5 Sebab Mengapa Blog Kurang Popular

Tags

Blog sama seperti penulisnya blogger.Mereka perlu perhatian dari para pembaca.Kesan daripada perhatian ini membolehkan blog dikenali ramai.Atas sebab itu blog yang kurang perhatian dikategorikan kurang popular.

Mengapa terjadinya demikian.Mari kita singkap  5 sebab mengapa blog kurang popular.

1.Pemilik blog syok sendiri

Sekiranya pemilik blog sudah merancang untuk menulis entri blog untuk syok sendiri maka dia akan memilih jenis kurang popular.Isi kandungan entri lebih banyak bercerita tentang diri sendiri yang tidak memberi manfaat kepada orang lain.Jangan salahkan mereka kerana itu memang pilihan.

2.Tak aktif kemaskini blog

Entri mereka dikemaskini sebulan sekali.Meskipun ada pelawat yang datang jumlah mereka terlalu sedikit.Para pembaca setia  mahukan sesuatu yang baru dan segar untuk tatapan.Hakikatnya perkara yang diceritakan sama dengan 10 tahun yang lepas.

3.Kurang aktiviti blogwalking

Rutin sebagai seorang blogger ialah aktiviti blogwalking.Mereka yang baru berkecimpung dalam dunia blog mesti melakukan aktiviti ini.Sudah tentu kekurangan blogwalking menjadikan blog kurang popular terutama bagi blogger yang belum tahu kemahiran SEO dan keyword panas.

4.Tak tahu buat ping artikel

Ping artikel ialah cara  alternatif dari blogwalking.Blog kita akan berada dalam komuniti ping jika kita rajin untuk buat ping.Kalau sebaliknya maka blog  sunyi kerana orang tidak perasan kehadirannya.Sekiranya belum tahu ping artikel boleh membaca entri sebelum ini.

5.Pemilihan tajuk entri yang hambar

Kemahiran membuat tajuk adalah tuntutan untuk menjadi perhatian para pembaca.Jika tajuk hambar maka pembaca sekadar membaca tajuk sahaja tanpa perlu untuk berkunjung ke blog kita.Meskipun kita sudah ping artikel ke 10 tempat sekalipun.

 

Kesimpulan dari admin,

Terpulang kepada blogger sendiri sama ada yang meletak blog  dalam kelompok popular atau sebaliknya.Blog yang kurang popular lama-kelamaan kan berkubur.Pemiliknya akan rasa kecewa dan tidak bersemangat lagi.Apa yang merugikan kita semua ialah ilmu yang mereka ada tidak dikongsikan  secara meluas.

Jika mahu berjaya dalam dunia ini blogger perlu mengubah 5 perkara  yang dibincangkan tadi.Jika ada rakan –rakan blogger yang ingin menambah  saya persilakan dalam ruangan komentar.

 

drop

Gambar hiasan dari sumber google

p/s : Entri lama yang dikemaskini.Entri baru hilang tak sempat ‘SAVE’.

39 ulasan

Salam. Terima kasih atas info berguna ini, saya sedang cuba mempopularkan blog saya. :D

Setuju sangat-sangat...part blog walking tu memang kena buat ..promosi free tu...

Nice share brother,,, terima kasih :)

Wsaalam..sama-sama hendaknya!

blogwalking perlukan masa dan komitmen luar biasa

sama-sama kita ambik manfaatnya bro!

Satu info yang buat saya. Tq.

blogwalking memang sangat membantu tapi perlukan masa dan komitmen yang tinggi..lagi satu kena rajin balas komen yang ditinggalkan pembaca :)

Terima kasih tuan. Nasihat yg tepat kena pada saya..hihi
Tengah cuba utk mengaktifkan diri.. :)

ha bab syok sendiri ni patut kena elak..kadang-kadang kita rasa dah best dah buat entry tapi tup-tup syok sendiri..takut jugak kot entry mak jemah pun syok sendrii..

ya..semoga ianya bermanfaat!

bab ini perlukan komitmen luarbiasa..

oh..ya..sama-sama kalau macam tu

boleh nilai dengan trafik dan jumlah komen pembaca

sekrang memang kurang blogwalking, tapi disebabkan ada keywords tertentu, UV klik masih boleh dikatakan agak baik

Malu nak ngaku, tapi tulah hakikat diri aku ni... kesemua diatas terkena kat muka aku sendiri..

ya memang benar tu..entri yang ada keyword bagus memang akan ada trafik punya!

ye ke?..rasa-rasanya tak!

kkikiki aku kekadang suka juga buat yang syok sendiri

aku juga ada buat entri syok sendiri
sesekali perlu juga hiburkan hati
dan luahkan perasaan

harini persaingan popularity blog sangat mencabar. :)

buat syok sendiri jika bagus apa salahnya

tu la pasal.

aku ni memang syok sendiri dengan blog sendiri.

aduhai..

camana nak ubah perangai nih..hmm..

tak salah bro..lambat laun ada juga orang nak baca

tak salah bro..lambat laun ada juga orang nak baca

hakikat yang mesti diakui oleh semua blogger

walaupun syok sendiri dengan blog tapi blog bro jana income yang lebat..itu dah kira terbaik la..

Sharing yang sangat berguna untuk diri saya juga hehe terima kasih hb

http://www.elnaomie.net

sama-sama..ini entri yang berusia dah 2 tahun ..tak tahu sama relevan ke tidak dengan trend sekarang..

ini macam terkena dgn pj... terimakasih HB, entry yg sentiasa menyengat baaa.. :)

minta maaf kalau terasa..ambik pendekatan positif

blog kita pun tak popular...hu3

saya rasa, apa yang saya buat semua sederhana jer.. :), tapi bab ping tu saya malas lah sebab x suka ping ping nih

5 sebab kat atas tu memang ada yang terkena batang hidung Mrs. A
Tapi no 1 tu Mrs. A tak setuju 100% kerana ada jugak blogger syok sendiri yang fofular cth mcm blogger diva tut..tut.. tu.

No 2 & 3 - ya setuju jarang update & jarang blogwalking adalah antara sebabnya.

No 4 yang ni ada pro & con. Orang yang tak pandai ping ping macam Mrs. A ni boleh jadi menjengkelkan atau mengganggu ketenteraman rerakan blogger bilamana byk sangat dapat notificatioan dari ping article akibat tak pandai choose application.

No 5 - ya setuju tajuk tu penting supaya boleh tersenarai di search engine.

Anyway thank you to HB, nice sharing.

Assalammualaikum... HB,

mselim3 setuju dengan BW untuk tambah kenalan dan dapat tahu 'menjenamakan' blog...

mselim3

tak popular tak pe..janji dapat duit.

sederhana memang baik dalam semua aspek kehidupan

sama-sama dan ini antara komen yang terpanjang saya terima..

ya memang betul BW adalah cara terbaik untuk mendapat kenalan dan juga back link..


EmoticonEmoticon