Tips Blogwalking Untuk Mendapat Backlink

Tips Blogwalking  Untuk Mendapat Backlink…Sebagai blogger HB suka buat blogwalking.Namun tak semua blogger   mampu buat kerana menuntut masa luarbiasa.Yalah kan.Masa untuk mengemaskini blog,menjawab komentar,mengarang entri,membaca buku dan bersosial di media sosial.Itu belum termasuk masa untuk kerjaya utama,keluarga,ibadah dan tidur.

blogwalking

Blogwalking adalah aktiviti berat kerana menggunakan masa,minda,keupayaan broadband,duit dan kesungguhan.Dengan blogwalking kita akan pergi melawat dari blog ke blog yang lain untuk membaca entri.Selepas itu memberi komen dan meninggalkan backlink.

Jom HB kongsikan tips untuk kalian blogwalking tanpa ada rasa kerugian masa.Sebaliknya menimbulkan rasa seronok dan kepuasan.

1#Niat blogwalking kerana Allah demi silaturrahim

Menghubungkan silaturrahim dapat memanjangkan umur dan murah rezeki.Dalam dunia blogging amat mudah untuk melakukannya.Tak lain dan tak bukan dengan blogwalking.Pembaca dan penulis blog boleh berinteraksi melalui ruangan komentar.

2#Meninggalkan komen dengan ucapan terima kasih

Nampak  ‘simple’ bila ada pengunjung hanya meninggalkan komen terima kasih kerana berkongsikan info ini.Secara jelasnya sebagai pemilik blog akan rasa dihargai apabila ada seseorang tertarik dengan hasil penulisan mereka.Mereka baca atau tidak terpulang kepada mereka.Kalau entri bagus rugi tak baca.

3#Blogwalking untuk blog yang aktif menerbitkan entri

Tujuannya supaya komen yang kita tinggalkan itu mendapat perhatian pihak admin.Jadi mereka akan membalas komentar dan mungkin juga membalas balik kunjungan kita.Cuma jangan terlalu berharap takut kecewa nanti.Blogger biasanya sibuk dan jarang ada masa untuk melakukan rutin ini.

4#Utamakan blog mesra rakan blogger

Ada blog yang sangat khusus kepada pelawat organik.Blog ini kurang memfokus untuk rakan blogger.Mereka tiada kesempatan untuk membalas komen dan menjengah balik terjahan kalian.Misalnya blog INI. Jadi lawati blog yang mesra rakan blogger maka proses blogwalking akan berterusan.

5#Terpulang kepada kalian

Tip yang terakhir ini HB bagi peluang kepada rakan-rakan blogger untuk menyatakan pendapat mereka.Kalian lebih hebat.Kalian lebih pakar dan HB amat menghargai kehebatan dan kepakaran kalian dalam aktiviti blogwalking.Silakan berkongsi dalam ruangan komen dibawah.


Kesimpulan dari admin.

Blogwalking bukanlah cara mutlak untuk mendapat backlink.Ada banyak lagi cara.Namun blogwalking cara yang terbaik menjalinkan silaturrahim maya antara rakan blogger.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi serta jemput blogwalking pula ke blog Buku Best

96 ulasan

terima kasih bro..info menarik ni...

Kadang-kadang saya letakkan backlink tu no 2. Blogwalking sambil baca mana2 entry yang menarik minat je. Kadang2 ada entry yang tak mampu nak bagi komen sebab tak ada ilmu atau kurang ilmu berkenaan atau saya sangat jauh dari bidang tersebut. Takut2 kita kejar backlink, komen dalam blog kawan tu merapu-rapu.

tak semua blog aku akan tinggalkan komen, sebabnya tengok juga entri yang best untuk letak komen tu..baru best nak komen..:D

suka berjalan-jalan ke blog sebab suka cari bahan bacaan.kata orang jadi suri rumah best boleh tv tapi bagi saya blog lebih "nilai" dari menonton lainkan ada masa tertentu sahaja

terima kasih admin ada masa ke blog kecil saya ;) selalu rakan biasa itu akan jejak dahulu.cuma lambat atau cepat mereka akan tahu kita punya momentum kita stail jejak macam manakan ;)

benda paling simple nak buat. Jadi, buat aje. hoho

In shaa Allah, selagi diizinkan akan terus berBW.. T kasih atas perkongsian ini HB.. :)

BersilaturRahim...itu yang paling utama.

tq HB. cantik sungguh tips ni... :) niat tu penting kan dalam apa saje kan HB.

sama-sama dan semoga ia memberi manfaat.

