Temuramah Pelajar UNIMAS Bersama Hero Borneo

Temuramah Pelajar UNIMAS Bersama Hero Borneo …Biar betul.Ya.Memang betul.HB bernasib baik kerana berpeluang untuk ditemuramah oleh sekumpulan pelajar UNIMAS.Mereka ditugaskan untuk mengambil maklumat berkaitan analisis kerja.Kebetulan pula HB bertugas pada sebelah pagi.

Pada mulanya pihak atasan HB agak keberatan untuk memberi kelepasan memandangkan sesi temuramah begini mengambil masa.Namun HB bertegas juga dengan alasan mereka sudah membuat temujanji dan ianya sudah dipersetujui oleh rakan sejawatan HB sebelum ini.

Hero borneo2429

Maafkan HB bahawa temuramah ini bukan tentang kerjaya blogger.Ia adalah tentang jawatan yang HB pegang sekarang ini.Sebagai pelajar universiti tugas untuk menuramah dan mengambil maklumat organisasi luar cukup mencabar.Tak ramai syarikat yang boleh memberi kelepasan memandang tiada unsur keuntungan secara langsung.

Secara peribadi HB tiada sebarang masalah kerana melalui sesi temuramah begini peluang HB menguji tahap pemikiran untuk menjawab segala soalan dengan mantap dan menyakinkan.Terlihat juga bagaimana para pelajar terpaksa mencatat banyak perkara yang HB rasa banyak kuah daripada isi.

Sesi temuramah berjalan dengan lancar.Soalan demi soalan HB kupas dengan yakin kerana terbiasa dalam dunia blogger.Kelebihan seseorang blogger ialah kemampuan untuk menyampaikan idea baik secara tulisan maupun lisan.Ya.Rakan-rakan blogger sekalian wajib bersyukur kerana berpeluang menjadi blogger.Kerjaya blogger seperti harimau yang menyembunyikan kukunya.

Impian HB sekarang ini mahu ditemuramah oleh pihak akhbar.Sebab cara ini populariti akan naik.Jenama blog akan meningkatkan serta potensi untuk mendapat peluang pengiklanan dan adverbtorial juga luas.Manalah tahu ada rezeki baik punya.

Perkara ini bukan sesuatu yang sukar.Namun perlukan sentuhan berbisa ke atas blog ini dari segi trafik dan konten.Gabungan aspek tersebut mestilah memenuhi kriteria.Bukan nak kejar trafik semata-sama tetapi konten tak boleh la tangkap muat.

 

Kesimpulan dari Hero Borneo,

Pada mulanya HB nak kongsikan gambar kami selepas sesi temuramah.Namun terasa segan pulak kepada pihak majikan dan para pelajar Unimas sendiri.Jadi gambar yang diperolehi sekadar simpan untuk koleksi peribadi sahaja.

Daripada apa yang HB perolehi dalam sesi temuramah tersebut dapat satu pengajaran baru.Kemahiran menjawab soalan kepada golongan intelek mesti cara intelek juga.Meskipun HB tak jejak kaki ke pusat pengajian tinggi namun daya pemikiran kritis,analitis dan kreatif boleh kita perolehi melalui pengamatan dari kehidupan itu sendiri.

Sekian.Salam motivasi dan tanamkan impian untuk berjaya setiap hari,masa dan ketika.

 

p/s : nak tahu tak Rahsia Menjana RM50 ribu dengan jual ebook

20 ulasan

Tahniah bro. Hehe. Jangan pernah malu. Kita manusia semua sama.kan

p/s : Boleh temuduga aku plak? haha

terima kasih..malu itu biar bertempat la bro..

harap student unimas cari bro selepas ini..he..he..

Tahniah yer, insyaAllah ada pleuang masuk suratkhabar pulak nanti...

nak berjaya bukan satu perkara yang mudahkan semua asah macam nak jadi blogger juga asah bakat menulis mengupas sesuatu topik lama kelamaan akanjadi mudah

Betul tu HB..Temuramah adalah salah satu cara untuk kita menguji "ketangkasan" otak kita berfikir. Some more kalau temuramah tersebut adalah secara live tanpa preparation...Kalau idea kita bernas dah jadi selling point kat situ...

is a gud start utk sebuah impian yg besar tu HB, semuga tercapai impian :)

dan tentunya akan bertambah pengalaman juga

terima kasih tuan..amin! berkat doa tuan!

asah bakat menulis itu perlu..

sekurang-kurangnya ada pengalaman kat situ..

Tahniah bro... semoga membawa kebaikan utk semua yg terlibat... aamiin. :)

harap-harap macam tu..terima kasih bagi sokongan

ya..pengalaman juga bertambah..

terima kasih tuan KK dan saya harap begitulah hendaknya

menarik juga kalau ditemuramah dan masuk akhbar... tentu glamour. Betul juga kata HB, blog perlu mantap terlebih dahulu. Moga berjaya!

Satu pengalaman berharga. Boleh dijadikan latihan...manalah tahu kalau nanti ditemuramah oleh akhbar. Saya doakan anda berjaya!

waa...
next step boleh jadi artis.. dah boleh jawap temuramah... he he he...

Suka ayat.. Blogger umpama harimau yang menyimpan kukunya.. he he he

masuk akhbar atau majalah cara untuk naikkan jenama blog

terima kasih bro BM..harap begitulah hendaknya

artis..oh tidak! terlalu glamer nanti


EmoticonEmoticon