Cara Nak Jadi Cikgu Terbaik

Cara Nak Jadi Cikgu Terbaik…HB menulis entri ini berdasarkan info yang diperolehi dari sumber yang berkrebiliti.Memang HB bukan cikgu.Namun tiada sebab untuk HB membataskan peluang berkongsikan cara nak jadi cikgu terbaik.Jika ada cikgu-cikgu yang ada terbaca entri ini bolehlah menambah bahagian yang terkurang atau mengurangkan bahagian yang terlebih.Sememangnya HB amat alu-alukan pendapat kalian.

Cikgu terbaik memang dambaan setiap pelajar dan juga pihak sekolah termasuklah para ibubapa.Mereka menjadi idola,mentor dan sumber inspirasi untuk berjaya.Misalnya tanpa cikgu siapalah HB sekarang ini.

Terkenang pula HB sejak menjejakkan kaki buat pertama kali di sekolah dulu.Dari zero menjadi konon-kononya hero sekarang ini.Adanya cikgu maka HB boleh menulis,membaca dan mengira.Lebih dari itu HB boleh berfikir untuk menilai dengan perkara baik atau buruk walaupun tidak segenius Mat Zucker Bird (nama samaran tauke FB)

Jom kita lihat sendiri cara-cara untuk menjadi cikgu terbaik:

cikgu terbaik

1.Baik hati

Satu asas paling utama dalam dunia pendidikan ialah baik hati.Cikgu yang baik hati disenangi oleh para pelajar.Sepanjang pengalaman HB jadi pelajar belum jumpa lagi cikgu yang kurang baik hati.Mereka mendidik anak murid dengan hati yang bersih,murni dan suci.Tak taulah pada zaman sekarang ini.

2.Lawak jenaka

Cikgu yang ada sifat jenaka membolehkan suasana pembelajaran riang,ceria dan gembira.Para pelajar boleh memahami apa yang disampai dalam bentuk jenaka berbanding terlalu serius setiap masa.

Nampaknya HB tak berkesempatan jumpa cikgu yang kelakar semasa sekolah dulu.Kalau jenis garang dan bengis macam singa betina memang ada.Kami akan belajar dengan perut kecut dan berpeluh-peluh.Yang hairannya ramai pulak yang lulus cemerlang subjek yang diajar cikgu tersebut.

3.Cerdas emosi

Cerdas emosi bermaksud seseorang cikgu tidak mudah beremosi apabila berdepan dengan karenah pelajar yang 1001 ragam.Jiwa mereka kuat.Tidak terpengarauh dengan suasana kelas sama ada kecoh atau sunyi sepi.Cikgu ini tetap mengajar seperti biasa walaupun berdepan dengan pelajar kurang ajar.

Pernah sahabat HB yang merupakan cikgu mengeluh dengan keadaan pelajar sekarang ini.Mereka sukar nak membendung salah laku pelajar akibat larangan tidak boleh merotan atau menjeling tajam pelajar mereka.Betul atau tidak HB tak boleh pastikan kerana itu adalah luahan hatinya kepada HB.

4.Insan bertanggungjawab

Cikgu sepatutnya menjadi contoh terulung kepada anak didik.Jadi bukti dan role model kepada insan yang bertanggungjawab.Dengan rasa tanggungjawab yang tinggi maka cikgu akan mengajar penuh dedikasi dan serius.Kejayaan para pelajar adalah indicator seseorang cikgu.Maaf bukan 100%

5.Keyakinan diri

Cikgu yang yakin akan berkata-kata dengan penuh makna.Mereka tidak ragu-ragu untuk membuat keputusan.Malah sesi pembelajaran yang menggunakan sifat yakin memboleh pelajar cepat faham apa yang diajar.Pelajar lebih percaya dan keyakinan mereka akan meningkat .Sebab itu cikgu wajib memupuk keyakinan diri sebelum bergelar cikgu lagi.

6.Ciri kepimpinan

Kepimpinan cikgu ke atas para pelajar amat penting.Dengan adanya kepimpinan para pelajar akan mematuhi segala arahan baik secara rela maupun terpaksa.Proses tersebut memudahkan pembelajaran dan pengajaran.Perlu HB ingatkan pemimpin yang bagus disegani dan ia cukup mengambarkan cikgu adalah kerjaya yang amat percayakan konsep dan nilai murni.

 

Kesimpulan dari Hero Borneo,

Ternyata 6  ciri-ciri yang HB kemukakan dalam entri ini itidak cukup menjadikan cikgu terbaik.Oleh demikian rakan-rakan blogger yang sebetulnya cikgu boleh memberi buah fikiran tentang topik cikgu terbaik dalam ruangan komen.

Jangan lupa baca entri Temuramah Pelajar UNIMAS Bersana Hero Borneo.Pada masa itu HB terpaksa keluarkan buah fikiran untuk menjawab soalan ilmiah mereka.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

 

p/s :HB ada hati nak jadi cikgu sekolah memandu seperti dalam link Jom Belajar Memandu

25 ulasan

selamat pagi ;)

cukup jadi guru yang tidak bertaulih pada anak dara saya yang seorang ini.serius saya mengajar jadi garang juga.ya lah sebab ibu dia ajar itu yang dia main-main kalau guru tahu sahaja anak takut.

heee...

guru bagus garangkan..kalau tak garnag susah juga. sekarang susah nak jumpa guru ada pekej itu.tapi masa kecil suka dok merhatikan baju, tudung dan kasut guru perempuan semua satu warna.itu masa zaman 90an saya belajarlah

bukan senangn jadi guru zaman sekarang ni kan

mencabar kerjaya cikgu sekarang ni, jadi cikgu pada anak yg beberapa orang pun boleh kelam kabut...heee

cikgu kalau garang mmg dah tak sesuai skrg ni.....mmg ramai yg ponteng class..

kena byk sabar kan HB, nak handle anak murid generasi y ni kan :)

guru yang santun dan humoris itu kwebanyakan di sukai anak didiknya, dan anak didiknya pun dapat semangat belajar, guru yang dapat memberkan motivasi juga, bukan guru yang bertipikal killer

tak mudah jadi cikgu, ajar anak mengaji pun macam dinasour lapo

Setuju HB. Cikgu yang baik kena ada rasa tanggungjawab yang tinggi serta sense of humor. Baru best belajar...

jadi cikgu dirumah kepada anak-anak merupakan tindakan terbaik..

guru garang perlu bagi mendisiplinkan pelajar yang nakal..

hanya pelajar sahaja yang tahu mana satu cikgu terbaik buat mereka

ya..betul tu bukan senang jadi guru..

itu baru beberapa orang..kalau dah berbelas orang lagi huru hara dibuatnya

sebab sekarang tak ramai ada kesungguhan untuk belajar

sabar itu sangat penting..tak sabar jadi tension la puteri jamu

betul banget tu mas..

ha..ha..pernah tengok dinasour lapo ke ?

cikgu-cikgu begini ramai sebenarnya

itu sangat betul kerana pendapat seorang cikgu sendiri

Ada ciri-ciri ni, memang seronok suasana dalam kelas

ya..betul tu tuan..tak ramai yang ada ciri-cri tu

terima kasih... boleh di praktikkan untuk jadi cikgu yang terbaik..

terima kasih... boleh di praktikkan untuk jadi cikgu yang terbaik..

terima kasih... boleh di praktikkan untuk jadi cikgu yang terbaik..


EmoticonEmoticon