Mimpi Ngeri Seorang Blogger Newbie

Mimpi Ngeri Seorang Blogger Newbie…Sebut tentang mimpi memang banyak.Antaranya mimpi ngeri,mimpi basah,mimpi kahwin  lagi dan mimpi dapat jadi juwatan.Mimpi adalah mainan tidur.Namun mimpi kali ini adalah mimpi sedar iaitu situasi sebenar seorang blogger newbie.HB akui  pendedahan dunia blogging yang masih terhad agak sukar untuk  merealisasikan impian mereka sebagai blogger yang berjaya.

mimpi ngeri

Jika nak berjaya bukan sekadar bermimpi.Usaha perlu ada.Seseorang blogger mesti mencapai ketenangan fikiran.Kalian dan HB sendiri tidak boleh menyakiti hati orang lain dalam penulisan blog.Sebab perlanggaran hukum ini akan memberi kesan mimpi ngeri kepada emosi seseorang.

Tambahan pula cabaran sebagai blogger akan bertali arus.Misalnya HB baru-baru ini dan juga selama ini pun mengadapi gangguan internet.Sebagai blogger yang sibuk dengan penyertaan kontest Vitamin Shaklee Bagus Untuk kesihatan tentunya cabaran gangguan internet adalah mimpi ngeri.Serius.Betul-betul ngeri untuk mood berblogging.Sebab di saat kita tengah teruja untuk blogwalking dan internet searching tiba-tiba terputus ditengah jalan.

HB sebenarnya dah naik bosan dengan gangguan internet begini.Betul-betul mencabar emosi supaya  jadi marah.Namun HB perlu bersabar kerana setiap cabaran ada hikmah.Mungkin supayaHB tabah dan kuat.Betul sangat kan!

Ada juga hati nak berhijrah ke penyedia internet yang lain.Pokoknya belum ada bajet ke arah itu.Kini HB  pulak menjadi mati kutu.HB percaya dengan kuasa sabar dan bertenang mampu untuk HB bertahan dengan mimpi ngeri ini.

HB berharap usaha untuk belajar Panduan Asas Affiliate Untuk Blogger Baru (Newbie) tetap diteruskan.Berhenti maka kalian dan juga HB akan berdepan dengan situasi ditakuk lama walaupun tahun lama ke bertukar baru.Kini sudah awal tahun.Maal hijrah pun dah sambut itu hari.Ingat lagi tak!

Apa lagi mimpi seorang blogger newbie?

Sudah tentu ingin menghasilkan duit dari internet.Dari program affiliate yang berpotensi menjana pendapatan ribu riban seperti blogger Pemakan Cendol.Orang seperti HB dan blogger newbie yang lain tentu juga nak seperti dia.Tapi ada syaratnya.Tak lain tak bukan cari ilmu sebagaimana dalam Portal Ilmu.

HB harap mimpi ngeri akan bertukar menjadi mimpi indah ketika usaha sudah membuahkan hasil.Bila agaknya?Tak dapat HB nak jawap.Bak kata Nabil lu fikir la sendiri.he..he..

Proses menukar mimpi ada banyak cara.Biar HB ringkaskan kepada tiga perkara sahaja.

1.Semangat juang untuk berjaya.

Orang yang bersemangat tidak mengaku kalah.Bagi mereka GAGAL itu adalah belum berjaya.Mesti cuba,cuba dan terus mencuba.Paling penting belajar dari kesilapan.Jangan diulangi kerana perkara yang sama akan menyebabkan hasilnya akan tetap sama juga.

2.Berlatih untuk menajamkan kemahiran.

Jika kalian seorang blogger maka berlatih untuk menulis dengan cara dan teknik terbaik.Tolong jangan rasa jemu untuk menulis serta mengemaskini blog.Tak ada idea perbanyakkan membaca buku,blog,majalah dan sewaktu dengannnya.Berlatih dan terus berlatih.Sekiranya tak mampu berdikari, tolong cari mentor.Hubungi dengan cara terhormat.Jika perlu bayaran maka keluarkan modal.Insha Allah, kemahiran menulis kalian akan lebih tajam.

