Hukum Pegang Anjing Menurut Ustaz Azhar Idrus

hukum pegang anjing

Hukum Pegang Anjing Menurut Ustaz Azhar Idrus…Sekarang heboh satu Malaysia.Sebab ada orang beragama Islam pegang anjing.HB memang geli dengan anjing.Binatang ini kotor walaupun dah diberi mandi 10 kali.

Namun tak layak untuk HB cerita tentang hukum pegang anjing.Apa kata lihat video youtube yang ada ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus :

 

HUKUM PEGANG ANJING

 

HB masih hairan kenapa ada orang ganggu tentang sensiviti agama.Misalnya di media sosial ada yang upload gambar bersama anjing.Apa-apapun ia adalah satu ujian gentir kepada umat Islam sedunia.

Jika difikirkan balik buat apa pegang anjing tanpa tujuan yang rasional.Buat maklum kalian HB ada pengalaman pegang anak anjing kerana nak menyelamatkan ia dari mati lemas dalam longkang.

Walaupun HB cetek pengetahuan agama Islam,HB pegang anak anjing yang tengah meraung ketakutan berlapikan kertas plastik.Menurut hemat HB anak anjing tersebut terperangkap ketika hendak melompat ke seberang.Oleh kerana tak mampu melompat ia jatuh dalam longkang.

Dengan keadaan anak anjing sebesar peha lelaki tentu gerun juga HB dibuatnya.Mana tahu HB digigit dan tentu parah jadinya.Oleh kerana HB bertekad nak menyelamatkan haiwan tersebut perasaan gerun dan khuatir terpaksa diketepikan.Kebetulan pada pagi itu HB nak turun kerja jadi HB ada sedikit risau takut terlambat pula.Sebaliknya rasa kasihan lebih kuat untuk menyelamatkan haiwan tersebut.

Alhamdullilah dengan tindakan pantas  HB berjaya melakukan.Sebaik sahaja berjaya melakukannya kedengaran beberapa orang lalu lalang bersorak gembira.Jauh dalam hati HB bahawa apa yang HB lakukan tanpa mengharap apa-apa.

HB berpesan kepada diri sendiri untuk berfikir secara positf.Jangan terlalu menghukum orang lain kerana kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.Jika nak tahu juga serahkan persoalan dan kemelut hukum pegang anjing kepada mereka yang arif dalam bidang mereka.

 

Orang yang berilmu tak akan berbuat benda-benda kurang bijak-Portal Ilmu

 

Kesimpulan dari admin,

Kalau untuk seronok-seronok buat apa nak pegang anjing.Ada banyak lagi binatang berbulu untuk dipegang dan dimesrai.Kucing,tikus belanda atau arnab.Paling tak sedap hati ada yang bergambar pegang anjing seolah-olah anjing itu bukan pembawa najis berat.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

36 ulasan

Kita pun agak confuse dengan tujuan kempen ni...harap-harap yang datang tak tersillap dalam mentafsir hukum Allah..

bagi aku program sentuh anjing tu satu benda yg sia2 dan xda faedahnya...

ni jarum halus yg cuba untuk memecahkan umat Islam...lepas satu2 masalah dibawanya...orang kita pulak bab agama bukanlah bijak sgt, tetapi sibuknya nak tegakkan benang yg basah psl anjing ni...heran, heran

Mealshakes Membantu Anak Anda Yang Cerewet Makan Dan Kerap Sakit | Diari Mama

nak lalu ikut laluan yang anjing lalu pun buat kita gerun dan was-was..apatah lagi nak pergi sentuh biarpun kering sama kering.

Saya tak setuju pegang anjing ni..

p/s : Blog KeretaMoto.com untuk dijual, berminat sila hubungi email mykeretamoto@gmail.com

aku tak faham
program ni untuk hiburan, untuk tambah ilmu atau untuk kesihatan jiwa
macam pelik je

HB, video ni tak habis lagi, boleh google kat youtube; hukum sengaja pegang anjing - ustaz azhar idrus

kalau takde sebab terdesak memang tak lah nak sentuh. apa tujuan sebenarnya.

Ini link ustaz azhar

http://m.youtube.com/watch?v=FZNVTpXClEY

masalahnya tak de benda lain nak buat ..

yalah...buat apa pegang anjing untuk suka-suka

saya harap kita sebagai blogger dapat memberi informasi lengkap kepada pembaca

tak de tujuan yang jelas buat apa pegang anjing..

mungkin untuk cari glamer dan populariti

ya..video memang tak habis..

yalahkan..buat apa nak pegang anjing untuk suka-suka

terima kasih kerana memberi linknya..semoga iannya memberi manfaat kepada ramai

betul tu ema..apalah dunia sekarang..semua mau glamer

pendapat sis ttg perkara ini , ada pihak tertentu yg memiliki agenda mahu jadikan islam itu lebih mudah ...

ya..dari sudut positif..tetapi bukan dengan anjing ..binatang ternakan lain pun kambing ke.

saje je mereka ini nak cuba sentuh sikit isu sensitif masyarakat kita..tetapi secara halus

harap kita lebih rasional dalam hal ini

Bela, pegang dan belai kucing lebih dapat pahala sebab kucing antara binatang kesayangan Rasulullah SAW. Pegang anjing apa yang kita dapat?

pegang anjing dapat glamer dalam media sosial he..he..

saya sama sekali tidak menyokong program sebegini diadakan...memang takde kerja cari kerja program ni huh!

ya..betul sangat-sangat.

Nampaknya program ni betul2x mengubah persepsi sebenar tentang anjing, dan ini sekaligus membuka minda kita untuk memahami hukum yang lebih jelas tentang anjing.

cara pemikiran positif tetapi hukum tetap hukum tanpa memperdulikan cara kita berfikir

Kalau belajar ttg cara2 membersihkan diri tu bagus, tapi klu smpai buat program besar2an tu mcm tak eloklah. Bnyk lagi perkara lain yg patut didahulukan...

aku setuju gak bro.hehe. buat apa nak pegang kan. ish ish

macamlah tak ada benda lain nak buat..

mungkin rasa jijik dah rasa hilang ..atau sahaja nak test untuk hukum-hukum Allah

benda dah jelas..tapi masih ramai yang pura-pura jahil.

tu yang aku tak faham orang malaysia nih..

mereka saje nak ambik perhatian

Tanpa Nama delete 16:29

Ana nak minta pendapat sedikit tentang hal ni. Ana tinggal dekat pantai dan halaman rumah ana selalu saja kena masuki anjing yang dilepaskan oleh orang luar kerana mereka nak balik ke tanah air mereka..sampai-sampai ada yang beranak juga dalam kawasan ni. Ana tak sampai hati nak buru kerana 1. Takde org nak jaga mereka 2.pernah sekali diburu tetapi apabila berada diluar kawasan rumah mereka dilanggar kereta pula 3. Ana takut dituntut kerana tak menjaga makhluk Allah

Serba salah ana dia jadikan. Mohon pendapat antunna

persoalan ini agak sulit juga.Memang tidak dinafikan anjing merupakan haiwan yang menyebabkan kita terpaksa berhadapan dengan risiko najis berat,Namun tidak bermakna kita boleh bertindak kejam terhadap makhluk Allah ini.

Saya juga memang tinggal di kawasan yang ada anjing.Pendapat saya ialah cari rakan-rakan kita bukan Islam untuk membawa binatang tersebut atau telefon sahaja pihak perlindungan haiwan liar untuk menangkapnya.


EmoticonEmoticon