Tip Mudah Menerbitkan Entri Blog

Tip Mudah  Menerbitkan Entri Blog…Rata-rata blogger suka menerbitkan entri setiap hari .Ada juga selang sehari.Malah seminggu atau sebulan sekalipun ada.Tiada paksaan untuk menerbitkan secara kerap atau jarang-jarang.Sebabnya blog adalah urusan sendiri.Kita bos dan kita pekerja.Orang lain tak ada hak untuk campur tangan secara langsung.

HB berpendapat ada tips mudah yang boleh kita ikuti untuk menerbitkan entri.Perlu HB ingatkan bahawa panduan ini adalah pandangan HB sebagai newbie blogger.HB bahagikan kepada tiga bahagian.Ada sebelum semasa dan selepas.

entri blog

Sebelum.

1.Cari idea pokok.Nak cerita pasal apa-apa perlukan idea secara keseluruhan.Paling mudah bagi blog yang ada niche pelbagai.Kita boleh cerita macam-macam ada dalam blog.

2.Tulis draft atau terus online untuk mencari bahan yang berkualiti.Jika tak nak kerja lebih boleh tulis berdasarkan hati dan perasaan.Pembaca tidak terlalu fokus untuk mencari fakta.Sebaliknya mereka ingin tahu pendapat,ulasan dan komentar kita terhadap sesuatu isu.

3.Susun isi penting sama ada secara bertulis atau congak sahaja.HB biasa kombinasi antara dua.Jika perkara santai HB belasah sahaja (susun dalam minda).Jangan ingat matematik sahaja boleh congak.

 

Semasa

1.Karang seperti biasa sama ada secara online atau offline.Jika ada WIFI percuma boleh online sambil mengarang sekaligus.Namun kepada blogger yang low budget seperti HB boleh karang menggunakan window live writer.

2.Semak entri daripada kesilapan perkataan,penggunaan istilah dan susun idea.Namun blog adalah satu platform elekronik maka tidak wajar juga terlalu formal seperti surat rasmi.

3.Publish dengan rasa kepuasan.Tidak kira dari dashboard Blogger atau Wordpress.Bila dah publish bermakna entri blog kita sudah boleh orang baca.Jadi kalian dah layak untuk menjadi Blogger Ohsem.

 

Selepas:

1.Tugas kalian bermula di sini.Buatlah blogwalking selalu selepas habis tugas publish entri.Boleh baca entri HB terdahulu iaitu Tip Blogwalking Untuk Mendapat Backlink.Jika ada rasa berat hati nak buat benda ini.Semoga kembali segar dan terus bermotivasi berblogging.

2.Menjawab komen para pengunjung yang datang ke blog kita.Mereka adalah tetamu dan kita diwajibkan melayan mereka sebaik mungkin.Blogger perlu menjawab komen dengan sopan dan profesional.Jika tidak, mereka cuma akan datang  sekali.

3.Pilihan kepada mereka yang kesuntukan masa untuk blogwalking ialah buat ping blog.Cara ini ternyata amat mudah untuk mempromosi blog.Cuma untuk mendapat hit yang tinggi perlukan tajuk entri yang kontroversi dan panas.

 

Kesinpulan dari admin,

Jadi bukan mudah juga untuk menerbitkan entri.Namun tidak juga susah sehingga tak mampu kalian lakukan.Apa yang penting kesungguhan dan komitmen untuk konsisten dengan apa yang kita lakukan.Minat perlu selari.

Sekian salam motivasi.Jumpa lagi dan senyumlah selalu.

 

p/s : Entri kitar semula dan diberi nafas baru dari blog yang dah hilang..

29 ulasan

Banyak tips menarik di sini yang boleh dipraktikkan. Saya suka. Thumbs up.

Paling mudah terbit entri adalah entri wordless...hehe

Terima kasih berkongsi tips, sedang berjalan ke rumah orang juga ni :)

saya juga susah nak terbitkan entri baru..hehe

he..he..terima kasih!

dan ada satu lagi yang mudah..video youtube..

nie jalan secara real atau online ke rumah orang?

pupukkan minat menulis..bila dah ada idea ..satu entri macam tak puas pulak..

kalau saya kadang suka susah merangkai kata - kata biar menjadi rangkaian artikel ketika dapat ide postingan

kalau saya mesti ada draf lebih. kalau tak susah sebab sya kalau sibuk hujung minggu susah nak hadap blog selalu apa lagi waktu orang berkerja urusan anak rumah semua lakukan serentak dalam satu hari. susunan draf wajib ada ;)

terim kasih HB sebab masih sudi juga ke blog comot saya

Kena ada minat & kena consistent buat entri.

Hehe. Sesuai untuk mereka yang nak buat comeback macam saya nih.

itu terpulang kepada cara masing-masing

itu dinamakan disiplin..baru perkara ini boleh terjadi

sama-sama suri..siapa kata blog suri comot..

semoga ia bermanfaat untuk kita semua..

perlu ada komitmen baru boleh jalan...

Recent Post by MananQayyim : Segmen - 4 Power Bank Original untuk dimenangi

haha kalau takde idea buat post , apa lagi pergi lah buat promosi dengan blogwalking mesti nya ada sahaja artikel kita yang rakan - rakan tak baca lagi artikel terbaru kita hehehe

ya..sudah semestinya ada komitmen

blogwalking boleh menghasilkan idea yang baru..

Tips yg bagus utk kita semua. T kasih atas perkongsian HB..

Saya pula, sentiasa standby dengan note book untuk catat idea. Nanti senang bila nak buat artikel, tinggal refer sahaja

saya harap macam tu..la

ya..bagus juga teknik tu..

Hehe..terima kasih kongsikan..leh praktikkan ni..hehe

terima kasih ..info yang sangat bagus untuk pastikan entry kita ade mutu dan disukai pembaca.. gudluck!!

Nak cari idea nak menulis kadang2x nak menulis tapi mood yang takde. Itu halangan yang sukar setakat ni.

sy selalu suka menaip masa mood waktu nak tido. baru semangat menaip.hehe

Tips sangat berguna bagi newbie seperti mama juga. Tq hero berneo!


EmoticonEmoticon