Kesukaan Orang Mati Berbanding Orang Berjaya

Kesukaan Orang Mati Berbanding Orang Berjaya…Alamak.Seram sejuk HB mengarang entri ini.Adakah patut orang mati boleh dikaitkan dengan orang berjaya?.Sebenarnya tidak ada apa-apa.HB cuma nak mengambil beberapa iktibar dari sifat orang yang berjaya dan orang mati untuk manfaat bersama.Mudah-mudahan entri ringkas ini memberi satu dimensi baru untuk kita berfkir tentang kehidupan baik semasa hidup dan sesudah mati.

 

Foto2105

 

Menurut Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumiddin,kesukaan orang mati adalah untuk kembali ke dunia ini lagi walaupun sehari.Jika seseorang itu jenis taat beragama maka inilah saat terbaik untuk menambah amalan.Sebaliknya bagi orang yang berbuat maksiat dan engkar inilah kesempatan  paling baik untuk berbuat kebaikan semula.Tetapi sayang.Semuanya sudah terlambat.Peluang untuk hidup di dunia ini cuma sekali.

 

Sekarang kita lihat pula kesukaan orang berjaya menurut Napoleon Hill dalam buku motivasi  Think And Grow Rich (perbetulkan jika salah).Beliau telah menuramah 500 orang yang berjaya dalam pelbagai bidang.Mereka itu mempunyai satu persamaan iaitu sentiasa berbicara tentang kejayaan.Pagi,petang,siang dan malam semua topik perbincangan adalah kejayaan.Bila berjaya maka memberi kebaikan kepada orang lain.

 

Titik pertemuan orang mati dan orang berjaya tetap sama.Mereka mahu kebaikan.Mereka mahu memberi manfaat kepada orang lain kerana itu cara mudah mendapat pahala (orang beriman sahaja).Sebab itu ada Pelaturan Emas yang tercatat pada Makam Orang Mesir pada 1600 SM menyatakan ‘Dia mencari untuk orang lain kebaikan yang dia inginkan untuk diri sendiri’.

 

Nampak tak kesukaan orang mati dan orang berjaya dalam dunia yang berbeza.Orang mati berada dalam dunia barzak manakala orang berjaya masih berada di dunia yang kalian duduki sekarang ini.Mereka ini masih ada tujuan akhir.Bagi orang Islam tujuan akhir ialah mendapat keredhaan Allah.Sebab orang berjaya hakiki bukan dinilai semasa hidup sahaja sebaliknya berterusan selepas mati.

 

HB bukan berniat untuk mencabar hukum alam.Dalam hukum alam,fikiran boleh menerawang ke masa yang telah lepas,sekarang dan masa akan datang.Namun masa dan peristiwa tidak mungkin dapat mengundur ke belakang,

 

Kesimpulan dari admin,

 

HB harap penjelasan HB tentang kesukaan orang mati berbanding orang berjaya tidak menyebabkan kalian pening.Jika pening tu pergilah berehat dan layan Youtube dulu.

 

Jika ada pendapat yang nak ditambah mari kongsikan dalam ruangan komen dibawah.

 

Sekian.Salam motivasi dan jadikan diri ini orang berjaya sebelum diri kita ini menjadi orang mati..kasarkan bunyinya.

 

 

>>>Perniagaan tidak perlu modal besar tetapi idea ada di  Portal Ilmu<<<

8 ulasan

cantik lubang kubur tu.....

Berbuat baik adalah fitrah, tetapi kadang-kadang hingga nyawa sudah sampai ke hujung baharu sedar akan fitrah ini. Apa gunanya? Sementara masih ada nyawa inilah untuk berbuat banyak kebaikan.

cantik dan tempat itu adalah pasti untuk kita...

ya..betul tu..gunakan kesempatan yang ada

Peringatan yg bermanfaat utk kita renungkan bersama... subhanallah...

kita mudah lupa tentang perkara ini..

Mati itu pasti datang... Jika kita ingat matlamat dan tujuan hidup ini dan melakukannya dgn ikhlas serta bersungguh2 pasti kita tidak akan takut akan mati...

kalau takut mati maka kita tak fikir tentang mati..


EmoticonEmoticon