Cara Nak Cegah Mati Pucuk

Cara Nak Cegah Mati Pucuk…Kalian lelaki mesti tahu perkara ini.Kaum perempuan yang bergelar isteri pun kena ambik tahu.Jadi mahu tak mahu semua pihak mesti ambik tahu.Maaf jangan pulak entri ini disalah anggap sebagai blog cerita dewasa.Minta dijauhkan kerana kategori blog ini adalah G iaitu bersih,suci dan murni dari benda yang pelik-pelik.

mati pucuk

Mati pucuk adalah istilah kampung.Ia merujuk kepada  ED (erectile dyfunction) ataupun impoten.Dari segi perubatan, mati pucuk ialah ketidakmampuan alat kelamin lelaki untuk ereksi atau mengekal ereksi ketika hendak melakukan persetubuhan dengan isteri.Biasanya berlaku pada lelaki ketika berumur 50 tahun ke atas.

Punca mati pucuk ialah kebekuan darah untuk masuk ke alat kelamin akibat penyempitan salur arteri.Ia petanda bahawa pengidap telah mengalami penyakit arteri koronari.Sesungguhnya pengidap mati pucuk akan hilang keyakinan diri,malu tak bertempat dan tak boleh jadi hero lagi dalam kamar tidur bersama si heroin.

Namun sekiranya kalian pembaca belum lagi kena maka mencegah lebih baik dari mengubati.Cara nak cegah mati pucuk ialah senaman aerobik.Jangan ingat senaman aerobik itu khas untuk para wanita.Sebenarnya ia sangat sesuai untuk para lelaki.Cuma pesan saya senaman aerobik ini biar dilakukan berasingan antara lelaki dengan perempuan.Tak eloklah sambil beraerobik sempat pulak cuci mata tengok lekuk badan wanita yang cantik jelita.

Selain senaman aerobik,para lelaki yang tak nak mati pucuk boleh berjalan kaki sejauh 2 batu nautika atau senaman yang membakar 200 kalori sehari.Tak kita nak angkat besi atau angkat isteri.Janji boleh bakar kalori sebanyak tu.Kalian boleh juga berlari sebanyak 3 jam seminggu atau bermain tenis selama 5 jam seminggu.

Senaman yang HB ceritakan diatas untuk mengelak mati pucuk.Namun bagi mereka yang dah terkena janganlah berputus asa.Dunia belum lagi berakhir.Kalian boleh melakukan senaman lantai pelvik.Senaman ini perempuan yang mengandung dan lepas bersalin menang mahir.Boleh belajar dari isteri jika mereka tahu.

Berita baik juga kepada pengidap mati pucuk yang beragama Islam.Mereka boleh mengubati dengan bersolat 5 waktu dan bangun tengah malam.Memang ada kajian pergerakan solat itu mampu mencegah dan juga merawat mati pucuk.Untungkan jadi orang Islam yang beriman.Segala-gala ada manfaat dalam segenap kehidupan.

Perkara yang amat penting juga untuk mencegah mati pucuk ialah tabiat dan cara hidup.Selepas ini jangan menonton TV lebih 20 jam seminggu,pengambilan alkohol berlebihan (untuk non muslim),merokok (difatwakan haram) dan kawal berat badan.Katakan tidak kepada boroi walaupun orang kata boroi itu seksi.Bagi HB boroi itu seksi jika poket kalian tebal dengan duit.Kalau sengkek maka seksalah jawabnya.

 

Kesimpulan dari admin,

Informasi yang HB nyatakan ini ada sumber yang sah iaitu buku Senaman Sebagai Ubat oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).Jadi jangan ragu untuk mengamalkannya.

Jika kalian dah terkena mati pucuk buangkan rasa taboo yang tak bertempat tu.Jumpa doktor sakit tuan dan dapatkan rawatan yang sewajarnya demi keluarga tercinta dan diri sendiri yang disayangi.

HB sarankan kalian mencuba produk lelaki >>>Pro Testosterone CPA

Sekian.Salam motivasi dan jagalah kesihatan luar dan dalam.

9 ulasan

kata orang boleh rawat cara kampung cuma makan masa dan kuat usaha sahaja.whualam

ini mimpi ngeri buat lelaki sejati..minta dijauhkanlah dari benda-benda macam nie

kalau jaga kesihatan..semuanya akan jadi ok..

memang takut kalau kena ni...dah lah aku ni belum khawin....kena check up awal..huhu kalau tak susah

selain senaman, pemakanan juga harus dijaga.

TIPS CEPAT HAMIL

doa supaya dijauhkan..

pilih makanan yang menyihatkan

Salam...Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji sebungkus harga cuma rm30....cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy kt 0174687570(mohd zuhairi)

Kebaikan buah tunjuk langit terlalu banyak...melancarkan darah...buang angin..pulih kn tenaga batin untuk lelaki..meningkatkan tenaga dan mencergaskan badan bagi lelaki dan wanita yang berumur berkesan lebih hebat berbanding tongkat ali...mencuci buah pingang..kurangkn kolestrol..menurunkan darah tingi..buah ini selamat di makan...rahsia rahsia orang terdahulu untuk kekal sihat..berasal dari pohon mahogany di dalam hutan

Buah tunjuk langit mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik.

Buah yg sy jual adalah asli...bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk biji2 kuaci mahogany....sehari cukup sebiji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan...
Keluaran sy adalah asli..nama syarikat sy JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN


EmoticonEmoticon