Minyak Naik Penyebab Naik Darah

Minyak Naik Penyebab Naik Darah…Jangan hairan isu ini kecoh di Malaysia.Ianya berkisar kepada minyak naik harga sebanyak 20 sen seliter.Kenaikan ini cuma berlaku kepada petrol subsidi RON95.Ada yang panas hati dan beriya-iya nak menyalahkan pihak kerajaan berhubung isu ini.HB ambil pendekatan berkecuali.Tak bangkang sangat dan tak juga sokong sangat.

 

minyak naik

 

Kesan nyata kepada kenaikan harga minyak tentulah kepada rakyat Malaysia yang masih hidup susah.Golongan ini dalam kategori miskin.Bebanan terus terpikul kepada bahu golongan miskin yang terpaksa menempuhi hidup ini dengan kesukaran dan kepayahan apabila minyak naik.

 

Lebih terasa impaknya kepada rakyat yang memerlukan petrol RON95 untuk mencari rezeki.Mereka mengguna kereta atau motosikal.Golongan kaya pula tidak terjejas kerana pendapatan yang diperoleh tak habis makan 7 keturunan.Setakat isi minyak RM100 sehari pun boleh pejam mata.Lagipun minyak yang nak diisi bukannya petrol tetapi diesel.Mereka guna kereta mewah yang berkuasa tinggi.

 

Tekanan demi tekanan akan menghimpit perasaan rakyat miskin.Jadi tidak mustahil naik darah.Mungkin terkena tekanan  darah tinggi,kencing manis dan serangan jantung.

 

Kalau tak pun akan muncul golongan penentang kerajaan agar masyarakat Malaysia bergolak dan kucar-kacir.Golongan ini biar HB klafiskasikan sebagai rakyat dah naik darah.Minta dijauhkan sama sekali.

 

Solusi yang HB sarankan untuk pembaca  sekalian boleh pertimbangkan untuk menyerap kesan minyak naik.Fikir secara logik.Bertindak atas kemampuan dan fikirkan boleh.Dah semacam lirik lagu pulak!

 

1#Kurangkan perbelanjaan harian

 

Bab ini paling sukar.Ia umpama sayur peria.Rasa sangat pahit namun banyak khasiatnya.Makan atau minum biar terkawal.Kurangkan aktiviti riadah yang memerlu keluar dari rumah.Jimat petrol maka jimat belanja la.

 

2#Tingkatkan pendapatan bulanan

 

Cari peluang perniagaan yang memerlukan modal kecil tetapi untung besar.Macam MLM sahaja.Ya.Memang tepat kerana peningkatan pendapatan yang selari dengan harga barangan membolehkan hidup macam biasa.

 

3#Tingkatan tabungan tahunan

 

Macam klise sahaja panduan ini.Bagi mencapainya pergi ke panduan no.1 dan seterusnya no.2 sehingga benar-benar faham.Buat dan jangan bertangguh.Jika  kalian sudah hilang panduan boleh cari sahaja dalam blog heroborneo.com

 

 

Kesimpulan dari admin,

 

Maafkan HB atas  kupasan ini  yang kurang menyengat ini.Bagi HB minyak naik ada hikmahnya.Bersyukur kerana dengan kenaikan minyak kita menjadi seorang yang berjimat cermat.Malah semakin ligat untuk mencari rezeki lebih.

 

Bagaimana pula dengan kalian yang sudah naik darah.Tak usah marah-marah.Perbanyakkan istighfar dan selawat.Hati akan jadi tenang.Dunia adalah pentas permainan sahaja.Isu minyak naik terlalu kecil nilainya. Jadi jangan terlalu emosi.Tolong bersabarlah ye.

 

Cari duit banyak-banyak dan jangan lupa untuk dapatkan ilmu tentang rezeki dalam Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

 

Sekian,jumpa lagi dan tabahkan hati hadapi ujian minyak naik atau naik darah.

28 ulasan

Lepas ni semua benda naik, cuma satu je yang turun, air hujan. huhu

Bila minyak naik...banyak yang akan follow thru..So rakyat malaysia memang kena berbelanja secara berhemah dan kalau perlu cari pendapatan sampingan..

kena belajar berjimat cermat ni , kalau boleh balkik kerja nak terus singah kekedai untu brli belanja baru safe sikit minyak

semua naik..ada ke naik hantu lepas ini mengamuk tak tentu arah..kita mesti belajar kawal kemarahankan.

isi minyak td..tp x naik mana pon xoxoxox

Orang kaya, pakai kereta enjin hybrid. Kalau minyak naik pun, tak terasa sangat sebab kereta enjin hybrid ni tak kuat makan petrol macam enjin konvensional.

nak meningkatkan pendapatan yang garu kepala tuh huhu

teka teki ini biasa saya dengar..

pendapatan sampingan amat perlu dalam hadapi isu ini ..

kenapa tak pasang dari dulu lagi bro..

perbanyakkan bersabar..

sebab kuantitinya semakin kurang

mereka lagi terfikir perkara ini..mau berbelanja berhati-hati

selepas garu kepala dapat idea tak pe..

aha..

semua mau naik minyak. haha

Kesan kenaikan minyak ni berantai... paling merisaukan bila ia melibatkan kenaikan hartanah nanti. Rumah mahal, makanan mahal & segala2nya jadi mahal... wallahualam..

Orang yang tak reti nak isi minyak cam saya ni, tak berasa manalah minyak naik atau tak kot. Hehehe... Tp tengok kawan2 duk bising gak pasal isu ni. Kat Trg sekarang nipun bukan jer minyak naik, kalo g pasar tu, if tak bawak note RM50, rasa tak konfiden jer nak beli barang. Apa taknya, ikan, sayur seme mahal2.

duax kot HB minyak naik terus naik darah :) hmmm... trying hard to take it cool kan HB. Allah did something with a reason kan...

terpaksa la..itu bro.

bila semua dah jadi mahal maka hidup semakin mencabar

itu adalah inflasi..jumlah duit sama tetapi nilai semakin mengecil

perlu bersabar dan bertenang sahaja..dulu

Minyak naik, benda lain pun naik.. huhuhu :p

Semua naik..baru blh jadi negara maju...darah pun naik, boleh cepat KO...

Hang azmil mana blh ckp mcm tu...negara maju tak semesti semua naik...kebajikan org ramai kena jaga...tak semua org mampu bayar dengan gajo bulanan sekarang yang ada bergaji bawah RM1000 lagi...

hukumnya macam itu..satu naik..yang lain turut naik

cepat KO itu yang berbahaya

Gaji bawah 1K memang kategori miskin sekarang ini..


EmoticonEmoticon