3 Amanat Penting Dari Jutawan Internet

3 Amanat Penting Dari Jutawan Internet…Mungkin ramai yang tertarik dengan tajuk ini.Memang betul kerana HB sendiri juga teruja untuk berkongsikan amanat dari jutawan internet ini.Sebelum tu biar HB jelaskan siapa dia jutawan Internet yang dimaksudkan itu.

petua hebat

Beliau tak lain dan tak bukan ialah Irfan Khairi.Seorang pemuda yang menghebohkan dunia internet Malaysia suatu ketika dahulu kerana berjaya menjadi jutawan dalam usia 25 tahun.Namanya sebaris dengan jutawan muda dari Singapura iaitu Adam Khoo.Kedua-dua insan ini memberi inspirasi kepada HB supaya menjadi seperti mereka.Pendek kata menjadi jutawan dan menjalani kehidupan bebas kewangan.

Jutawan Irfan Khairi meninggalkan amanat yang berkesan untuk diri HB.Atas rasa nak berkongsi amanat tersebut maka HB memperuntukkan masa untuk  menulis dalam blog ini.Ikutkan nak guna teknik salin dan tampal sahaja info tersebut.Namun tak seronok pula kerana ia adalah harta intelek orang lain.Langkah terbaik HB ulas point penting dengan ayat dan gaya bahasa sendiri.

Berikui ialah amanat yang dipesan oleh Jutawan Irfan Khairi:

1.Buatlah sesuatu yang kita sangat minat

Perkara yang kita minat tidak akan menjemukan.Kalau nak buat siang dan malam pun kita sanggup sebab minat.Sekiranya kalian minat berniaga maka lakukan sungguh-sungguh.Kalian yang minat menulis blog maka tulis blog sebaik yang mungkin.Guna kemahiran mengayat dan optimasi SEO agar hasil penulisan boleh berada di halaman utama enjin carian.

2.Banyakkan membaca untuk mendapat ilmu

Dah jenuh kali juga pihak kerajaan maupun orang perseorangan mengadakan kempen budaya membaca.Tujuannya jelas agar minda dan cara berfikir kita berada pada kelas pertama.Oleh itu jika nak jadi jutawan atau orang kaya seperti Jack Ma mesti banyak membaca.Ilmu yang diperolehi hasil pembacaan akan mengangkat kecerdasan berfikir.Biasanya dengan ilmu, kekayaan boleh dijana dan diurus dengan bijak.HB pesan supaya kalian dapatkan ilmu dalam Ebook Mentor Jutawan bersama Irfan Khairi

3.Jauhi orang yang bersikap dan berfikiran negatif

Pengaruh rakan atau teman cukup kuat.Begitu juga dengan orang sekeliling.Jika didapati  golongan ini  bersikap negatif dan cuba mempengaruhi untuk seperti mereka,jangan buang masa lagi,Angkat kaki dan lambaikan tangan untuk meninggalkan mereka.Cari orang yang bagus dalam cara berfikir.Begitu juga dengan tabiat mereka.Sudah tentu orang yang bermotivasi dan ada aura positif.

 

Kesimpulan dari admin,

Amanat yang disampaikan oleh Irfan Khairi kedengaran macam biasa.Sayangnya tak ramai yang ambil serius Jadi proses kejayaan kalian akan terbantut jika 3 amanat yang nyatakan ini tidak ikuti sepenuhnya.

Sekian.Salam motivasi dan salam kekayaan.

25 ulasan

YA! 3 pesanan yg amat penting utk berjaya dalam apa jua bidang.

Amanat yang sangat penting :)

Saya memang tak suka berkawan dengan orang2 yang berfikiran negatif sokmo ni, aura dia akan menyerap cas positif kita

tengah bersemangat ni....haha..harap2 berterusan semangat ni.

Nak berjaya mesti ikut ni amant2 beliau, dalam bidang apa sekalipun.

betul tu kena jauh drp org yg bersikap negetif..kalau x dgn kita2 nnt mereng sbb terpngaruh

betul.

buat apa yang kita minat.

senang aje sebenarnya kalau tahu. hoho

wah dah macam ahli politik tu siapa ada amanat bagai..tapi betullah apa dicakapkan tu..minat perlu ada

amanat penting orang dah berjaya wajib kita ikuti untuk berjaya

yang nombor 3 tu setuju sangat..kalau DAO istilahnya "upgrade kawan"..yang negatif dan kerjanya asik mengutuk dan meng"eleh-eleh"kan kita..baik unfriend cepat2.. :D

amanat ini perlu kita ambil perhatian

ya..betul tu..jauhi diri kita daripada mereka

kalau baca selalu ayat motivasi..semangat akan boleh dikekalkan

betul tu tuan..dalam apa jua bidang!

ya..memang itu bahaya orang yang negatif ini..

buat apa yang kita minat ..memang pencetus kepada kejayaan

minat teras untuk berjaya..percayalah

itu cara yang bagus...unfriend.

memang betul..nak berjaya kena ikut 3 tips ni.salah satu yg penting adalah think positive!

ya..boleh diterima juga tu..

Ketiga-tiga tips yang perlu saya ikut dan buat

Pesanan yg patut kita semua contohi & ikuti. Thanks sharing HB.

kalau ikut ada peluang besar untuk berjaya..

you're welcome my friend..

Ya memang betul apa yg bro HB sharekan tuh... memang tips2 yang patut kita jadikkan ikutan tuh...

http://supernifzvitamin.com/petua-merawat-selsema/


EmoticonEmoticon