Pekerja Kantoi Songlap Duit Majikan

Pekerja Kantoi Songlap Duit Majikan…Aduh!Ada terasa malu juga.Sebab cerita ini kisah benar.Bukan rekaan atau fitnah semata-mata.Namun demi menjaga maruah dan nama yang kini dah tercemar baik saya terpaksa rahsiakan nama,tempat dan bila perkara ini berlaku.

 

songlap duit

 

Biar saya gelar dia sebagai Cik XX.Saya dan Cik XX merupakan rakan sekerja dan sama jawatan pula tu.Pada mulanya saya memang tak syak dia sanggup songlap duit majikan.Al maklum saya jenis pemikiran Topi Hijau iaitu orang yang tak fikir negatif tentang orang lain.Kira hati bersih dan suci.In shaa Allah.

 

Bagaimanapun suatu hari ada seorang staff yang mengadu kepada saya tentang salah seorang penyelia mereka yang berperangai mencurigai.Saya kira dia cuma bergurau dan tak serius.Namun setelah beberapa ketika saya terperasan sendiri bahawa ada sesuatu yang tak kena.Hati nurani pula rasa tak sedap.

 

Tanpa berlengah lagi saya buat penyiasatan ala-ala SPRM.Buka fail sistem komputer dan semak buku catatan dan laporan kewangan.Bil-bil yang lama juga saya semak untuk mencari bukti.Nasib baik dokumen ini tersusun maka mudah untuk saya menyemak dengan pantas dan cepat.

 

Selain itu saya juga membuat panggilan ke rakan-rakan sejawatan yang lain untuk mengesahkan bukti yang saya perolehi.Ternyata sah memang ada orang songlap duit majikan dengan cara taktikal.

 

Saya terus ajukan perkara ini kepada pihak pengurusan untuk tindakan lanjut.Mereka buka siasatan terinci dengan menggunakan khidmad staff IT.Wah..mana mungkin dapat lari Cik XX kerana sistem memang mudah sekali membongkar sebarang penyelewangan.

 

Buat seketika saya terkedu kerana tidak menyedari perkara ini awal-awal lagi.Sehingga kes ini terkantoi dah beratus ringgit juga juga dia sedut tanpa kami sedari.Itulah realiti dunia walau hebat manapun sistem dan CCTV perkara seperti inipun  masih boleh terlepas pandang juga.

 

Berita terbaharu Cik XX sekarang ini ambil cuti sakit,cuti tahunan dan cuti rehat selama beberapa hari.Dia juga dikhabarkan akan menerima surat amaran dan dihendaki membayar ganti duit yang telah songlapkan sejak sekian lama.Mungkin Cik XX akan berhenti atau dihentikan perkhidmatan kerana kes ini serius.

 

Sejujurnya kes ini tak rumit sangat kerana dia seorang yang buat.Rakan-rakan yang lain saya akui bersih kerana kemahiran menyedut duit dari sistem tak ramai yang boleh buat.Serius saya sendiri belum mahir lagi kerana belum belajar dari pakar.Saya akui dengan pihak majikan bahawa kemahiran tersebut saya masih belum lulus lagi.Cuma semak sistem ok lagi lah.

 

 

Kesimpulan dari admin

 

Saya sedar bahawa sebarang kegiatan tidak bermoral akan terbongkar juga.Macam kata bekas awek saya dulu..sepandai –pandai tupai melompat akhir akan jatuh juga ke tanah.Itulah realitinya  jika Allah SWT tunjukkan keaiban kita pada pandangan manusia.

 

Harapan saya agar mereka yang  terjebak dalam perkara seumpama ini cepat-cepat taubat nasuha.Hentikan segera dan jangan tunggu kantoi kerana ianya amat memalukan semua orang.Lagipun cari rezeki dengan cara tak betul memang tak berkat.Lebih baik  pergi sahaja ke link ini untuk Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

 

Sekian.Salam motivasi dan ambil iktibar dari apa yang berlaku ini,

18 ulasan

Pening kepala juga kalau dapat pekerja tak amanah ni. Sistem urusan kewangan macam mana canggih pun, masih boleh disonglap juga andai yang menguruskannya tiada sifat amanah.

tak amanah ni, kalau kerja tempat lain pun boleh bawa masalah, harap dia insaf nanti....

ni kerja bank ke bro, ke akauntan

Ini la pencuri tidak bijak namanya, rompak la juta2 lepas tu lari ke luar negara, baru puas hati..hehe

sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah jua....

carilah rezeki yang halal bukan yang haram

ia bergantung kepada manusia yang mengurusnya juga!

harapan saya macam tulah!

mana bagus nya merompak bro..he.he..

itulah..memang betul juga peribahasa lama!

hati-hati dalam mencari rezeki..

Setiap perbuatan yg batil pasti akan terbongkar juga sama ada di dunia atau akhirat.

sememangnya begitu hukum dunia..

Kena elak sikap tak amanah macam ni..nanti bawa masalah ketagih pula..hehe

bila dah biasa..itulah jadinya

Benda busuk...ditutup rapat pun, lambat laun busuknya akan terbau juga.

pengajaran..jangan buat jahat!


EmoticonEmoticon