Blogger Buat Duit Online

Blogger Buat Duit Online

Topik ini amat menarik.Memang mengujakan dan pasti juga bisa memeningkan kepala kepada sebilangan besar blogger.Hanya 10 peratus sahaja yang dah berjaya dan menemui cara yang paling berkesan buat duit online.HB berada dalam golongan 90 peratus dan kini dalam proses menempatkan diri sebagai Blogger Buat Duit Online.

Sebagai seorang blogger tak kira bergerak sepenuh masa seperti Pakar SEO Blogspot atau blogger separuh masa seperti Pakar Buat Duit Dari Affiliate sudah tentu buat duit menjadi agenda utama.Dengan adanya duit maka motivasi akan  meningkat kerana modal membina blog itu memang guna duit.Itu belum masuk masa dan tenaga serta idea yang tak terkalah siang atau malam.

Serius, bagi HB sendiri  kemahiran membuat duit online belum boleh dibanggakan.HB masih merangkak dan berikhtiar baik cara yang biasa atau lain sedikit dari biasa.Matlamat akhirnya agar kerjaya sebagai Blogger boleh dijadikan sumber pendapatan yang stabil dan menyakinkan.Memang benar ada gaji dari kerjaya utama namun kos hidup yang sentiasa meningkat memaksa diri untuk keluar zon selesa.

Blogger amat menuntut masa dan idea untuk menulis,mengemaskini dan blogwalking hampir setiap hari.Kehidupan blogger lebih sibuk daripada orang kebanyakkan.Jadi amat berbaloi kiranya kesibukan begini memberi pulangan dalam bentuk duit.Dengan adanya duit tambahan atau lumayan maka kehidupan harian kita boleh menjauhkan diri dari perasaan mengeluh.Orang mengeluh seperti kecewa dengan kehidupan ini.Pendek kata tak bersyukur.Ingat tu.

Strategi demi strategi boleh digunakan untuk blogger membuat duit dari online.Strategi yang paling ampuh memberi kejayaan yang amat manis.HB sendiri mencuba pelbagai strategi.Pengalaman lalu telah memberikan satu kenangan manis dalam menjana duit dari online.Semasa menggunakan blog kakiblog.my,HB berjaya mendapat duit affiliate dari Ashadee ( sebelum ini Jomniaga).Dengan duit tersebut HB membeli domain sendiri dan membina blog baru iaitu Portal Ilmu.

Melalui blog tersebut HB mengumpul koleksi ebook dan mempromosi secara affiliate.Perjalanan blog ini baru bermula dan keberhasilannya masih dalam impian.Sudah pasti impian itu sendiri adalah kejayaan kecil untuk mendapat duit dari online.HB masih belum berpuas hati lalu terfikir untuk membina blog yang lebih berciri-ciri kepuasan menulis dan ada jenama sendiri,

Bermula dari situ HB terus mengerah idea untuk membina jenama sebagai blogger.Dengan langkah berani HB telah membeli satu lagi domain heroborneo.com untuk dijadikan blog personal yang ada niche motivasi bercampur baur informasi.Pada mulanya merancang untuk membina blog di platform Wordpress dan ada hosting sendiri.Namun bajet tidak mengizinkan sehingga memaksa HB akur untuk menumpang di platform Blogger.com.

Nampak gayanya blog heroborneo.com memulakan langkah kanan.Dengan blog ini HB telah berjaya meraih duit online melalui contest Cabaran Duit Raya Adilfitri 2014 dan contest Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Duit Raya Aidilfitri 2014

(99) Shahril M Sharip - Messages

HB amat percaya penyertaan dalam sebarang contest memberi peluang untuk para blogger berkenalan sesama peserta.Melalui networking begini blogger boleh mencipta peluang yang begitu banyak  dalam usaha membuat duit online.

Membuat duit dari online tentunya terbaik melalui blog.Misalnya  ada promosi produk sendiri.Kelebihan mempunyai produk sama ada perkhidmatan atau produk sendiri, blogger boleh mengawal harga.Nak bagi diskaun,naik atau turunkan harga.Itu terpulang kepada blogger usahawan  sendiri.Sebab itulah kalau serius nak buat duit dari online perlu ada produk sendiri seperti ebook atau apa-apa yang boleh dijual secara online.