komen dari bro ini..menyebabkan saya terfikir sejenak..bahawa saya masih lemah dalam menghasilkan entri yang ada ilmu

ada blog yang memang sarat dengan ilmu..nak komen pun tak terkata

kalau dah bertahun berbalas blogwalking..memang faham benor cara kita buat kerja..kan suri..suri dah start blogwalking di pelbagai blog saya sejak akhir tahun 2012 lagi

tidak dinafikan ia..adalah perkara paling simple

sama -sama bro..BW bila masa mengizinkan

satu cara untuk kita menjadi kuat dalam komuniti blogger

niat yang betul dapat pahala...sebab ada perkara yang tak baik walaupun niat baik..tak akan menjadi juga

Tip yang bagus dan paling mudah nak dibuat. Saling bertukar kunjungan lebih baik untuk menjalinkan ikatan ukhwah dan persahabatan.

terima kasih bro kamil..saya ada rakan blogger yang sampai sekarang saya terjah dan saling BW sejak tahun 2012 lagi

Perkara yang mudah tetapi kadang kala sukar dilakukan...

kalau blogwaking buat saya sudah jadi kewajiban, berkomentar di blog lain tujuan saya mengasah kemampuan berfikir saya sob, perkara admin berkunjung balik ke blog saya atau tidak nomor sekian, cuma saya berusaha dalam berkomentar serelevan mungkin ke blog yang saya kunjungi sesuai dengan topik yang di bahas,buat saya juga blogwalking bukan semata-mata sekedar cari backlink, tapi lebih dari itu. salam kenal mb..

Blogwalking tak susah, semua orang mesti boleh buat...

Terima kasih tuan di atas perkongsian ini..HB sentiasa saya nampak di mana2 blog ternama...semoga kerja ikhlas kita ini mendapat berkat dari Ilahi ye...

kita orang baru sentiasa banyak cabaran..saya respect tuan admin dapat bertahan lama dalam dunia blog ini...

sebab minat bro..kalau kerana duit mata-mata lebih baik tinggalkan sahaja..

amin..dan begitu juga dengan bro..

kadang-kadang susah nak buat jika tiada masa tuan!

komentar bro bagus banget..terima kasih kerana mau berkenalan

mungkin cabaran kepada masa..dan keadaan talian internet

terima kasih HB untuk tips ini,salam perkenalan dari saya ;-)

salam perkenalan juga dari saya...terima kasih juga kerana sudi singgah!

Assalammualaikum... HB,

blogwalking nie nampak mudah tapi perlukan komitmen utk jejak balik kekawan ...

mselim3

pls: bagus tips2 nie... thanks

waalaikumsalam mselim3,

terima kasih atas perhatian..

Salam kenal...
1st time singgah sini.
Ya..Mrs. A setuju sangat dengan tip no 1 tu, niat kita tu biarlah betul.

niat yang betul maka ganjaran pun hebat..

Blogwalking memang tidak susah tapi memerlukan konsistansi.
Saat kita berhenti melakukan blogwalking, saat itulah kita akan lihat ruangan komen
kita juga merundum prestasinya. Jika kita nak orang tinggalkan komen di blog kita
perkara yang sama kita perlu lakukan pada blog orang. Tapi yang lebih penting biarlah
ikhlas :-)

Salam kenal juga heroborneo

hehe. blogwalking selalu untuk mendapat idea. mana tau ada idea lepas baca entri orang lain.hehe

Salam. terima kasih singgah blog saya. Terima kasih kongsi tip blogwalking ni. Ni saya tengah blogwalking blog tuan pulak. Moga dapat jalin ukhuwah sesama blogger. :)

saya suka perkara yang terakhir...ikhlas

Terima kasih atas info yang berguna... kalau ada yang komen kat blog saya pon saya dah cukup syukur...

Terima kasih HB, info menarik.. haha.. boleh ke komen gitu? tapi memang info ni menarik.. ada benda baru yang saya pelajari.. sekurang-kurangnya lepas ni, blogwalking tak terasa seperti robot, semata-mata untuk dapatkan backlink, tapi lakukan kerana hubungan silaturrahim.. insya Allah..

kadang-kadang melalui komen kita bleh tahu, depa ni nak backlink atau serius baca entri kita..kalau komen berkaitan entri dan dapat backlink, itu kira bonus kann..

ok gan trimakasih infonya

ya..salam kenal juga

idea memang ada dalam blog orang lain..

terima kasih tuan...

jika entri yang bagus ..ramai gak yang bagi komen..

boleh..apa salahnya!

terpulang kepada mereka..baca atau tidak..biasa kalau entri bagus memang terpancing untuk membacanya

