7 Jenis Mimpi Yang Mesti Diketahui

7 Jenis Mimpi Yang Mesti Diketahui…Orang kata mimpi ialah mainan tidur.Bagi HB mimpi adalah aktiviti santai minda yang berehat setelah penat bekerja keras di siang hari.Dengan adanya mimpi seseorang akan berasa gembira,sedih ,takut dan apa sahaja perasaan.Dalam entri yang berikut ini HB akan berkongsikan jenis-jenis mimpi yang dialami oleh manusia.

jenis mimpi

Mimpi ada pelbagai jenis.Ada mimpi seram sehingga kita berpeluh apabila terbangun ditengah malam.Mimpi sedih pula menyebabkan kita menangis dan air mata pula membasahi bantal.Namun begitu ada jenis mimpi yang seronok iaitu mimpi basah.HB tak pasti sama ada lelaki dan wanita mengalami mimpi basah yang sama.Kesannya pakaian dalam kebasahan dan si pelaku akan tersenyum puas keesokan harinya.

Jenis-jenis mimpi yang ingin HB kongsikan di sini seperti berikut :

1)Berkhayal

Berkhayal adalah sejenis mimpi juga walaupun kalian macam sedar.Mungkin ada yang senyum sorang-sorang.Itu tanda orang yang bermimpi di siang hari.Kebiasaanya orang berkhayal ini berdurasi 70 sehingga 120 minit sehari.Boleh berlaku serentak atau sekejap sekejap sepanjang tempoh berkhayal tersebut.

2)Lucid

Lain macam sahaja istilah ini.Untuk pengetahuan semua Lucid ialah mimpi dalam mimpi.Pernah tak mengalami mimpi Lucid dalam hidup kalian.Ringkasnya Lucid seperti mengigau.HB pernah mengalami beberapa kali terutama tidur siang.Rasa macam bangun tetapi sebenarnya masih tidur.

3)Mimpi berulang

Bahaya mimpi jenis berulang ini.Emosi si pelaku akan terganggu.Contohnya mimpi kemalangan atau detik ngeri dalam kehidupan seseorang.Mimpi pada  malam Isnin terus berlaku dengan corak yang sama sehingga hari Jumaat.Kan naya kita jika terkenannya.

4)Mimpi penyembuhan

Ini mimpi kebaikan.Mimpi ini menghantar mesej kepada kita supaya membuat rawatan.Banyak berlaku kepada seseorang yang ada masalah kesihatan.Ada juga berlaku kepada mangsa buatan orang.Sejauh mana kebenarnya HB belum boleh menyatakan dengan yakin.HB bukan pakar.Itu hakikat kalian mesti fahami sedalammnya.

5)Mimpi ramalan

Mimpi ini ada pelik sedikit.Ia seolah-olah boleh melihat masa hadapan.Mengetahui perkara yang bakal berlaku.Sebagai orang Islam HB tetap ingat bahawa semuanya dengan izin Allah.Hakikatnya  apa yang berlaku pada masa akan datang tidak mungkin kita ketahui terutama melibatkan ajal,rezeki,jodoh dan takdir.

6)Mimpi ngeri

Kategori mimpi yang kita semua tidak mahu mengalaminya.Mimpi ini adalah penolakan kepada sesuatu dalam kehidupan kita.Orang yang ada mimipi ngeri akan merasa trauma.Namun ia memberi mesej bahawa perkara yang ada mimpi ngeri tersebut mesti diselesaikan.Jika tidak perasaan kita tidak akan  berasa tenang.

7)Mimpi epik

Dahsyat juga mimpi epik ini.Namanya sahaja cukup mengerunkan kita semua.Kesan mimpi ini amat kuat kepada seseorang.Misalnya mimpi bertemu orang tua yang serba berpakaian putih lalu menyuruh untuk solat.Secara total seseorang itu akan berubah untuk tidak meninggalkan solat lagi.Ada juga kisah para sahabat yang bermimpi gadis amat rupawan yang dikiaskan dengan amalan seharian.Lalu mereka tidak mahu tidur semata-mata untuk ganjaran tadi.Hebat tak pengaruh mimpi epik ke atas kehidupan seseorang.

Kesimpulan dari admin,

Usah terlalu percaya dengan mimpi.Ia adalah mainan tidur dan kita hanya disyarat untuk tahu serba sedikit tentang mimpi ini.Sebab mimpi juga dikaitkan dengan rahsia kehebatan kekuasaan Allah SWT.

Jika takut nak mimpi ngeri jangan lupa untuk berdoa sebelum tidur.Ambil wuduk dan berzikir tatkala melelapkan mata agar minda bawah sedar kita sentiasa ingat Allah SWT.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi pada entri mendatang.

p/s : Ada tak rakan pembaca mimpi main saham?

33 ulasan

Memang ada mimpi yang membawa message tertentu. Ia datang secara berulang...cuma kadang-kadang tafsirannya mungkin betul dan mungkin salah...

wah macam-macam mimpi ye

dah lama x mimpi sekali 2 hari lepas mimpi seram...sib baik lps terjaga boleh tidur semula

Yeayy…Harga Minyak Naik Lagi

selau mimpi tak ingat mungkin mimpi itu kabur erk..aduh...

Lucid dream ni macam dalam Inception tu la kan. Umpama mimpi dalam mimpi, macam tajuk lagu kumpulan Damasutra. Hehe

selalu mimpi banjir... asal ek?

sis sdg mengalami mimpi berulang ...

Ada orang mimpi ekor....jangan cari pasal.

mimpi paling penat kalau mimpi gaduh..confirm jantung kencang jer....

Mcm2 jenis mimpi ye.. thanks sharing HB..

tafsiran amat bergantung kepada cara hati kita menilai sesuatu..

kalau nak terperinci soal mimpi..tak habis satu hari baca

kurangkan tidur maka kurang mimpilah..

betul tu bro..memang menarik mimpi lucid ini

memang normal kita tak ingat semua mimpi..sebab mimpi adalah satu kejadian yang terlalu sukar untuk difahamkan

mimpi banjir murah rezeki apa..

kalau mimpi seronok tak pe..carry on je

itu minta dijauhkan...main tikam nombor..haram!

mimpi gaduh paling bagus jika kita menjadi pemenang..

memang tuan...banyak macam jenis mimpi nie..

Banyak betul jenis mimpi..teringin juga nak dapat mimpi epik...hehe

mimpi golongan para anbia dan ulamak serta orang terpilih sahaja

baru tahu maknanya Lucid..umpama mimpi dalam mimpi

Kadang-kadang mimpi ni menyeronokkan bila mimpi tak logik. Bangun, fikir balik gelak sorang-sorang hehe. Mimpi mainan tidur :)

perkataan ini jarang digunakan dalam suasana biasa..

memang betul..mimpi adalah mainan tidur

Mimpi tak bermakna tanpa keberanian :)

ini ada unsur-unsur motivasi sikit

Mama kalau mimpi ngeri macam mimpi hantu siap beristighfar siap dalam mimpi
Husband pulak naik takut haha

Mama kalau mimpi ngeri macam mimpi hantu siap beristighfar siap dalam mimpi
Husband pulak naik takut haha

mimip dengan orang yang tak sepatutnya..huhu..jauhkan lah

baca surah 3 Qul sebelum tidur..

he..he..he..macam pelik je mimpi macam tu


EmoticonEmoticon