Rasional Disebalik Hari Tanpa Bra

Rasional Disebalik Hari Tanpa Bra…Sambutan untuk hari tanpa bra sudah berlalu.Namun sehingga hari ini masih hangat diperkatakan oleh pengguna media sosial.HB tak ambil pusing sangat kerana ia soal wanita dan kesopanan untuk rakyat Malaysia.Tak bermakna HB tidak peduli kerana hidup HB sentiasa dikelilingi wanita baik dirumah maupun ditempat kerja.

hari tanpa bra

Ada wanita yang menyambut kempen hari tanpa bra demi menyokong isu pencegahan kanser.Kelogikannya ada kerana penggunaan bra yang tak sesuai dengan saiz boleh mengganggu struktur kulit yang sensitif.Jika tak pakai tentunya tak elok terutama bagi wanita yang berada diluar rumah.Selain seksi ia boleh menimbulkan perasaan yang bukan-bukan kepada insan bergelar lelaki jika terlihat ke ‘situ’.

Apa yang patut HB katakan mudah sahaja.Sambutan Hari Tanpa Bra hanya sesuai di rumah sahaja.Kalau boleh malam jumaat kepada pasangan suami isteri.Si suami akan seronok manakala si isteri akan gembira kerana undangan  ke ‘situ’ akan berlaku.Kepada si isteri ia adalah satu Rahsia Menambat Nafsu Suami

Bagi anak-anak gadis yang belum berkahwin jangan risau.Mereka masih boleh menyambut kempen ini sorang-sorang.Tak ada sesiapa yang perlu tahu.Cuma jangan sesekali berselfie dan upload ke media sosial.Bahaya dan ia mengudang bala ke atas masyarakat dunia.

Golongan makcik-makcik  pun boleh turut serta.Sebelum itu minta pandangan pakcik.Kalau pakcik kata nak buang tabiat ke maka lebih baik batalkan sahaja niat itu.Silap hari bulan pakcik tak nak balik rumah 40 hari dan 40 malam.Mungkin pakcik keluar ikut tabligh untuk berdakwah.

 

Kesimpulan dari hero borneo,

Maafkan HB jika ada yang terasa bila membaca entri ini.Ia cuma luahan pandangan dan pendapat.Langsung tidak berniat untuk mempersendakan sesiapa.Lagi pun sambutan Hari Tanpa Bra bukan budaya kita.Ia sesuai kepada masyarakat barat yang tidak kenal erti malu dan segan.

Mereka tak malu dan tak segan kerana tak ada iman.Kita orang beriman maka malu dan kemaluan itu mesti dipelihara setiap masa.Jadi trademark malu mesti ada bagi orang Islam terutama melibatkan soal aurat, maruah dan harga diri.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

10 ulasan

haaa..tidur jangan pakai bra kasi dia napas lebih :) bukan lucah tapi memang benar belaka

ada2 saja ini ulah urang luar negeri, kalau di luar negeri mungkin ani acara yang unik, posisi tidur tanpa bra itu bagus, kenapa bra itu sifatnya menekan kulit, sehingga peredaran darah tidak lancar, sedang kan dalam kondisi tidur seharusnya jangan sampai ada pakaian yang bisa mengakibatkan sulitnya peredaran darah mengalir, kalau terus2san efeknya juga jadi tidak bagus bagi tubuh

waktu mandi tak pakai bra
senang nak bersihkan diri

tips yang baik..terima kasih

betul tu..kerana tanpa peredaran yang lancar tempat tu akan bermasalah..lelaki pula jangan pakai seluar kecik masa tidur

sudah semestinya tuan..

Betul tu, sambut kat rumah je. Nak buat hari-hari pun tak apa. Tak perlu nak show off dekat public

Huhu...macam tu la kan..tapi kena tahu caranya juga..kan bro..seronok pulak baca artikel ni..hahahaha

sendiri mau tahu la..

terima kasih..atas kefahaman tersebut


EmoticonEmoticon