Mengenali 8 Kategori Manusia Genius

Mengenali 8 Kategori Manusia Genius  …Jangan ingat Albert Einstein sahaja yang cerdas dan genius.Bahkan semua manusia yang dilahirkan sempurna mempunyai tahap kecerdasan yang tersendiri.Cuma manusia itu sendiri yang menidakkan keupayaan dan potensi yang ada dalam diri.Kita ada tahap genius yang tersendiri dan tersembunyi.Jika nak tahu jom baca dengan teliti dan sungguh-sungguh.

manusia genius

Ayuh kita kenali   8 jenis genius atau kecerdasan semulajadi manusia yang jarang-jarang kita hargai dalam diri.Maafkan HB kerana entri ini ada unsur serius dan diselit unsur humor untuk memudahkan pemahaman.Insya Allah.

1.Genius linguistik

Golongan ini rata-rata terdiri daripada penulis buku,sasterawan,penulis skrip,penceramah dan blogger.Keupayaan mereka dalam membaca dan menggunakan perbendaharaan kata amat bagus.Jangan lupa Blogger  dalam kategori ini.Kebolehan menguasai bahasa asing juga merupakan kelebihan kepada manusia yang ada genius linguistik.

2.Genius logikal-matematik

Otak mereka pandai kira-kira.Kalau setakat congak memang mudah.Cara mereka berfikir ke arah menaakul dan kritis dalam membuat keputusan.Dulu heboh ada budak lelaki bawah umur genius matematik.Tak silap namanya Adi Putra.Tahap kefahaman matematik Adi Putra boleh mengalahkan pelajar di universiti.Ketika entri ini ditulis Adi Putra dah meningkat remaja pun.

3.Genius visual-spatikal

Manusia jenis ini memang pakar melukis.Mereka boleh jadi pelukis jalanan  atau tembok.Kehebatan mereka membina gambaran mental terbaik.Tak kurang juga yang menjadi arkitek atau jurulukis bangunan.Meskipun tidak semua ada kebolehan ini namun kita semua wajib bersyukur kerana ada dikalangan kita sudah dibekali dengan kelebihan ini.

4.Genius muzik

Mereka adalah orang seni.Dulu-dulu sangat popular dengan orang seniman atau seniwati.Kebolehan mereka adalah menyanyi atau mencipta lagu.Tambahan pula bidang ini amat digemari ramai.Siapa yang tidak suka hiburan atau muzik.Jadi sesiapa yang genius muzik boleh popular dan kaya seperti lagu Awi Rafeal dan Eltimet.

5.Genius kinestetik

Golongan ini merupakan atlet.Mereka ada kebolehan dalam bidang sukan dan selalunya mengharumkan nama negara sebagaimana Datuk Lee Chong Wei.Selain bidang sukan, orang yang genius kinestik adalah penari sama ada joget,poco-poco,dangdut maupun senamrobik.Bakat mereka semulajadi dan terbentuk dengan latihan serta minat.

6.Genius interpersonal

Sebut interpersonal boleh HB hubung kaitkan dengan keupayaan interaksi sosial.Mereka adalah pemimpin yang boleh berkomunikasi dengan cukup hebat,Tidak cukup dengan itu mereka boleh bekerjasama dengan orang lain tanpa menjadi Superman (manusia pelik yang guna seluar kecik kat luar).Pemimpin yang terhebat sepanjang zaman adalah Rasulullah SAW.Itu contoh yang paling dekat.

7.Genius intrapersonal

Golongan ini merujuk kepada seseorang yang boleh menguasai diri sendiri.Mereka kuat agama,disiplin tinggi dan ada kesedaran terhadap perasaan sendiri.Namun tak lah sampai syok sendiri.Kehidupan mereka rata-ratanya berjaya.Mereka boleh bangun pagi sebelum subuh dan bekerja menepati masa.Sifat curi tulang adalah jauh sama sekali.

8.Genius naturalis

Mereka ini amat dekat dengan alam.Boleh dikatakan ahli tak rasmi Green Peace.Kesukaan mereka kepada alam sekitar amat tinggi sehingga sanggup tinggal dalam hutan.Contohnya para penyelidik dari National Geographic.Kalau tak pun penulis blog Relakssminda yang suka menulis tentang alam sekitar.Mereka cintakan kehijauan,mesra alam dan berjuang untuk generasi akan datang.

Kesimpulan dari Hero Borneo,

Sama kita sedar atau buat-buat tak sedar,semua kita ini mempunyai sifat genius.Ada yang gabungan 2 atau lebih.Namun genius dalam 8 kategori adalah hampir mustahil kerana sifat manusia ada titik kelemahannya.

Apa yang perlu, fokus kepada jenis genius kalian.Insya Allah akan berjaya di dunia dan akhirat.Sebab Allah SWT memang menjadikan manusia sebaik-baik kejadian agar menjadi khalifah untuk memakmurkan bumi ini.

Maaf terlepas cakap gelaran khalifah adalah khas untuk golongan berpegang teguh kepada ajaran Islam yang benar dan betul sahaja.
Sekian.Salam motivasi dan jangan lupa kita semua adalah orang genius.

Nak tambah genius boleh cari ilmu dalam >>>Portal Ilmu

8 ulasan

hehe. Banyak kategori rupanya benda ni.hehe

menmang banyak bro..mungkin ada lebih daripada lapan

terima kasih info ni, baru tau ada kategori macam ni...

banyak juga yah mas daftar macam2 jenis kecerdasan, apakah ada mas mungkin aplikasi yang dapat mengetahui jenis kecerdasan kecaradasan seseorang

sama-sama tuan..semoga ianya memberi kecerahan minda kepada yang belum faham

setakat ini cuma genius IQ yang boleh diukur..secara standard

emosi dan perasaan berkait dengan intrapersonal kan HB? emosi can be trained tak?

ya..boleh ditrain menggunakan konsep NLP..satu kaedah moden dalam memberi komunikasi kepada minda dan badan manusia..


EmoticonEmoticon