Bagaimana Bentuk Diri Jadi Terbaik

Bagaimana bentuk diri jadi terbaik…Satu soalan yang hebat untuk dijawab oleh diri kita sendiri.Mari HB kupas dengan santai tanpa terlalu ilmiah.Semoga pandangan yang HB lontarkan ini memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.JIka ianya baik tolong amalkan.Sekiranya tidak berkenan sila abaikan.

Jadi terbaik

Kita adalah insan yang terbaik.Kita boleh mengubah dan membentuk diri sendiri menjadi orang yang hebat dalam apa jua perkara yang kita lakukan.Sebelum itu kalian mesti memahami kata kuncinya .Bila dah tahu maka mudah pula kata pembuka pintu kejayaan.

Perkara yang mesti kalian faham dan ingat sampai bila-bila untuk membentuk diri jadi terbaik ialah sikap.Hampir semua orang tahu bahawa sikap itu lebih utama dari kecerdasan akal.Dengan sikap postitif seseorang lebih konsisten membina kejayaan.Dia mungkin mempunyai Rahsia Memiliki Sentuhan Keajaiban Untuk Setiap Yang Dilakukan

Bagaimana sikap yang perlu ada untuk menjadi terbaik? Mudah soalannya namun pelaksanaan amat berat.Sikap untuk orang nak berjaya ialah  tidak mengalah atau berputus asa.Kegagalan demi kegagalan dilihatnya sebagai kejayaan kecil untuk mengapai kejayaan besar.Mereka tidak takut gagal,

Selain itu seseorang mesti ada tahap kesabaran yang tinggi.Iannya pun masih tergolong dalam sikap.Sabar menempuh kesukaran dan sabar juga menangguh kesenangan jangka pendek.Sebab itu Islam amat tekankan sabar adalah separuh dari iman.

Proses membentuk diri menjadi terbaik memang mengambil masa.Sikap yang bersungguh-sungguh pasti membuah hasil.Jangan ditanya berapa lama nak menuaikan hasilnya sedangkan usaha untuk berjaya masih belum cukup.Orang bekerja 16 jam manakala kalian cuma kerja 6 jam,Pelaburan masa ini boleh membuktikan tahap kesungguhan kita.

Ayuh.Bangkit dari tidur semalam.Lepaskan lena mimpi yang tiada kesudahannya.Mulai saat ini kalian mesti menggubah cara berfikir dan bertindak.Fokus dalam minda untuk menjadi orang yang terbaik kepada diri sendiri,keluarga dan orang  sekeliling.

 

Kesimpulan dari admin,

Pokok pangkalnya terletak dalam diri sendiri.Pesanan Sir Edward Hillary iaitu pendaki gunung Everest yang pertama di dunia ialah ‘Kejayaaan itu bukan kerana bersaing dengan orang lain tetapi kejayaan mengawal diri sendiri’

Sekian.Salam motivasi dan selamat maju jaya semua.

20 ulasan

dulu my boss ada beritahu, kalau nak jadi diri kita hebat kita kena pilih sorang model untuk jadi hebat, kaji tentang diri dia dan belajar apa yg dia buat... insyallah kita akan jadi hebat secara jasmani atau pun rohani

Terima kasih atas perkongsian in brother HB.

sebenarnya nak bentuk diri sendiri memang susah..tp kalau tau mula smpai bila tak tau jadi ke tak..better late than never..

Best! Betul. Sikap memainkan peranan pada diri untuk jadi lebih baik dari semalam.

Tq perkongsian yang sangat bermanfaat :)

Takpe berubah sikit2 ke arah kebaikan, asalkan konsisten. Sertakan sekali usaha, doa n tawakkal

kata boss bro dulu memang penting..

ho..ho..sama-samalah jawabnya

proses berubah ambik masa bro!

sama-sama..rasanya masih banyak kekurangannya

bab doa paling penting sekali

perkongsian yang memberi motivasi pada saya. Patut lakukan juga

bab mengawal diri tu aku setuju sangat
payah untuk kita melawan sikat negatif dalam diri
andai berjaya di sini, berjaya juga nanti di mana2

Apa pun perlu bermula dgn diri sendiri kan.. bukannya persaingan. T kasih atas perkongsian HB.

ya..begitulah yang sepatutntya

kalau bukan kita ..siapa yang akan kawal diri kita

persaingan sihat dalam perniagaan bagus!

terima kasih atas perkongsian artikel yang menarik ini.

kalau diir sendiri tak nak berubah susah nak cakap la bro

tak pe..sendiri mahu tau la..


EmoticonEmoticon