Kisah Hero Yang Tak Dilagukan

Kisah Hero Yang Tak Dilagukan…Ini bukan kisah main-main.Ia adalah kisah benar yang betul terjadi.Bukan kisah saya.Ia adalah kisah kalian yang saya tulis khas untuk pembaca sekalian.Watak dan tempat adalah berbeza.Percayalah.Ada satu perkara yang sama.Nak tahu.Teruskan pembacaan.

kisah hero

Semua orang nak berjaya dan menjadi hero.Tiada sesiapa pun yang nak gagal dan kecewa atau putus asa.Namun hukum dunia cukup mudah.Jika nak berjaya mesti melalui saat-saat sukar.Meskipun tahap kesukaran tidak sama tetapi ada yang sama iaitu kalian mesti diuji dulu.Jika tak nak diuji jangan bermimpi untuk berjaya.Jangan mengaku nak jadi hero.Jangan buat malu untuk bakal-bakal hero yang lain.

Saya tengah membaca buku biografi tentang Datuk Lee Chong Wei.Baca  buku biografi beliau telah membuka hijab minda saya.Banyak perkara dan peristiwa yang tak kita tak tahu tentang erti kejayaan.Kita nampak kejayaan.Sayangnya kita tak pula sedar dan tahu bagaimana kisah sebelum menuju kejayaan tersebut.

Kejayaan yang dimiliki Datuk Lee Chong Wei bukan sekelip mata.Beliau melalui zaman sukar dan telah mengabdikan diri untuk dunia badminton sejak berumur 10 tahun lagi.Kejayaannya bukan sekadar bakat.Ia adalah kombinasi minat,kecekalan dan kerja keras tahap luar biasa.

Berdasarkan pengalaman orang yang sudah berjaya..kerja keras banyak membantu kejayaan seseorang.Namun ada juga yang menyanggah pendapat ini dengan menyatakan kerja bijak lebih baik dari kerja keras.Bagi saya mudah sahaja.Apa kata buat kombinasi dengan cara kerja keras dan kerja bijak sekaligus.Tentunya hasil lebih gempak dan impak maksima. In Shaa Allah.

Jika kalian suka nonton (bahasa sinetron) sebarang rancangan tv atau dilayar perak ataupun media sosial.maka perasan tak bagaimana  watak hero dihidupkan.Adakah ia terus berjaya diawal cerita hingga akhir cerita.Sudah semestinya tidak.Apa rasionalnya dalam kehidupan ini?

Nak tahu jugakan.Ya.Memang sepatutnya kerana untuk menjadi hero mesti kalah terlebih dahulu dalam menghadapi dugaan dan cabaran.Normal bagi filem.Iaadalah arahan dari pengarah.Akhir cerita baru ada kemenangan .

Soalannya kini kehidupan sebenar.Seseorang yang nak berjaya mesti tempuhi dulu kegagalan demi kegagalan.Berapa lama tidak penting.Yang penting berapa cepat dia bangkit dari terjatuh.

Jatuh dan perlu bangkit balik.Berapa kali jatuh tidak penting .Yang penting bangkit dan terus bangkit mendepani arus cabaran .

Kesimpulan dari admin,

Selesai sudah coretan saya.Saya yakin dan percaya bahawa kisah hero yang tidak dilagukan adalah saya atau kalian ataupun sesiapa sahaja.Kalian hero.Kalian hebat dan jangan lupa untuk bersyukur kerana dikurniakan kelebihan ini.

p/s Jika nak didik anak jadi hero boleh baca artikel saya di SINI
Sekian.Jumpa lagi dan semoga gembira selalu.

14 ulasan

Bolehlah kongsikan ceriat Datuk Lee Chong Wei nanti....hero malaysia

semua daripada kita adalah unsung hero sebenarnya. sebab kita adalah hero kepada orang2 yang kita sayang.

itu lah yang bermain dalam fikiran saya sekarang ini

terima kasih kerana memahami entri ini..memang betul tu..

kitalah hero kepada diri kita sendiri.... sebab kita merangkak pun sendiri, takde siapa yang ajar kita cara merangkak... perghh rasa bangga jadi hero !

artikel yang mengispirasi, jangan pernah takut gagal jika ingin sukses, terima kasih sudah berbagi artikel yang menarik sekali

sepatutnya kita semua ada perasaan ini..

terima kasih..saya tengah praktis sukses!

yang penting ada usaha
hasilnya pula ada dalam berbagai rupa dan cara

betul tu mr teh..|o|

Betul tu..bak kata pepatah work smart nit work hard..hehe

Itulah... kdg2 org melihat kejayaan tu mcm mudah tanpa melihat penat jerihnya utk berjaya...

saya bersetuju sangat bro..

hukum kejayaan memang macam tu..bersusah payah dulu dan bersenang-senang kemudian


EmoticonEmoticon