Bagaimana Nak Ajak Isteri Bermesra?

Bagaimana Nak Ajak Isteri Bermesra?…Ramai nak tahu perkara ini.Biasalah perkara sensasi dan menarik perhatian ramai para suami diluar sana.Namun suka HB ingatkan bahawa apa yang HB tulis ini hanyalah pandangan peribadi.Bukan pengalaman atau kisah yang betul terjadi kepada penulis atau sesiapa sahaja sama ada yang masih hidup ataupun sudah mati.

 

ajak mesra isteri

 

Isteri adalah teman hidup dan teman untuk bermesra.Mereka insan yang mulia dan kalian sebagai suami bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mereka.Soal makan dan minum.Tempat tinggal,pakaian dan kesihatan.Pengabaian soal tersebut boleh menjejaskan keharmonian hubungan suami dan isteri.

 

Perkahwinan memang indah dan menarik.Paling bagus jika dapat bersama dan bermesra setiap malam.Persoalannya kini adakah isteri sanggup berkorban untuk keperluan batin suami jika ada perkara zahir yang tak tertunai.Kalau ada HB bagi 5 bintang untuk para isteri diluar sana.

 

Oleh itu jika nak ajak si isteri bermesra pastikan dulu keperluan zahir terlaksana.Jadi emosi mereka stabil.Tak gundah gulana mengenangkan soal anak atau soal lain-lain.Bila emosi dah ok maka hati dan perasaan mereka tenang.Oleh itu lakukan godaan ke atas isteri kalian.Kalau bukan kepada isteri nak goda siapa lagi.Tak akan lah nak goda anak gadis yang jelita sebelah rumah.Jangan nak cari nahas.Ingat tu.

 

Bau badan  hendaklah dipastikan tidak berbau kurang menyenangkan.Jika ada masalah tolonglah atasi segera.Beli minyak wangi yang berkualiti.Bau badan yang harum akan memudahkan kalian untuk mengajak isteri berasmara bermesra.

 

Tidak lupa juga kalian sebagai lelaki mesti menjaga penampilan diri.Misai dan janggut jangan biarkan berabai.Urus betul-betul supaya dapat mengoda isteri.Penampilan yang kemas dan mengancam memang sedap mata memandang.Cuma jangan pulak  biarkan gadis cantik yang lain tergoda.Dalam bab ini peranan isteri pulak perlu ada.Sayang ketat-ketat dan terbaik punya.Itu pesan HB yang tulus ikhlas.

 

Kesimpulan dari admin,

 

HB harap suami dan isteri yang nak bermesra boleh memanfaatkan info ini.Tak banyak sikit pun jadilah.Semoga keluarga bahagia itu menjadi idaman kita semua.HB percaya kalian boleh melakukannya.

 

Jika bukan sekarang lagi bila lagi.Masa tak menunggu.Ia akan terus berlalu tanpa kita sedari.Rebut peluang yang ada dan paling penting sekali tambah ilmu tentang rumahtangga sebagaimana   entri saya yang terdahulu bertajuk Rahsia Suami Dan Isteri Terbongkar

 

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

20 ulasan

ha..cute kalau ada janggut saya suka ;) anak saya kat bu tu bukan janggut tu misailah...

eh..budak2 sekarang pantas ada dia menjawab ;)

indahnya kemanisan dalam berumahtangga

"jangan pulak biarkan gadis cantik yang lain tergoda" ...ini kena jaga2 ni...heee

Rumahtangga bahagia, kehidupan sentosa... subhanallah...

ok..suami wajib baca ni..moga kehidupan suami isteri dibawa ke syurga

tak susah sebenarnya. senang kalau tahu caranya.

malam ni malam jumaat kan...hmmmm

sungguh ohsem tips HB. dalam perhubungan perlukan vitamin cinta kan HB... :)

tips yg bermanfaat untuk ambo nih...

Tips yang menarik. Ada benarnya HB.
Thumbs up!

ha..ha.jangut dan misai berbeza..simpan jangut adalah sunnah

ya..hidup berumahtangga memang best!

kalau tak layan tak akan jadi juga tuan!

itu sebab ada slogan rumahku syurgaku..

sudah semestinya dan memang entri ini khusus untuk mereka he..he..

kalau sungguh-sungguh memang senang punya!

tak perlu tunggu malam jumaat kalau mau..

terima kasih dan memang betul dalam hubungan amat perlu vitamin cinta..

oh ya...memang patut tu!

terima kasih dan harap ianya ada manfaat nanti!


EmoticonEmoticon