Kenapa Tulis Blog Tanpa Fakta?

Kenapa Tulis Blog Tanpa Fakta?..Sebagai blogger saya sentiasa memikirkan perkara terbaik untuk pembaca.Saya mahu pembaca puas dan dapat manfaat yang sewajarnya.Persoalannya kini menulis dengan fakta atau luahan rasa.Yang mana satu lebih menarik.

 

tulis blog tanpa fakta

 

Menulis dengan fakta memang bagus.Namun penulisan terlalu akademik boleh merimaskan pambaca.Ada pembaca yang mempunyai tahap intelek yang rendah dan sederhana.Saya tanpa malu atau segan tergolong dalam kumpulan ini.Jadi jika terlalu akademik lebih baik saya membaca dalam jurnal akademik atau majalah Dewan Ekonomi.

 

Ada blogger yang menulis menggunakan luahan rasa.Ternyata penulisan begini lebih menyentuh hati dan perasaan.Mereka membaca untuk hiburan sebagai mana novel cinta.Genre novel suka memainkan aspek emosi.Jadi lebih disukai ramai kerana penulisan begini santai.Fikiran tak berat.Hati lebih riang gembira.

 

Dalam pada itu ada juga blogger yang super duper.Mereka mengamilasikan fakta dan emosi dalam entri yang sama.Memang terkesan orang membacanya.Fakta lebih mudah difahami kerana disulami unsur emosi.

 

 

Kesimpulan dari admin

 

Terpulang kepada blogger itu sendiri.Kita ada gaya dan teknik tersendiri menulis blog.Jika semua penulisan blog guna cara yang sama  maka  tiada variasi dalam dunia blogging.Itu memang mustahil kecuali blog copy and paste.

 

Jika ada blogger yang menulis fakta dengan bahasa yang santai maka itu yang terbaik.

 

Sekiranya blogger sekadar meluahkan perasaan dan hati kepada isu semasa pun bagus juga.

 

Akhir cerita.Blog adalah hak masing-masing.Tulis atau tak tulis kalian sendiri yang bertanggungjawab.

 

Sekian terima kasih dan jumpa lagi dalam suasana yang penuh ceria.

 

p/s :Maaf jika rasa ingin membaca lagi boleh lanjutkan bacaan ke Portal Ilmu.

20 ulasan

kadang-kadang terlalu fakta juga boleh menimbulkan kebosanan pembaca juga..
kalau nak berfakta mungkin tak perlu terlalu detail

ya..betul tu bro!..sebab membaca online berbeza dengan membaca buku..

Terima kasih..masih banyak lagi yang saya harus pelajari dalam memperbaiki teknik penulisan ni..agar tersentuh di hati pembaca..hehe

Setiap blogger ada cara dan gaya masing2... Jika entri informasi dan maklumat tu biarlah tulis selengkapnya agar yg mencari maklumat tersebut puas hati. Jgn tajuk sahaja gempak tapi isinya hampeh.

saya masih juga berlatih menulis untuk menghasilkan yang terbaik

memang itu yang kita harapkan...informasi yang lengkap

tulisan gaya bebas biasanya lagi diminatikan HB. is like cerita melayu, drama minggu ini lagi diminati dari rancanganx ilmiah yg penuh dengan fakta.

ikut gaya sendiri.

tapi bab bila kena ada bukti..itu mesti kukuh.

Hmm kalau penulisan berdasarkan pengalaman sendiri, boleh juga anggap apa yang kita alami tu sebagai fakta sejarah, Boleh ke?

betul-betul betul..macam upin dan ipin lak pulak..

Apa pun biarlah informasi yg di tulis ada manfaatnya.. jngn main sebarang tulis je sudahlah kan..

kalau bukti mesti ada baru orang boleh percaya...

boleh juga..kerana ada pengalaman peribadi yang boleh memberi manfaat kepada para pembaca

ya..kebenaran pendapat itu ada kat situ..tuan!

Mungkin bagi sesetengah mereka, yang penting ialah sensasi.

Sehingga kini masih cuba dan cuba untuk menulis secara santai tapi berkesan..tq atas perkongsian yang menarik

cara sensasi mudah pancing minat pembaca

itu buktinya..memang bagus cara santai ini..

saya selesa dgn cara saya . cuba menjadi santai dan meluahkan dgn cara saya ... harap pembaca saya selesa ...

Fakta kalau di sampaikan mengikut rentak yang bersesuaian, kompem orang akan tertarik untuk membaca.


EmoticonEmoticon