Kisah 3 Pemuda Yang Menginsafkan

Kisah 3 Pemuda Yang Menginsafkan…Maaf ini bukan kisah benar.Ia kisah simbolik yang boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan harian kita.Mungkin ada berlaku dengan kalian secara tidak sengnaja.Jadi jangan ambik hati kerana ianya rekaan semata-mata demi pengajaran dan keinsafan untuk kita semua.

 

kisah 3 pemuda

 

Ada di sebuah tempat.Tak jauh dan tak juga dekat.Kalau cari menggunakan Google tak akan jumpa punya.Serius.Tempat ini tidak penting.Apa yang penting iktibar dari kisah yang saya kongsikan dibawah.

 

Seorang blogger telah berminat untuk membuat kajian tentang motivasi pekerja.Jadi dia mengambil keputusan untuk menuramah 3 orang pemuda yang tengah sibuk mengecat bangunan yang agak berusia di sebuah bandar tak asing lagi di tempat tersebut.

 

Pemuda pertama

 

Blogger : Assalamualaikum bang! Boleh tumpang tanya tak? Abang tengah buat apa sekarang?

 

Pemuda 1: Walaalaikumsalam.Saya tengah mengecat bangunanlah.Tak de soalan lain ke nak tanya?Tak akan sekarang memancing pulak.Agak-agaklah nak tanya orang..(nada marah)

 

Pemuda kedua

 

Blogger : Assalamualaikum bang! Boleh tumpang tanya tak? Abang tengah buat apa sekarang?

 

Pemuda 2 : Walaaikumsalam.Saya tengah bekerja cari rezeki tuan.Walaupun saya tak suka mengecat namun saya terpaksa buat kerana takut tauke marah.Tauke saya tu bengis macam singa betina.Kalau ada kerja lain dah lama saya berhenti (nada mengeluh)

 

Pemuda ketiga

 

Blogger : Assalamualaikum bang! Boleh tumpang tanya tak? Abang tengah buat apa sekarang?

 

Pemuda 3 : Waalaikumsalam tuan.Saya tengah mengekspresi nilai seni dan bermain dengan warna.Hasil sentuhan seni saya ini bisa mengembirakan orang yang akan melihatnya nanti.Tuan rasa masterpiece saya ini cukup menarik tak ? (nada puas)

 

 

Kesimpulan dari admin,

 

Mungkin kalian  ada mendengar atau membaca kisah begini.Ia adalah cerita  biasa dalam setiap seminar motivasi namun mempunyai nilai moral atau pengajaran yang tinggi.

 

Mari saya ceritakan pengajaran dari kisah 3 pemuda ini.Pemuda 1 adalah orang yang kurang sopan.Sangat membenci pekerjaan dan orang yang tidak bersyukur dengan apa yang ada.Seluruh kehidupannya rasa tak seronok kerana dengan penuh kemarahan.Orang lain turut merasa tempias kemarahannya itu.

 

Pemuda 2 pula seorang terpaksa bekerja.Pendek kata dia bekerja tidak ikhlas.Tindakannya itu merencat perasaan dia sendiri.Lagi tak seronoknya dia turut memburukkan majikan kepada orang lain.Kehidupan dia cenderung kepada mengalah walaupun ada impian untuk berubah.

 

Berbanding dengan kisah pemuda 3.Dia seorang yang suka bekerja dan menyukai apa yang dilakukan.Pada masa yang akan datang dia berpotensi untuk menjadi orang hebat dan berjaya.Caranya bercakap adalah cerminan kepada pemikiran.

 

Jadi saya berharap kalian menjadi seperti pemuda 3.Cara berfikir dan perasaanya amat positif.Malah mampu menepis apa jua cabaran dan dugaan dengan tindakan terbaik.

 

Tak kira kalian kerja dengan kerajaan atau swasta.Sekiranya ada dikalangan kalian yang bakal ditemuduga dalam kerja kerajaan jangan lupa baca entri saya bertajuk Panduan Gerenti Dapat Kerja Kerajaan

 

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

20 ulasan

perlu bersyukur dengan segala nikmat ada.susahlah kalau kita tahu tahu bersyukurkan HB :)

Mostly orang akan buat kerja kerana terpaksa menyara hidup. Nak dapatkan kerjaya yang kita minat, memang susah. Nak create sendiri memang makan masa yang lama.

Thanks HB..Kena bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan untuk kita. lagi-lagilah kerja kita...rezeki kita tu..kalau tak ikhlas, nanti rezeki tak berkat..

Kerja kerana Allah...itulah yg terbaik :)

bersykur itu amat penting..

mesti ada pemikiran yang positif..

sebab itulah kalau nak buat sesuatu mesti ikhlas..

kerana Allah..dapat pahala tu!

hati yang tak seronok
boleh rosakkan diri sendiri dan orang lain

kena cari ubat hati tu

Pakar motivasi kata, ia bergantung pada oemikiran seseorang itu. Patut ditambah, ia juga bergantung pada bagaimana hati orang itu.

ingat Allah SWT..hati akan tenang dan aman kan bro!

ha..ha..memang patut tambah soal hati pula!

Buatlah kerja dgn sepenuh minat & ikhlas.. barulah hasil yg diperolehi tu berkat berpanjangan kan...

ya..sangat bersetuju..

Buatlah kerja yang diamanahkan sebaik mungkin. Semoga kita mendapat pahala terhadap kerja yang kita lakukan. Insya Allah...

bak kata mentor saya..kalau nak berjaya dan mampu bertahan lama dalam sesuatu bidang..carilah kerja berdasarkan passion kita..:)

ho..ho..betul tu bro

memang betul ..passion saya dalam blog..tiada hasil yang lebat pun masih bertahan berblogging walau apa keadaan sekali pun

betul tu..saya sangat setuju


EmoticonEmoticon