Buku Cendul Pulut Santan Lebih

cendul pulut

Buku Cendul Pulut Santan Lebih…Buku ini HB baca baru-baru ini.Selepas seminggu baru habis.Masa seminggu untuk menghabiskan senaskhah buku bukanlah terbaik.Namun ia lebih baik dari membaca hanya sebuah buku sebulan.Faham faham sahaja sebagai blogger masa untuk membaca buku amat terhad.Masa banyak dipecahkan kepada aktiviti online dan offline.

Buku ini adalah hasil tulisan Datuk Abd.Jalil Ali.Beliau merupakan Ketua Editor Kumpulan Karangkraf.Sejarah hidupnya bermula sebagai seorang pemberita pelatih,wartawan kanan,penolong editor,editor kanan sehingga ke tahapnya sekarang.

Sebagai seorang wartawan deria rasa dan pengamatan Datuk Abd.Jalil sangat tajam dan peka dalam merakamkan pelbagai peristiwa atau kisah masyarakat.Sebab itu lahirnya buku yang HB baca dan review ini.Serius, buku ini amat hebat dan sangat menarik.

Penggunaan bahasa yang santai dan penyampaian mesej yang agak ‘nakal’menyebabkan buku Cendul Pulut Santan Lebih adalah yang terbaik.Sesiapa yang nak memiliki buku ini HB ucapkan tahniah.Tindakan kalian itu amat dialu-alukan.

Banyak sebab HB sarankan kalian membaca buku ini.Antaranya untuk belajar teknik penulisan yang santai tetapi padat dengan mesej.Pendek kata membaca hasil tulisan orang suratkhabar  akan membawa kita memahami perasaan ingin tahu semulajadi manusia.

Selain itu kalian boleh mengambil beberapa pengajaran kisah rumahtangga.Satu kemelut sosial yang banyak membebani benak pemikiran orang moden.Baca buku ini boleh melegakan pemikiran kita.Tak percaya maka dapatkan naskhah hari ini juga.

Cendul Pulut Santan Lebih

Dalam menambahkan minat kalian mendapatkan buku Cendul Pulut Santan Lebih,elok sangat HB kongsikan beberapa info menarik.Buku ini agak tebal.Ada 367 mukasurat.Berat dan sangat sesuai dibungkus untuk hadiah kepada isteri tercinta atau suami tersayang.Sebelum itu pastikan dia seorang ulat buku.Kalau ulat tiket memang tak akan dibacannya nanti.

Buat makluman semua buku ini sudah dua kali cetakan.Pertama pada tahun 2012 dan seterusnya pada tahun 2013.Maksudnya ada permintaan yang tinggi.HB pasti naskhah bukunya masih boleh didapati di pasaran.Maklumat lanjut tolong layari:

http://www.alaf21.com.my

 

Kesimpulan dari admin,

Sebagai pencinta buku  serta ilmu,HB dengan sekeras-kerasnya menggalakkan kalian banyak membaca.Tak kira baca blog,suratkhabar atau media sosial untuk menambah pengetahuan.Orang yang berilmu tinggi darjatnya kerana mampu menilai perkara batil atau benar.

Jika nak sangat ilmu, HB galakkan kalian singgah di Portal Ilmu.Pilih dan dapatkan ebook terbaik yang ada  di sana untuk menambah nilai hidup kalian.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

 

JOM SINGGAH KE PORTAL ILMU

22 ulasan

setuju bro. hehe. banyak membaca membuka minda. Antara buku terbaik dari alaf21 :)

buku tersebut amat menarik untuk dibaca..

boleh balek dekat kedia buku nanti. ;)

Menarik tajuk dia...kalau tak baca sinopsis kita bayangkan buku ni cerita pasal kisah cendol..he..he..
Nway membaca memang amalan yang baik.lagi banyak membaca lagi banyak ilmu yang kita dapat..

Lama dah tak baca buku fizikal macam ni. Banyak membaca di internet sahaja.

boleh lah pinjam ni :P

dah lama tak baca buku...ingat nak mula balik sebab macam dah tumpul je fikiran dan idea ni.

Dah 2 kali cetakan, mesti bagus dan banyak pengisisian, bagus sangat baca.

Wahh... tajuknya memang sangat menarik... Cendol...my peberet ok!!!

http://supernifzvitamin.com/rahsia-apa-itu-collagen/

menarik tajuk buku ni...masa sy baca tajuk blog ni ingat ada resepi nak buat air cendol...hik3x rupanya tajuk buku.pasti buku ni terbaik sbb dah 2x cetakan.

ya..boleh pinjam.tapi kat library

kisah pengemar cendol adalah En.Titan

baca di internet pun ok juga..

saya kalau tak baca buku macam pelik...

biasalah..terbitan karangkraf memang terbaik..

cendol memang sedap marveles kalau makan masa cuaca panas

kalau dah baca memang tahulah macam mana..

Masih belum berkesempatan ke kedai buku. Ada beberapa buah buku lagi yg belum sempat dibaca.. Nampaknya gaji bulan kena dapatkan satu buku ni.

ya..bagus satu amalan yang baik punya

makasih informasinya mas, sangat bermanfaat. Artikel yang bagus... kapan-kapan saya akan berkunjung kembali.
Link agan sudah saya pasang silahkan di cek,,
http://www.devilsonline.ga/2014/10/blog-dofollow-indonesia-yang-dapat.html
jangan lupa berkomentar.
dan memasang link balik seperti saya
Devils online Gadungan
Web Azhar Eka pribadi dan gratis

sama.-sama,,nanti saya berkunjung ke sana.


EmoticonEmoticon