5 Tips Ekpress Bahagiakan Isteri

5 Tips Ekpress Bahagiakan Isteri…Hidup berumahtangga memang seronok.Selain dapat berkasih sayang suami dan isteri boleh menjadi insan yang saling melengkapi.Suami menjadi hero.Isteri pula menjadi heroin.Jadi kehidupan lebih sempurna dalam memenuhi keperluan ibadah kepada Allah SWT.

Tugas bahagiakan isteri satu cabaran.Selain itu tanggungjawab suami memang berat.Namun berat macam manapun kehidupan ini tetap diteruskan.Proses evolusi manusia tetap berlaku.Dari datuk,ayah,anak dan kemudiannya cucu serta cicit maupun piut.Perkara yang sama berulang iaitu keturunan dan zuriat.

Soalnya kini bagaimana cara membuat isteri bahagia .Sebab isteri bahagia akan membolehkan suami gembira.Selain itu menjadi tenang,bersemangat dan ceria.

HB cuba senaraikan beberapa tips yang ringkas dan mudah untuk diamalkan .Boleh cuba dan praktikkan baik kepada suami otai,newibies atau bakal suami.

isteri bahagia

1.Solat lima waktu

Solat tiang agama.Orang yang solat sempurna maka Allah akan jaga rezeki,hubungan keluarga dan apa sahaja yang baik-baik.Jadi jika nak bahagiakan isteri, solat lima waktu adalah kunci utama.Jiwa tenang.Fikiran  pun aman damai maka kebahagiaan akan terpancar secara semula jadi.

2.Nafkahkan rezeki yang halal

Tidak boleh tidak keberkatan rezeki adalah rahsia untuk membentuk keluarga bahagia.Isteri bahagia,Anak pula menjadi manusia serta semuanya akan terbaik.Insya Allah.Oleh itu bekerja dengan penuh amanah.Kerja sungguh-sungguh dan niatkan kepada Allah SWT.

3.Jangan pentingkan diri sendiri

Suami yang terbaik sentiasa berfikir untuk kebaikan isteri.Malah mendahului kepentingan keluarga dari diri sendiri.Sebab itu suami milthali boleh menjaga isteri ketika sakit atau setia walaupun kekurangan diri pada isteri sukar untuk diterima dengan hati yang redha.

4.Ambil berat tahap maksima

Nak cakap pun berat.Sebab cara untuk memancarkan kebahagiaan kepada isteri ialah sikap ambil berat.Ingat tarikh penting dan sentiasa bertanya apa yang perlu dibantu kepada isteri.Jika mampu sediakan satu buku nota sulit untuk mencatat apa yang isteri perlukan setiap hari sepanjang hidupnya.

5.Berkata lemah lembut setiap masa

Masya Allah.HB tak dapat bayangkan bagaimana suami yang gagah perkasa dengan tubuh sasa mengeluarkan suara yang senang untuk didengari.Lembut berkata-kata namun tegas dengan pendirian dan keputusan.Isteri pasti bahagia jika mendengar kata-kata bak mutiara yang memikat jiwa.

 

Kesimpulan dari admin,

Wahai suami-suami diluar sana.Jangan berkira untuk membuat kebaikan yang melebihi sepatutnya.Ganjarannya pasti hebat.Jika ikhlas jangan ditanya dengan HB apa ganjarannya.

Yang pasti jika isteri bahagia maka dia sanggup pula mengorbankan kebahagiaannya itu demi suami dengan dot..dot..dot.Biar kalian sendiri yang merungkai apa yang HB maksudkan itu dengan pendapat peribadi.Jika tak faham-faham juga mari baca Tips Rumahtangga Bahagia

Sekian.Salam bahagia dan jaga isteri  seperti mana menjaga seorang permaisuri yang paling cantik sekali dalam taman bayangan minda kalian.

20 ulasan

abe setuju sgt dgn tips ini. In sha Allah akan sy amalkan..

betul..betul..betul.
tips yang cukup baik untuk bahagiakan isteri tu

Ya... Hanya dengan kembali kepada hukum dan ajaran agama yg dapat membawa kpd kebahagiaan

jaga isteri bukan susah tapi senang kalau jalankan tanggungjwab rasa ikhlas dan rendah diri selalu

give and take ... dulukan agama dlm semua urusan .

Terima kasih atas tazkirah untuk suami-suami ini. :)

Setuju HB.. membahagiakan isteri tu mmg penting. Selain rumahtangga aman harmoni, menjadi ibadah juga yg mampu menjemput rezeki & kebahagiaan di dunia & akhirat.. aamiin. T kasih atas perkongsian ini.. :)

he..he..baguslah macam tu

terima kasih..so sweat la..

hakikat yang benar dan pasti..he..he..

ingat sahaja tanggung jawab..maka tanggung beres!

sis memang bakal isteri yang terbaik..amin

sama-sama ..kalau tengok kata kunci bahagiakan isteri rujuk pada yang 'itu'

terima kasih kembali tuan KK..ibadah mesti didahulukan kerana ajaran Islam mesti lakukan secara tuntas dan total.

Bergurau senda juga jangan di lupa. :D

bergurau senda merupakan cara yang bagus juga..

tips yang berguna..dan yang paling penitng kena kahwin dulu baurlah boleh bahagiakan isteri..hahaha

itu sudah sebetul bro..bagus pendapat ini.

Suka tipsnya, sama-sama hormat-menghormati :D

suka ke..terima kasih!


EmoticonEmoticon