Cara Terbaik Untuk Kekal Bermotivasi

Cara Terbaik Untuk Kekal Bermotivasi…Pemahaman orang biasa tentang motivasi cukup mudah.Motivasi ialah keadaan di mana kita ada semangat,mood baik dan tiada perasaan malas atau negatif.Sebab itu orang ada motivasi lebih bertenaga berbanding orang lemah semangat.lesu atau kecewa dalam perjalanan hidup mereka.

Google image

Dalam pemahaman psikologi, motivasi merujuk kepada rangsangan untuk bertindak dalam mencapai sesuatu tujuan.Motivasi  dipengaruhi dua unsur utama iaitu pengaruh dalaman dan pengaruh luaran.

1.Pengaruh dalaman

Ia berkaitan dengan kecerdasan emosi (EQ).Orang yang cerdas emosi tidak mudah beremosi.Hati mereka stabil.Mereka tetap bersemangat dan menjalani kehidupan dengan tenang walau apa keadaan sekali pun.

Untuk menjadi cerdas emosi boleh dilatih.Ia tidak semestinya bakat semulajadi.Banyak juga bergantung dengan cara berfikiran.Melalui cara pemikiran positif maka hati berbicara untuk sentiasa kuat,tabah dan sabar.Jadi perlu ada monolog iaitu bercakap dengan diri sendiri.

Butir percakapan diri sendiri mesti positif dan membina.Terpulang sama ada dengan suara yang jelas atau berbicara hati.Yang penting memberi kesan akhir supaya kekal bermotivasi.

Sebagai orang Islam yang beriman, cerdas emosi boleh dibina dengan pengamalan cara hidup Islam secara tuntas.Perkara ini jelas supaya motivasi kekal pada landasan yang betul.

 

2.Pengaruh luaran.

Bab ini mencabar dan kritikal.Seseorang yang hidup dalam masyarakat yang porak poranda maka cara pemikirannya akan kebelakang.Kiri dan kanan asyik mengoda untuk berbuat keburukan.Ada yang mengeluh dan tidak puas hati dengan  kehidupan.

Jika input-input negatif masuk maka minda separuh  manusia tetap menerima tanpa sebarang tapisan.Pengaruh tersebut cukup kuat kerana input berulangan yang disertai oleh ramai orang mengaruhi tingkah laku supaya menjadi seperti mereka.

Oleh itu cara terbaik untuk kekal bermotivasi mesti ingat konsep jadilah diri sendiri.Ambil contoh ikan di laut.Biar masin macam manapun air laut, ikan tersebut tidak akan menjadi  masin kecuali dah dijeruk oleh isteri para nelayan.

Dalam memahami maksud lain adalah amat elok kalau kita hanya bercampur dengan orang yang ada tenaga positif,aura kejayaan dan berilmu serta beriman.Kalian tidak boleh juga meminggir orang yang tertewas atau orang yang kecewa dengan syarat kalian sudah  terbukti orang bermotivasi.Mereka memerlukan kalian.Percayalah.

 

Kesimpulan dari admin,

Menulis topik begini agak mencabar.HB faham namun nak memahamkan orang membaca topik motivasi belum tentu dapat.Oleh demikian sekiranya ada pembaca nak cari penyelesaian hingga ke akar umbi jom baca Rahsia Memiliki Sentuhan Keajaiban Untuk Setiap Yang Dilakukan

Sekian.Salam motivasi dan tambahkan ilmu setiap masa.

25 ulasan

motivasi selalu baca dari buku ataupun media cetak elektronik boleh jugakan

Yus. Saya pun bersetuju dengan ulasan HB. Setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam membuat kesimpulan dalam bab motivasi nih. Tapi apa-apa pun kita kena sentiasa bermotivasi untuk menceriakan hari-hari kita.

http://supernifzvitamin.com/petua-kempiskan-perut-selepas-bersalin/

Hahah... cam nak leh taip Yus nih... Saya nak taip Yup... akakak sowie admin ya....

http://supernifzvitamin.com/petua-kempiskan-perut-selepas-bersalin/

cari kawan orang berjaya
insyaalah kita dibawa sama

cari kawan orang gagal
kita turut sama tertinggal

kadang-kadang susah jugak nak kekal bermotivasi ni..

motivasi setiap hari pada diri sendiri sangat bermakna untuk kendiri dan kejayaan akan datang

membaca bahan motivasi memberi input yang bagus untuk minda dan psikologi

ok..no problem punya.

itu dinamakan sebagai kawan sehati yang tak sehaluan

perkara biasa..tuan..sebab kita adalah manusia

ya..itu yang sebaiknya buat kita semua

itulah kalau tenggelam baik cari ilmu dan kaji cuba amalkan kembali

pengaruh entri dapat komisen pun boleh tahan juga motivasi dia

sepetutnya begitu...

entri dapat komisen memang best..

Pengaruh luaran itu salah satu aspek yang besar jugak tu

ya..memang tidak dinafikan tu..

Setuju.. pengaruh dalaman & luaran mmg amat penting utk kekal bermotivasi. Kita sendiri perlu mencari pengaruh yg baik & sentiasa berfikiran positif kan..

kekuatan emosi itu yang paling memainkan peranan...walaupun kita ada akal..ada masanya keputusan kita dipengaruhi emosi

orang yang terlibat dalam motivasi senang faham tuan..

sebab itu amat penting cerdas emosi..

Yang penting selalu berbisik dan menasihati hati kita selain saling nasihat menasihati antara satu dengan yang lain...

itu dinamakan auto sugestion!..saling menasihatkan juga penting.

kecerdasan emosi (EQ) adalah sangat penting setiap semua orang

ya..memang tidak dinafikan tu.


EmoticonEmoticon