Apa Maksud Blogger Tu Bro?

Apa Maksud Blogger Tu Bro ?…HB nak jawab soalan ini dengan cara paling mudah untuk difahami.Sebab baru-baru ini kawan lama jumpa HB di tempat kerja.Biasalah lama tak jumpa.Lumrah untuk tanya perkembangan diri masing-masing.Secara spontan HB kata jadi seorang blogger.HB adalah penulis blog personal yang ada niche motivasi dan informasi.Tambah HB lagi ingin menjadi seorang pemilik syarikat jika jenama sudah dikenali dan dipercayai.

maksu blogger 1

Dengan raut wajah yang berkerut,kawan HB seakan tidak faham maksud blogger.Lantas HB kata blogger ialah penulis blog.Satu kerjaya Freelancer.Tak ada dibayar gaji.Namun boleh mendatang pendapatan seperti Blogger Titan.Blogger merupakan penulis bebas.Tidak terkongkong dengan waktu kerja seperti waktu pejabat.Paling seronoknya tiada bos.Dia kuli dialah bos.

Biar HB kaitkan kategori penulis dengan kerjaya masing-masing.

Penulis akhbar ialah wartawan

Penulis lagu ialah orang seni.

Penulis buku ialah karyawan.

Penulis tembok ialah penconteng

Penulis blog ialah blogger.

Sekarang nampak tak maksud blogger ialah seorang penulis.Tempat penulisannya adalah blog.Boleh dibaca seluruh dunia.Malah jangkaan dan cakupan khayalak sangat luas.Lebih luas dari Lautan Hindi atau Laut China Selatan.

Blogger boleh menjadi penjual yang baik.Dapat jual apa jua produk dengan bahasa mengoda dan menghairahkan  para pembaca.Sebab itu ramai blogger menjadi usahawan produk kesihatan.Urusan niaga secara online melalui blog.Dari blog mengwujudkan hubungan mesra penulis dan bakal pembeli yakni pembaca.Pendekatan ini telah dilakukan oleh Blogger Hairul .Beliau merupakan penulis panduan ebook dalam bidang masakan.

Bagi HB pula gemar mempromosi Portal Ilmu.Satu portal yang menghimpun ebook-ebook menarik.Dengan blog HB ada platform terbaik mempromosikan perniagaan atau perkhidmatan.

KLIK JIKA NAK TAHU >>>>>PORTAL ILMU.

Blogger Mohd Subhi pula terkenal dengan blog Hidup Ringkas.Dalam blognya beliau mempromosi bengkel keusahawan.Terbaru beliau  ada turut  menulis artikel tentang produk Santan King.Produk kegunaan isi rumah hasil keluaran syarikatnya sendiri.Nak tahu cerita lanjut boleh layari blog tersebut.

Selain cerita-cerita di atas Blogger adalah penyampai berita dan maklumat sebagaimana seorang wartwan.Penulisan blogger amat berpengaruh baik di halaman utama Google maupun media sosial.Boleh bawa impak positif maupun negatif.

Kesimpulan dari admin,

Sepintas lalu maksud blogger ialah penulis blog.Cuma pengertian sebenar blogger lebih dari itu.Blogger adalah insan hebat kerana penulisan,idea,kemahiran SEO dan pemasaran online.

Blogger boleh jadi seorang pengurus,doktor,CEO syarikat,usahawan MLM ,pelajar dan sesiapa sahaja yang suka menulis blog.

Sekian sahaja.Semoga terus ceria dan bermotivasi menghadapi dunia realiti di luar sana.

14 ulasan

menarik ulasan tuan. Terima kasih ada sebutkan tentang blog saya juga. Memang banyak yang boleh diraih daripada aktiviti blogging ni kalau istiqamah..

Ulasan yang sangat menarik. Moga blog HB terus sucess selamanya.

Ramai boleh menulis tapi tak semua pakar menulis...

nampak la sekarang apa itu blogger.. hehehe

Oleh itu, blogger juga perlu mula fikir untuk bangunkan perniagaan sendiri, disamping menulis di blog masing-masing

Sebenarnya masih ramai yang tidak tahu apa itu blogger. Kalau tahu pun mereka ingat blogger ini menulis untuk suka-suka sahaja. Bila diberitahu blogger boleh buat duit....terkejut!

sama-sama.. tuan adalah blogger yang mempunyai gaya penulisan yang hebat lagi menyentuh hati

terima kasih..rasanya macam biasa..sahaja.

pakar menulis boleh menghasilkan duit

blogger sendiri memang faham..orang luar saya tak pasti pulak

itu sudah sepatutnya..berlaku ke atas blogger

kalau ramai yang tahu mungkin bertambah lagi jumlah blogger

Wah...ulasan yang panjang lebar dan tepat ;)

oh ya..terima kasih .


EmoticonEmoticon