Bagaimana Menjadi Suami Kesukaan Isteri ?

suami kesukaan isteri

Bagaimana Menjadi Suami Kesukaan Isteri..Apabila wanita sudah bersedia untuk mendapat pasangan hidup maka segeralah jodoh mereka.Itu adalah tanggungjawab bapa terhadap anak perempuan mereka.Setelah bergelar isteri maka terlepas tanggungjawab seorang bapa.Namun tanggungjawab tersebut sudah beralih kepada si suami pula untuk memberi makan minum,pakaian dan tempat tinggal termasuk didikan dunia dan akhirat.

Suami yang terbaik adalah hero dalam keluarga.Dia mampu membawa haluan keluarga ke arah jalan yang diredhai Allah SWT.Si isteri boleh menjalankan perintah agama.Aurat dijaga dengan sempurna.Anak-anak dididik dengan budaya Islam sehingga menjadi anak soleh dan solehah.Jika semua ini berjaya dilakukan maka sakinah yakni ketenangan akan dinikmati keluarga tersebut.

Tentunya isteri amat suka jika suami menjadi seorang yang penyayang dan romantik.Walaupun tidak semua isteri suka situasi ini dengan alasan rimas kerana berkepit atau tak manis dipandang anak-anak.Saranan HB lakukan aksi romantik di tempat yang sesuai.Janganlah ditempat terbuka sebagaimana anak-anak remaja sekarang ini.Mereka ini sudah hilang rasa malu kerana nafsu menguasai diri.Lupa batasan agama,adat dan etika.Minta dijauhkan agar kita tidak ditimpa bala.Naubillah min zalik.

Memang lumrah lelaki ada sifat kasar kerana ingin menampilkan imej mancho.Itu tak berapa kena jika melayan isteri dengan kasar terutama ketika perselisihan faham.Lebih-lebih lagi ringan tangan dengan menampar muka isteri yang cantik tu.Biasanya HB tengok dalam TV terutama drama Melayu dan movie Mat Salleh.Adakah begitu realiti sebenar sehingga boleh diangkat sewenang-wenang dalam media elekronik?

Suami mesti disukai isteri jika tak lokek untuk memberi bantuan tenaga mengurus rumahtangga.Misalnya menyidai baju,menyapu rumah,memandikan anak-anak kecil atau membasuh pinggan mangkuk.Bayangkan perkara ini dilakukan setiap hari bersama-sama.Lainlah kalau si suami yang buat sorang-sorang sebaliknya si isteri sibuk dengan media sosial.Alamatnya si suami minta borang untuk bukak cawangan baru atau tinggalkan sahaja si isteri yang bersikap demikian.Maaf.HB tak ajar perkara meruntuhkan rumahtangga.

Meluangkan masa lebih banyak bersama isteri boleh mencetuskan rasa cinta yang mendalam kepada suami.Lain orang lain caranya.Ada juga yang berpendapat jika asyik tengok muka suami naik muak dan bosan.Jadi lebih bagus jika ada aktiviti lain yang tidak bersama suami.Pada pandangan HB pemikiran begini amat tidak wajar kepada seorang isteri.Adalah lebih baik banyak masa bersama isteri.Jika tidak, si suami akan banyak masa bersama setiausaha peribadi di pejabat yang cun melecun tu.Kes naya la..

 

Kesimpulan dari admin.

Kejayaan dan kebahagiaan rumahtangga tidak datang begitu sahaja.Usaha perlu ada sama ada untuk mengekalkan atau mengembalikan kehangatan rumahtangga.Sungguh kalian amat beruntung kerana HB sudah menyediakan link khas untuk mendapat keceriaan berterusan di ruangan >>>>RUMAHTANGGA

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

18 ulasan

mesti bantu-membantu janganlah pentingkan diri sendiri ya tak

ya..itu yang betul..Suri

bini aku memang sayang aku pun.

hehe..

Tips yang boleh diguna pakai bagi kat en suami saya ni

itu yang sebaiknya..

ya..boleh cuba untuk para suami.

Sifat give and take bagus utk perhubungan. Sesekali apa salahnya bagi surprise pada isteri, mesti isteri akan lagi menghargai dan sayang pada suaminya

sayangkan isteri tinggal2 kan. kena rajin tolong isteri kat basuh pinggan n baju, kalau terer masak boleh masak lagi bagus...

suami saya kesukaan saya dunia akhirat..insyaAllah.... amiinn... :)

tip yang bagus...saya nak bagi apa kasi suprise isteri.he..he..

sekarang nie isteri selalu tinggal-tingalkan saya kerana urusan keja..aduhai!

itu yang terbaik..kerana hidup bukan setakat di dunia..tetapi berterusan di akhirat..

Perkongsian yg bermanfaat... saya sayang isteri saya.. :) :)

siapa yang tak sayangkan isteri tuan..memang pelik!

Hehe...saling tolong menolong, resepi keluarga bahagia.

hehe..bagus nasihat macam nie, dari lelaki kepada lelaki. zaman sekarang, lelaki yg boleh jadi pemimpin keluarga nie semakin berkurang. mudah2an ramai yg dapat ambil pengajaran daripada entry HB. :)

wah..siap bagi resepi begitu..terbaik la

sebab iman semakin kurang dan perempuan pula semakin kurang he..he..


EmoticonEmoticon