Portal Ilmu Medium Promosi Ebook

Portal Ilmu Medium Promosi Ebook..Sejujurnya saya amat mencintai budaya ilmu.Sebab itu saya suka membuat promosi tentang perkara yang melibatkan ilmu baik dari buku konvensional maupun ebook..Bagi saya ilmu terlalu hebat fungsinya.Boleh dikatakan dengan  ilmu yang betul, kita akan menjadi lebih matang dan bijak.

 

e-buku

 

Dengan tujuan tersebut saya berminat untuk mempromosi ebook  melalui Portal Ilmu.Ilmu yang bermanfaat jika  sampai kepada golongan sasar maka besar impaknya.Boleh menyelesaikan masalah yang mereka hadapi setiap hari.Sayugia diingatkan hanya ilmu yang terbaik membekalkan cara berfikir,tabiat dan motivasi untuk berjaya.

 

Portal Ilmu yang saya kendalikan ini tidak menjanjikan terbaik.Ada bahagian yang masih perlu diperbaiki dan diperhalusi.In Shaa Allah dalam perancangan peringkat demi peringkat.

 

Niat saya lebih kepada proses kemudahan kepada pencari ilmu.Biar mereka senang memilih dan menilai apa yang mereka perlukan.Walau apapun ebook yang mereka pilih itu nanti besar kemungkinan manfaat kepada mereka.Untuk saya dan penulis ebook akan mendapat sedikit imbuhan.Boleh juga sebagai upah mengendali dan upah promosi.

 

Apa yang penting supaya para pembeli memanfaatkan sebaik mungkin.Baca dan aplikasikan.Biar berbaloi dengan nilai duit yang dilaburkan.Hakikatnya nilai ilmu yang mereka perolehi sukar dibandingkan dengan nilai duit.Pada pendapat saya ilmu jauh bernilai dari duit itu sendiri.Namun untuk mendapatkan ilmu ada harga untuk kos masa,makan minum si penulis dan kerahan minda mereka.

 

Sebagai selingan untuk kalian, saya ada menjumpai satu blog yang sangat bijak copy and paste artikel yang saya tulis.Beliau mengabungkan artikel blog ini dengan blog Panduan Hipnosis.Namun beliau ada membuat kredit kepada blog saya meskipun bukan backlink.Itu saya maafkan kerana saya percaya ilmu memang perlu disebarkan.

 

Cuma ada rasa terkilan memandangkan saya menulis artikel tersebut guna ayat sendiri dan beliau salin idea saya untuk membolehkan blognya berada di halaman utama.Tak perlu saya nyatakan siapa beliau dan blognya.Jika begitu keadaannya saya harus menulis ilmu yang ada harga dalam bentuk ebook.Jadi lebih selamat serta menguntungkan semua pihak.

 

Semoga selingan yang berbentuk kisah benar ini memberi kefahaman kepada kalian mengapa majoriti ebook mesti dibeli.Si penulis terpaksa bersengkang mata,baca itu dan ini ,membuat rujukan dan korbankan masa bersama keluarga.Selepas itu ada pula pihak yang ambil jalan mudah.Logiknya mana adil.

 

Ada sedikit sahaja ebook yang diberi percuma dan bersyarat.Ada alamat email baru bagi.Ini bertujuan membina mailing list supaya ebook yang berbayar nanti boleh dipromosi direct dalam mailbox kalian.Saya akur kaedah Internet Marketer ini memang mengguna sistem ini dari dulu lagi.

 

Ini amat berbeza dengan Portal Ilmu.Tidak perlu ada email promosi yang memaksa bakal pelanggan membacanya setiap hari.

 

Jika pelanggan nak cari ebook maka taip sahaja di Google ===>www.e-buku.info

 

 

 

Kesimpulan dari admin

 

Berkesan atau tidak cara ini akan mengambil masa.Saya tidak boleh membuat penilaian sekarang.Saya cuma membuat promosi,promosi dan promosi melalui blog dan media sosial yang lain.

 

Jika semuanya sudah stabil saya lebih memfokus kepada teknik SEO pula.Kata kawan baik saya..buat pelan-pelan sehingga jadi punya.

 

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

15 ulasan

hari ni kita buat library cleansing..baru perasan banyak sangat buku yang masih belum dibaca...he..he. Cintai ilmu, pasti kita akan lebih rasa dihargai..

orang cakap ..sayangkan ilmu maka ilmu akan menjaga kita

semoga berjaya nanti bro, InsyaAllah maklumat yang berguna ada orang cari.

Copy & paste sudah tidak dapat dielakkan lagi. Sabar dan ikhlaskanlah..."ilmu dikongsi bersama" :)

Saat yg paling kecewa yg pernah dirasai adalah apabila entri kita terkeluar dari SERP enjin carian akibat dari aktiviti ini. Oleh itu, paling penting kita perlu perkuatkan kekuatan blog dan authority dimata enjin carian...InsyaAllah, walau di copy n paste sekali pun, entri kita akan tetap kukuh.

tak daya nak fikir mengenai copy paste ni
mereka memang sentiasa ada cara

terima kasih atas sokongan..

saya redhakan sahaja dulu kerana ilmu itupun bukan milik saya..Allah yang punya

bab meningkatkan autoriti..masih lemah juga!

kreatif perlu ada untuk copy paste..

Copy Paste ni mmg perbuatan yg hina. Hanya Allah yg membalasnya nanti. Semoga terus sukses ye.. aamiin.

Ya..yang penting promosi kena rajin..hehe..semoga maju selalu yer bro..

Semoga projek portal ilmu ini dapat mencapai maksud penubuhannya :-d

Mana tau jika diizinkan saya dapat sumbangkan hasil penulisan (ebook) kat situ :)

tak pe..saya maafkan mereka..kerana fikir balik ilmu itu Allah yang punya!

ha..ha..terima kasih bro!

kalau ada apa salahnya tuan..itu yang terbaik!

Copy & paste memang tak sepatutnya lah kan. Penat-penat kita memerah otak mengarang kan.


EmoticonEmoticon