Internet Meragam Hati Tak Tenteram

Internet Meragam Hati Tak Tenteram…Sebagai blogger talian internet adalah seperti talian hayat.Mungkin terlalu fanatik nadanya.Namun ia adalah hakikat yang sukar untuk dinafikan kebenaran.Bukan niat saya untuk meletakkan internet sebagai perkara paling utama.

 

internet meragam hati tak tenteram

 

Apabila internet meragam banyak perkara yang terbengkalai.Sebab itu boleh bikin hati tak tenteram.Tambahan pula sekarang tengah berlangsung tugasan kedua Cabaran iPhone 5S di denaihati.Tugasan untuk memberi komen memang perlukan talian internet yang bagus serta lancar.

 

Dunia blogging sangat mencabar.Cabaran utama ialah masa.Pembahagian masa yang bijak boleh mengimbangkan keperluan masa bersama keluarga,kerjaya rutin,peribadi dan sebagainya.Jadi kelajuan internet dapat mengatasi masa untuk berblogging.Contoh untuk blogwalking balas kunjungan rakan blogger selalunya boleh ambil masa satu jam sehari.

 

Pengalaman berblogging sepanjang lebih 2 tahun banyak memberi pengajaran buat saya.Pengajaran terpenting ialah imbangan masa dan keperluan internet.Tentu tidak wajar asyik mengadap komputer berbanding melayan kerenah ahli keluarga.

 

Kesimpulan dari admin,

 

Saya terpaksa meringkaskan coretan saya untuk blog ini.Sebab nak berkampung di denaihati selepas ini.Dalam pada itu nak mengemaskini blog yang lain pula.Jadi nampak tak kepentingan internet yang lancar buat seoarang blogger newbie seperti saya.

 

Kalian bagaimana pula?Kalau ada jom sembang di ruangan komen dibawah.

 

Jika nak lanjutkan pembacaan boleh baca entri saya yang lain bertajuk Ebook Buat Wanita Ingin Kurus.

 

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

28 ulasan

Semoga segala masalah akan selesai dan dipermudahkan segala urusan. Dugaan bukan penghalang...jadikan ia sebagai satu kekuatan!

Internet susah nak jangka, apapun semoga dipermudahkan....

Mmg penting, kena bijak dalam pembahagian masa..
takut jadi spt pepetah melayu..
Yg dikejar tak kesampaian, yg dikendong keciciran...

kena banyak sabar ajelah jawabnya. hehe

nak bagi rehat kepada admin tu

Bila baca entry heroborneo ni memang terasa sangat betulnya... tp apa2 pun tetap kena sabar n teruskan perjuangan.. hehehee..

internet dan blogger ibarat irama dan lagu, ombak dan pantai tak dpt dipisahkan... betulkan HB :)

bila internet macam siput...memang geraaammmm je

Waktu puncak memang bermasalah, bukan waktu puncak OK, Masalah bukan waktu puncak ialah dari 2 pagi sampai 8 pagi. Itu bukan waktu orang guna internet sangat.

ya..itu yang terbaik dan sepatutnya terima kasih!

kadang-kadang bagus..dan masa tak bagus itulah yang buat hati tak tenteram

saya cukup suka dengan perumpamaan ini.

harap macam tulah..bersabar itu lebih baik dari marah-marah!

ya..ada hikmahnya supaya rehat buat seketika

yakah..terima kasih atas sokongan

betul-betul..saya setuju!

geram-geram juga tapi perlu sabar jawabnya

terima kasih bagi panduan yang berguna ini..pada waktu itu kita dah tidur gayanya!

Kita punya internet tapi tiga-tiga lappy buat hal...memang sangat menguji kesabaran..he..he

tiada cara lain kecuali pergi CC kalau nak la..

Jangan putus semangat macam kabel dasar laut yang putus tu yer.

masalah utama dan masalah biasa
pakai broadband macam kami ni, lagi la sakit jiwa

aku yg buat video ni rasa stress jugak bila takde internet. lebih2 lagi bila internet slow. nak upload tu aduhaiiii..~ www.kaio.my

itu masalah sejagat....sabar je la dulu!

samalah kita bro...broadband ada masalah..jiwa pula merana

dah nak buat macam mana bro..tukar pergi streamix la

Klu internet meragam mmg tension.. lebih2 lagi klu waktu tu sgt2 sesuai utk berblog atau berBW... kecewa je rasa..

mesti cari jalan alternatif..


EmoticonEmoticon