7 Panduan Selesaikan Pertengkaran Suami Isteri

suami isteri

Panduan Selesaikan Pertengkaran Suami Isteri…Hidup sebagai suami dan isteri umpama bahtera belayar dilautan.Ada ketika tenang tanpa gelora.Sudah pasti ada ketika dilambung badai yang ganas.Sebab itu ada bait lagu, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.

Pertengkaran suami dan isteri adalah perkara biasa.Dengan sebab yang kecil pun ada yang bertengkar apatah lagi sebab yang besar.Rasionalnya kerana suami ada ego tersendiri dan isteri ada tabiat yang tertentu.Jom kita lihat bagaimana mengatasi pertengkaran suami isteri agar tidak membawa kepada perceraian.Kita mesti ingatan perkahwinan adalah ikatan yang sungguh suci dan murni ini.

1#Jangan mencari kelemahan pasangan

Lumrahnya jika ada pergolakan rumahtangga maka si suami atau si isteri mula mencari titik kelemahan masing-masing.Sepatutnya jangan sekali-kali.Terima kelemahan tersebut dan akui untuk tidak mencari siapa yang salah atau betul.Lebih baik duduk berbincang dari hati ke hati untuk selesaikan perkara tersebut.

2#Jangan mencampur adukkan sesuatu isu

Jalan penyelesaian akan bertambah kusut masai jika isu-isu 10 dekad lalu diimasukkan ke dalam agenda pertengkaran 2014.Barang yang sudah jangan dikenang.Sekarang fokus untuk selesaikan isu terbaru.Tak banyak isu maka cepat untuk selesaikanya

3#Jangan menggunakan perkataan yang kesat

Apabila bergaduh hati akan geram dan marah-marah.Namun jangan sesekali menggunakkan perkataan yang kesat.Lagi teruk jika perkataan tersebut boleh menambah luka dihati.Jika berlaku juga maka proses perdamaian lebih sukar.Harap panduan ini diguna pakai oleh para suami dan isteri diluar sana.

4#Jangan menjauhkan diri dari pasangan

Walau bergaduh hebat manapun pasangan suami isteri jangan tidur berasingan.Memang hati merungut atau kecewa tetapi apabila sudah reda tidak mustahil proses perdamaian boleh bermula ditengah malam yang sunyi.Mereka yang dah kahwin memang faham tetapi mereka yang belum kahwin lebih bagus jangan faham dululah ye.

5#Jangan guna wang sebagai medium pertengkaran

Wang adalah perkara yang sangat sensitif.Jika wang atau duit sebagai medium pertengkaran maka  masalah akan menjadi lebih serius.Misalnya si suami yang marahkan isteri akan menghentikan bayaran wang dapur.Si isteri pula tidak berpuas hati akan boikot servis malam.Situasi ini berlanjutan maka jalan penyelesaian semakin buntu.

6#Jangan babitkan anak-anak masuk gelanggang

Gelanggang yang HB maksudkan di sini ialah zon pertempuran suami isteri baik perang mulut atau perang dingin.Anak-anak yang masih segar dan berhati bersih mana boleh dibabitkan sama dalam perbalahan suami dan isteri.Hal orang tua biar orang tua yang uruskan.Jika pelaturan ini diikuti maka pertengkaran suami isteri lebih mudah diurus.

7#Jangan heretkan orang ketiga dalam pertengkaran suami isteri.

Siapa itu orang ketiga?.Apa yang HB maksudkan di sini ialah ibubapa,adik beradik atau teman rapat.Mereka ini boleh menambah masalah.Bukannya mengurangkan kerana akan berlaku sikap pilih kasih atau cuba mencari siapa yang benar atau siapa yang salah.Oleh itu biar suami dan isteri bergaduh secara sendirian berhad berbanding secara koperasi dengan orang ketiga.

 

Kesimpulan dari admin,

HB amat berharap 7 Panduan Selesaikan Pertengkaran Suami Isteri bermanfaat untuk kalian.Sekiranya ketika ini hubungan kalian masih harmoni maka HB tumpang gembira.Jika sebaliknya HB turut bersimpati.

Dalam pada itu HB amat sarankan golongan isteri untuk membeli ebook Rahsia Menambat Nafsu Suami.Sebab jika berlaku pertengkaran maka si isteri sudah ada ilmu pendamai yang sangat berharga tersebut.

 

Sekian salam motivasi.Jangan gaduh-gaduh dan kekalkan kebahagiaan rumah tangga kerana ia adalah satu nikmat kehidupan.

10 ulasan

bagi aku berikna tempoh bertenang..pertengkaran tidak akan menbantu malah semakin menburukkan keadaan..diam itu lebih baik daripada berbalas kata-kata dengan api kemarahan

Minta dijauhkan daripada semua ini Ya Allah

Semoga rumahtangga sentiasa dibawah payung keberkatan Allah swt... aamiin.

paling penting bersabar menghadapi dugaan tersebut

amin dan begitulah hendaknya

amin dan semoga apa yang tuan KK doakan menjadi kenyataan

salah satu kena mengalah . maknanya salah satu kena diam bila salah seorg sedang 'membebel' utk elak ianya berlarutan ... nasihat dr org bujang ... heh heh .

nasihat yang bernas..boleh diterima akal.


EmoticonEmoticon