Siaran Njoi Yang Kurang Enjoy

Siaran Njoi Yang Kurang Enjoy…Baru baru ini saya ada pasang set dekorder njoi di rumah.Namun perasaan pertama kali menonton TV menggunakan njoi terasa  kurang feel.Mungkin kerana saya bukan kaki TV.Tambahan pula set dekorder Astro dengan Njoi banyak perbezaan seperti panggang dengan api.

 

siaran njoi

 

Apa itu njoi?Bagi mereka yang belum biasa,njoi adalah adalah siaran TV satelit yang sekali bayar.Jika nak menonton pakej berbayar perlu top up jumlah tertentu untuk menonton siaran tersebut untuk  tempoh yang terhad.

 

Menonton siaran yang sedia ada percuma memang terasa jangkal.Itu sebab kurang enjoy.Pihak Astro mempunyai strategi yang cukup bagus.Pakej siaran yang kurang menarik diberi percuma manakala pakej pilihan ramai perlu berbayar.Memang logik pun dalam hukum dunia.

 

Adalah tidak adil juga saya cuma menyatakan bab-bab kontra sahaja.Njoi ada ciri-ciri yang bagus dan jika kalian tidak membeli njoi maka tidak akan tahu apa kelebihannya.

 

Njoi membolehkan peti tv kalian dapat siaran yang terang dan jelas.Sangat sesuai dipasang dikawasan luar bandar dan jauh di pendalaman,khususnya di Sarawak atau di Sabah.

 

Selain itu njoi memastikan rumah-rumah yang biasa mendapat trademark Astro.Orang kata ada Asro maka penghuni mampu dan hidup senang.Betul ke?

 

Kesimpulan dari admin,

 

Kalian boleh bagi pendapat.Bagi saya dengan kehadiran njoi di rumah telah mencuri sedikit masa saya untuk berblogging dan membaca buku.Dahlah kerja 9 jam sehari.Mana ada masa yang lebih terluang untuk aktivti yang santai dan rileks-rileks.

 

Kekadang saya terfikir dengan menulis itu sendiri memberikan saya rasa kerehatan dan kepuasan.Mungkin entri saya yang bertajuk Rahsia Tulis Impian Untuk Berjaya dapat menambah nilai hidup kalian.

 

Sekian.Salam motivasi dan semoga berbahagia selalu.

10 ulasan

menonton melalu internet ke ni?
alahai...
kawasan kami ni banyak siput

Njoi ni sekadar untuk mendapat siaran TV yang terang sahaja.

tak ..guna set dekorder njoi!

ya..begitulah tujuan sebenarnya...selain untuk tujuan promosi.

astro memang bijaksana dan bijaksini ;)

segala-galanya perlu duit..belasah sahaja!

saya sndiri tak mampu nak buat banyak kerja dalam satu-satu masa. Kalau layan tv memang tak ada masa nak layan blog dan blogwalking

Assalammualaikum & salam sejahtera.

Tumpang lalu & iklan admin. Untuk membantu anak bangsa kita yang sedang mencara tempat untuk sambung belajar. Mohon tuan hebahkan berkenaan perkara di bawah. Terima kasih.

Mempelawa pelajar lepasan SPM & STPM untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma dari INSTEDT & usahasama UiTM.

Syarat kemasukan minimum 3 kredit.
Kemudahan pembiayaan/pinjaman dari MARA, PTPTN, KWSP & Tabung Kewangan.

Program yang ditawarkan :

1. Diploma Kejururawatan
2. Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat-UiTM
3. Diploma Pengajian Sukan-UiTM
4. Diploma Grafik Media Digital
5. Diploma Kesetiausahaan Undang-Undang
6. Diploma Kesetiausahan Kesihatan
7. Diploma Pengajian Islam
8. Diploma Pengurusan Pelancongan
9. Diploma Pengurusan Perhotelan
10. Diploma Teknologi Maklumat
11. Diploma Pengurusan Perniagaan
12. Diploma Perakunan
13. Diploma Perbankan & Kewangan Islam

Bagaimana untuk mendaftar?

1. Sila ke link dibawah ini untuk lihat syarat kelayakan, maklumat program & pendaftaran

http://www.instedt.edu.my/wassup/index.html

2. # PENTING : Pada borang pendaftaran, penuhkan ruangan yang disediakan & tulis 'FADZLAH' pada kolum 'staff id' bagi memudahkan urusan pihak berwajib.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 019-7646299 (FADZLAH)
Mohon dihebahkan.

Terima kasih.

itulah mana ada masa yang tengok TV

apa kata saya tulis artikel khas ..tentang perkara ini..


EmoticonEmoticon