Blogwalking memang tidak susah

dulu mak jemah malas jugak nak blogwalking, tapi bila dah sekali buat secara rutin jadi rasa kekurangan plak bila tak buat..

tidak susah tapi ambik masa

niatkan untuk lawat kawan-kawan

memang perlu masa dan yang penting bandiwth atau kuota broadband harus banyak he he

Saya suka mencari ilmu di setiap blog rakan-rakan blogger, tak kira ilmu dunia blogger ataupun ilmu alam :)

musuh utama blogwalking adalah masa dan kelajuan internt dan loading..hu3

Apa-apa pun niat kena betul kan.. baru nak buat tu rasa happy je.. tapi bak kata BL, internet mau laju la. haha

Argh kalau tertinggal blogwalking ni memang sukar nak start balik...Terima kasih HB

Terima kasih bagi tips blogwalking yang sangat membantu mama ni. Cuma sedikit pertanyaan saya, patut blogwalk blog yang femes or blog yang rajin update ye?

masa juga banyak dikorbankan..

ilmu sangat penting dalam kehidupan ini..

itu tidak dapat dinafikan bro..letih satu hal tetapi rasa seronok pun ada..

guna streamix atau high speed broadband

blog yang fems dapat trafik dan blog yang rajin update kita dapat banyak ilmu..

blog yang kaki blogwalking maka blog kita pasti akan ada komentar

Blogwalking memang cara yang paling mudah untuk dapat backlink tetapi segelintir saja yang rajin lakukannya.

Apa yang Tuan Hanafi perkatakan memang benar dan jangan berat sangat untuk membalas kunjungan pembaca.

ada yang sukar membalas kerana kengkangan masa tu..

Tip yang penting untuk seorang blogger...tip ini memang tidak terkalah

ini cerita lama bro..mungkin tips ini masih relevan.

Saya setuju, tajdid (perbaharui) niat selalu buat apapun kerana Allah, semuanya tidak akan berlaku tanpa izin Dia. niatkanlah untuk tambah ilmu melalui pembacaan kita di blog rakan2. Bagi sokongan. What u give, u get back, insyaallah =)

yalahkan..ia memang tepat dan terbaik

kalau saya sendiri blogwalking merupakan salah satu cara bersilaturahmi antar blogger dan juga menjalin persahabatan

Assalam. Pertama kali dapat info sangat lengkap ttg blogwalking. Ni pun dapat maklumt dari rakan ttg blog tuan. Sangat bguna urk ambo yang baru "berblogging..."

untuk mendapat silaturrahim tulah yang terbaik sebenarnya

wsalam..nak kata lengkap tu tak la jua

Lihat lihat juga sih kalau nyambung ya tinggalkan komen, tapi kalau nggak mudeng mending lgsng kabur :D
Hahaha

kalau ada komen saya akan balas balik kunjungan tersebut

Entri best memang serbu terus :D

tak la best sangat..cuma entri ini terbanyak dia punya komen

betul...nak Blogwalking ni bukan mudah lagi2 macam saya bekerja

kalau dah habit tak menjadi masalah punya

terbaik bro!

sejujurnya tak mudah sebenarnya nak blogwalking ni. nak kena baca betul betul entry supaya komen tu berkait dengan apa yang penulis baca..

saya banyak kali delete komen pengomen kat blog sebab tak ada kaitan langsung dengan entri saya. terpaksa buat macam tu supaya tak misleading pembaca blog

ada yanng bagi komen tu guna copy and paste...tak baca dan tinggalkan backlink sahaja

saya sangat setuju dengan postingan ini, bahwa tidak hanya mencari backlink semata tapi juga niat untuk bersilaturahmi

Terima kasih tuan. Kadang-kadang komen untuk memberi pandangan atas artikel. Ada yang kita rasa nak tambah dan ada yang kita rasa tak bersetuju.

Tetapi jika tidak bersetuju, raikan perbezaan pendapat dengan syarat komen diterima bukan jenis hentam guna emosi.

Silaturrahim memurahkan rezeki

Sama sama kita ambik.manfaatnya

bagus kak, keren banget artikelnya sangat membatun untuk meningkatkan jualan grosiran saya www.jaketmurahbanget.id
Thx ya kak ^_^

sama-sama dan semoga ia memberi manfaat untuk kita semua

keren kak kalo kita blogwalking web jualan saya juga www.jaketmurahbandung.com kebanyakan dari blogwalking, maknyussss...

yalahkan ..kalau rajin itulah hasilnya..

ada manfaat juga tu.


EmoticonEmoticon