Cuba Template Percuma Mesra SEO

respoaum blogger template

Cuba Template Percuma Mesra SEO…Sebagai blogger yang mempunyai kengkangan masa,HB kurang gemar bertukar-tukar pasangan template.Banyak masa untuk membetulkan layout dan setting SEO akan lari.Namun terpaksa juga nak buat supaya kadar trafik melalui kata kunci akan menjadi-jadi selepas ini.

HB dah lama guna template Redpite hasil sentuhan Daniel Abdul Rahim.Sekarang terbuka pula hati nak guna template percuma mesra SEO.Penciptanya dari India.Template yang dikenali sebagai RespoAum memang terbaik.Tambahan pula ia adalah responsive.

Ujian kelajuan tidak mengecewakan.Boleh lihat bukti ini :

ujian awal

Tanpa sebarang editing yang agresif HB telah mencuba dua artikel untuk bersaing dalam halaman utama Google.Hasilnya,ya memang terbaik.Cukup puas hati setakat ini.

Cuba tengok screen shoot dibawah ini:

terbaik bah

setia 100%

Namun begitu HB masih rasa belum sempurna.Template percuma yang mesra SEO ini terlalu simple dan santai.Tiada link untuk menunjukkan artikel yang lama-lama sebagaimana template Redpite.HB percaya jika dibuat sentuhan editing maka perkara ini boleh dilakukan.Tanpa pautan ke entri sebelum ini maka pembaca terlalu cepat beredar.Jadi Bounce rate akan tinggi.

Buat masa terdekat ini HB terpaksa bersabar dulu.Sebab keinginan untuk menggunakan Wordpress sebagai platform asyik tertangguh dek RM.Ada orang kata buat apa guna Wordpress yang berhosting dan domain berbayar.Sedangkan jika rajin semua benda boleh dapat dengan percuma.Misalnya blogspot dan template percuma mesra SEO.

Persoalan begini memang boleh diterima.Tetapi kepuasan berblogging menggunakan  hosting dan domain berbayar sukar nak diceritakan.Paling bagus cuba rasai dulu baru faham.Tepuk dada tanya selera dan tepuk poket bila boleh bayar?

Rakan-rakan blogger yang ingin menukarkan template boleh layari SEOBLOGGER TEMPLATE.Ada yang percuma dan pasti ada juga yang berbayar.

 

Kesimpulan dari admin,

Pertukaran template kerja yang leceh.Blog ini pun belum sepenuhnya siap dari editing.Namun saya biarkan begitu kerana line internet kurang memberangsangkan sejak akhir ini.Nak buat blogwalking pun tersangat payah dan susah.

Sebab itu ada entri yang merapu-rapu seperti Simbolik Rahsia Jam 12 juga tersiar dalam blog ini.Sepatutnya dalam blog lain.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

 

24 ulasan

Thanks HB. Kita pun tengah survey template Seo yang lebih baik. My thesis template still banyak kekurangan even I am quite satisfied. Nanti boleh Cuba this one..

thesis template untuk wordpress memang terbaik namun dalam blogger ia adalah ubah suai dari frame asal..so memang ada something wrong kat situ.. -

Saya memang kagum dengan orang2 yang bijak dalam bidang seo2 ni....hebat!!!

Wanita Yang Tiada Telur (Anovulasi)

bagus templatenya mas, tapi kalau dilihat dari gmatrix page speed grade dah bagus tinggal memperbaiki yslow graden yang masih kurang bagus...

suka juga tukar templet biasa makan masa nak pilih ada ubah semuanya seperti asal

bagusnya HB... u such an expert. truely saya x pandai sgt-sgt bab ni :(

cuba aje.

pandai-pandailah adjsut. hoho

edit satu demi satu . ambil masa tak pe . adatlah bila guna template baru ...

bijak SEO tak lah sangat..cuma aplikasi ilmu yang dipelajari dari otai-otai blogger je

itulah perkara yang tengah saya fikirkan sekarang!

sebab itu saya kurang gemar nak buat..banyak butuhkan waktu

alamak..title expert masih terlalu jauhlah..

saya main try and error sahaja..

betul tu sis..ambik masa dan perlahan-lahan sahaja

terima kasih atas perkongsian ini

menarik juga template ni !

Tahniah bro.. semoga template baru dpt memberi semangat baru & terus sukses... aamiin.. :)

sama-sama semoga ia memberi manfaat

kiranya macam tulah..ada semangat sikit

Terima kasih bro sudi berkongsi template untuk diguna pakai oleh blogger lain agar lebig SEO.

thanks ye tips nya

you're welcome bro..


EmoticonEmoticon