Petua Supaya Suami Setia 100%

Petua Supaya Suami Setia 100%…HB terjumpa petua ini dalam sebuah buku.Jadi amat elok rasanya HB kongsikan dalam blog ini agar memberi manfaat kepada para pembaca  terutama kaum isteri.Soal berkesan atau tidak terpulang kepada situasi dan jenis suami itu sendiri.HB tak jamin 100% berkesan.

suami setia

Suami yang setia dan isteri yang penyayang adalah elemen wajib.Sebabnya kehidupan berumahtangga memang mencabar.Si suami ada tabiat tersendiri manakala si isteri ada karenah yang sukar dijangkakan.Bagi memastikan rumahtangga  kekal bahagia peranan isteri dan suami mesti digalas penuh tanggungjawab.Tak boleh abaikan atau diperlecehkan.

Berbalik kepada petua yang hendak HB kongsikan ini memang menarik.Terbaik pada padangan kasar HB.Tak taulah pulak pada pandangan suami-suami otai diluar sana.Itu pun belum kira pendapat para isteri mithali pada tahun ini.

Ayuh.Jangan buang masa.Mari kita teliti dengan berhati-hati petua ini.

1.Layanan mesra kelas pertama

Secara semulajadi manusia suka diberi perhatian dan dicurahkan kasih sayang.Apatah lagi manusia itu adalah suami kalian sendiri.Beliau mesti dilayan kelas pertama.Hati dan perasaannya perlu ditatang bagaikan minyak yang penuh.Segala keperluan suami haruslah dipenuhi terutama pada bahagian bawah perut dan atas perut.Harap si isteri faham yang HB kiaskan ini.Jika tak faham baca perenggan ini berulang kali.

2.Memahami kerjaya suami sepenuh jiwa

Suami tonggak utama pencari rezeki buat keluarga.Namun trend terkini menunjukkan ramai para isteri mempunyai pendapatan lebih tinggi dari suami.Ada jawatan lebih baik.Ini tidak bermakna suami boleh dipandang rendah baik secara sengnaja atau tidak.Dalam usaha mengekalkan kesetiaan suami,si isteri perlu faham kerjaya pasangan masing-masing.Balik lewat dan sentiasa sibuk di tempat kerja bukan bermaksud suami buat kerja tak betul.Jangan mencurigai sehingga hilang rasa kesetiaan mereka.

3.Jaga badan supaya kekal menawan

Suami ada kelemahan yang nyata.Mereka mudah dikaburi oleh objek-objek yang menarik di luar.Objek yang terdiri dari pucuk muda dan yang bergetah itu memang cabaran untuk suami tergugat imannya.Penyelamatnya tidak lain dan tidak bukan ialah si isteri mesti menjaga badan supaya tetap mengiurkan.Nak kata tak adil susah juga jika isteri sahaja berbadan cantik tetapi suami boroi sana sini.Kalian mesti ingat bahawa lelaki cukup lemah pada pandangan mata.Oleh itu tutupi kelemahan suami itu dengan mencantikkan badan dan wajah sedapat yang mungkin.

HB saran kalian baca Rahsia Menguruskan Badan Dengan Terapi Minda! Klik Sini!

Kesimpulan dari admin,

Dalam memastikan suami supaya setia 100% mesti mengabungkan 3 petua yang HB senaraikan di atas.Bukan maksudnya tanpa petua tersebut suami kalian akan beralih angin.Ada banyak sebab kerana alam rumahtangga tersangat banyak cabarannya.

Lagipun memang ada suami yang tetap setia dengan isteri walaupun isteri sudah meninggal dunia.Cinta mereka terlalu hebat dan sukar digugat oleh wanita lain.

Sekian.Jumpa lagi dan jangan lupa untuk membaca entri yang akan datang pula.

16 ulasan

Tip yang menarik... Saya harap si suami boleh ikuti tip ini tetapi si isteri juga kena pandai kekalkan kejelitaan di mata suami.

Salam bro...saya ada buka blog bro di hanpon, saya dapati tiada kotak komen, cuma yang ada hanyalah "catatan komen". Jadi nak komen melalui hanpon tak boleh. Harap bro Hanafi Abdullah ambil perhatian dalam hal ini. TQ...

Tip begini... si suami perlu amalkan, sedikit sebanyak dapat menawan hati terhadap si isteri. Isteri juga perlu pandai mengambil hati si suami. Saling mengenali antara satu sama lain.

tips ini memang terpakai untuk isteri atau suami..

ya..salam kembali..jika begitu keadaannya saya akan check nanti..saya cuba tukar template dulu dan adjust sedikit template ini..terima kasih atas feedback

ha.ha..betul tu! soal setia isu penting dalam rumah tangga.

Tips yang menarik! Kesefahaman dan saling bantu membantu dalam menerima kelebihan dan kekurangan masing2 adalah yang paling berkesan buat saya.

wpun sis blm kahwin , dr pemerhatian sis pada couple di sekeliling , plg ptg si isteri kena faham suami ...

suami dan isteri saling melengkapi antara satu sama lain..

nanti sis Vee dah kahwin..baru faham betul-betul.

Rindu nak dapat sentuhan2 di nyatakan di atas...tu pasal suami cari lain kerana istri dah mula tunjuk rupe sebenarnya...

usahakan dan perbaiki apa yang kurang

aku dah leh baca dah artikel macam ni tanpa batasan dah lepas nih..haha.

dulu..segan gak nak membaca.

itulah yang bestnya orang dah kahwin..

cantik sgt tips ni HB. memang itu hakikatnya kan... pandangan mata sentiasa harus dijaga :) thats why dari mata turun ke hati :) betulkan HB...

orang beriman mudahnya sebenar..jaga pandangan mata maka iman akan terjaga juga


EmoticonEmoticon