3.Tingkatan pengetahuan SEO

Sekarang masa paling sesuai untuk belajar SEO khusus untuk  blogger Newbie.Sebab ada kontest SEO yang memerlukan blogger menulis entri bertajuk Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan.Uji pengetahuan dengan bertindak menyertai kontest tersebut.Lupakan rasa rendah diri.Tinggalkan rasa tidak yakin.Nak sertai boleh dapatkan maklumat lanjut dalam entri HB bertajuk Segmen Hero Borneo Bersama AkmaOmar.com

 

Kesimpulan dari admin

Sebagai blogger newbie jangan menjadikan mimpi ngeri sebagai alasan untuk berhenti menjadi blogger.Bidang blogger terlalu istimewa dan HB ucapkan selamat berjuang dan selamat datang ke komuniti blogger.Jumpa kalian selalu di dunia maya.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

36 ulasan

tdk jadi mimpi ngeri klu kita menulis kerana minat ... keep blogging bro ...

minat sangat penting..terima kasih bagi sokongan

Jangan paksa diri. kalau tak memang selalu dapat mimpi ngeri..he..he

bahaya mimpi ngeri..cuci kaki selawat dan baca doa pendinding diri ya

Nurul jarang sangat bermimpi HB.. :)) tulis kerana suka.. ikhlaskan hati

memang gangguan internet la yang paling menyakitkan rasa macam tendang je moderm internet. hahaha.

Ya mmg saya akui mcm sy buat sales online kalau internet problem mmg tak senang duduk..
Online kat hp tak puas.. :)

In shaa Allah, setiap usaha pasti ada dugaan & pasti juga dikurniakan kejayaan nanti. Semoga HB terus berjaya... aamiin.. :)

Jawapan dari mimpi ngeri ini kena tukar talian internet;

ya..bagus buat secara santai..kalau serius sangat jadi stress.

petua yang bagus untuk diamalkan tu suri

kalau macam tu..kurang tidur la nie

itu dalam situasi tak boleh sabar he..he..

cabaran sebagai blogger bila talian internet ada masalah

terima kasih tuan KK atas dorongan yang diberikan tu.

jawapan yang tepat tu bro.

kena bercinta dengan setiap entry baru kan HB, kalau bercinta mesti la mimpi indah tak lagi mimpi ngerikan... :)

rasa-rasanya macam nak bersetujulah pulak!

tukar mimpi jadi impian, tukar impian jadi kenyataan... info bagus ni.

internet memang boleh buat emosi terganggu bila ada kerja yang perlu diselesaikan.

memang begitulah hasrat saya tuan..mudah-mudahan menjadi punya

memang begitulah hasrat saya tuan..mudah-mudahan menjadi punya

cara selamat sepatutnya ada talian internet backup

Mimipi buruk kawan sebagai blogger apabila broadbend tak mampu untuk connect disebabkan keculasan membayarnya hahaha

internet buat hal memang mimpi ngeri tetapi kalau kita suka apa yang kita buat...mimpi ngeri itu pasti indah di penghujungnya :D

Betul. Berusaha tanpa alasan. Mimpi ngeri tolak tepi. Kejayaan tengah menunggu.

Semoga Berjaya :D

betul sangat..gangguan internet adalah mimpi ngeri untuk blogger dan juga peniaga online Shaklee seperti saya nie. :D

itu sebab jangan culas nak membayar..

ya..itu memang betul Puteri kasih..semoga apa yang berlaku ini menjadi mimpi indah pula

satu komen yang suka saya dengari..he..he..

tidak dinafikan ..internet tool paling penting untuk blogger dan ushawan online

Saya pula hidup sebagai blogger dengan internet slow... tapi anggap macam biasa saja.. hehe

Internet slow dengan lappy pun macam siput gondang memang mimpi ngeri betoi

saya fikir saya seorang hadapi cabaran ini.

tak sepatutnya berlaku kerana dunia internet telah bertambah laju tetapi internet di Malaysia semakin mundur

Kalau internet jenis suka putus-putus, buat draf dulu dalam notepad atau ms word, jadi kalau tetiba hilang talian, takdelah muka berubah kaler jadi biru, hijau, purple ker...hehe


EmoticonEmoticon