini berterusan sehingga ajal datang menjemput kalian.

HB bukanlah baik sangat pun namun HB rasa terpanggil untuk meluahkan perasaan demi kebaikan semua.

Sekian.Salam motivasi dan jom berubah menjadi wanita yang menjadi impian si jejaka yang hebat dan tampan di luar sana.

22 ulasan

Terima aje apa yang Allah dah tentukan..sah-sah itu yang terbaik. Cuma kadang-kadang ada jiwa yang celaru..tu yang teringin untuk menjadi sebaliknya...tapi macam HB cakap selama-lamanya tak bolehkan..

nauuzubillah, pening memikirkan pelbagai isu yang pelik2 skrg ni

Selalunya gadis tomboi ni lawa sebenarnya. Mereka je tak sedar.

kelakar bila terbaca ada 1 komen di facebook, dia ni cabar mereka yang nak tukar jadi wanita supaya menutup aurat, bertudung litup.
yela kan...dah nak jadi pompuan sangat

manusia sentiasa keliru
makhluk lain tak ada pula yang keliru dengan kejadian sendiri

ya..jangan lawan kejadian yang Allah bagi

memang pening la..betul!

boleh kalau itu yang mereka mahu..

saya pun perasan begitu..

kekeliruan begitu memang selalu wujud..

Melawan kurniaan Allah membawa ke neraka jadinya... nauzubillah. Semoga mereka sedar hendaknya..

hmm..susah nak cakap bro..semakin semakin ramai golongan ini

kita yang sedar ini sentiasa berdoa supaya mereka sedar dari mimpi buruk

ya..golongan ini semakin hari asyik bertambah..

Perempuan jadi lelaki ni masih blh kawal lagi...tapi kalau lelaki jadi perempuan..yang ni susah skit..kekadang tu lebih lawa dari yang asli...

Kadangkala mereka yang teringin atau berlakon jadi lelaki ni kelihatan kotor selekeh dan tidak terurus, mungkin mereka sengaja kot sebab ingatkan kalau nak jadi lelaki perlu selekeh...?

skang ni mcm2 hal..dah jadi tren plak org pom nak jadi laki2..mudahan entri ini memberi kesedaran lah utk mereka impak kalau berbuat benda yg tak patut buatl..

he..he..he..takut juga kita terkeliru nanti

cara pemikiran begini memang silap tuan!

memang harapan saya macam tu..

Semenjak dua ini juga kerap juga nampak golongan sebegini risau pula saya dengan generasi akan datang

payah kalau tak mengaku diri asal lelaki. yang perempuan tak mengaku diri girl. Dunia makin pelik makin takut pula nak duduk atas bumi ini uh..


EmoticonEmoticon