 

Kesimpulan dari admin,

Entri ini sangat istimewa untuk Tugasan Akhir Cabaran iPhone 5s.Sekiranya entri ini berjaya memikat hati para juri maka peluang HB membawa pulang hadiah impian setiap blogger iaitu iPhone 5s akan menjadi kenyataan.

Sebelum itu HB nak mengucapkan berbilion terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Team Denaihati dan penaja utama serta penaja individu.Semoga kalian semua dilimpahi rezeki yang lebih luas dan deras.Amin.Ya Rabbil Alamin.

 

Penaja Utama

  1. http://amariman.com

Penaja Individu

  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip

 

Sekian.Salam kejayaan dan jumpa lagi.

38 ulasan

Artikel yang cukup baik disini HB! Penggunaan bahasa juga menarik. Good luck sama dari PG ya :)

Salam..,. wah tahniah bro dah berjaya buat artikel ini . Cukup menarik. Semoga berjaya dapt point dalam entri ini.

Semoga terus berjaya HB.. aamiin.

tahniah bila blog boleh buat duit itu haris banggakan pada diri sendirikan.alhamdulillah

semoga sukses..cara blogger buat duit online memang banyak..sekarang banyak sangat cabang untuk buat duit

terima kasih..ya..rasanya belum terbaik lagi

wasalam..satu percubaan ..tapi tidak meletakkan keyakinan yang terlalu tinggi

terima kasih tuan KK

blog saya merangkak lagi suri..

cabang yang banyak maka peluang juga banyak

good luck yer semoga entry ni dpt bg point yg penuh

Bestnya bila baca blogger yang berjaya buat duit dengan blog ni..motivasi bercampaur baur.Selamat berjaya HB

Wah.. terbaik Hb.. banyak juga blog ye.. hehehe.. saya satu pun tak terjaga.. ni nak try WP tapi tak pandai.. zero..tengah study. Hahah

Wow, dah keluar entri cabaran iphone. AKu masih dlm draf dan akan di publish dlm masa terdekat. Semoga berjaya HB.

markah penuh ?..he..he..tak lah

dapat duit memang best ..cuma proses nak dapat tu agak sukar..

banyak blog memang perlu banyak masa untuk digunakan..

terbitkan segera bro supaya tidak terlupa..

good job ! semoga lepas ni heroborneo akan lebih berjaya n dikalangan 10% tu , hehe

rasa lagi bersemangat bila dapat jana pendapatan dari blog kan..semoga HB terus berjaya :)

harap-harap macam tu..

semangat dapat duit itu penting..kerana duit adalah keperluan..terima kasih puteri.

How I wish I could get that pasif income HB..Nyway good luck to you...

Perkongsian yg hebat dgn tajuk yg amat sy gemari,banyak peluang serta ruang bagi para blogger menjana pendapatan cuma perlu cari dan lakukan serta usaha gigih utk mendapatknnya..Semoga Berjaya,Amin,.

sama-samalah impian kita tu.

terima kasih kerana sudi memberi komen yang bernas..

billion terima kasih sudi sambung cabaran terakhir iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses.

tahniah sbb buat entri yang lain dari yang lain =)

sama-sama tuan..saya amat menghargainya

yakah..terima kasih atas perhatian tersebut

fuhh..

banyak lagi gua kena belajar nih.

yalah..jangan berhenti belajar walau pun sudah berjaya..

Assalamualaikum. Satu perkongsian yang menarik, seronok membacanya :D Hehe
Semoga berjaya ya! ^__^

Walaalaikum salam..terima kasih!..ada entri orang lain yang jauh lebih baik juga !

entri yang padat dan mantap bro..semoga berjaya

artikel yang mantap dan penuh dengan pengisian..all the best

padat dan mantap..rasa-rasanya macam banyak kuah dari isi.

terima kasih atas sokongan..


EmoticonEmoticon