Hari Malaysia adalah Nikmat Merdeka

Hari Malaysia Adalah Nikmat Merdeka…Kita amat bertuah.Untung badan yang tak terkata jika dibandingkan dengan negara Palestine yang masih berjuang mempertahan negara dari dicerobohi rejim Zionis laknatullah.Kita aman dan damai.Hidup harmoni dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.

 

hari Malaysia

 

Persoalannya apa  tanggungjawab rakyat Malaysia untuk mengekalkan nikmat merdeka ini.Baik generasi kini maupun generasi yang akan datang.Jika kalian lalai maka kesudahannya kita akan terjajah semula.Minda belum merdeka dan jiwa masih lemah dengan kemelut semasa.

 

Sebelum 16 September 1963, Sabah dan Sarawak di Pulau Borneo belum merdeka.Masih terjajah oleh negara penjajah.Tak ramai yang sedar.Namun ada juga wira-wira yang berhati waja.Mereka mahu merdeka.Mahu untuk hidup tanpa ikut telunjuk negara penjajah.Dalam entri yang santai ini tak perlu pula saya nak cerita tentang sejarah pembentukan Malaysia panjang lebar.

 

Kini Malaysia yang terdiri daripada 14 buah negeri telah merdeka.Bebas dan ada pemerintahan oleh Raja Berpelembagaan.Jika nak tahu lebih boleh buka buku Pengajian Am Tingkatan Enam.

 

Sewajar kita semua bersukur.Kita mesti menghargai kemerdekaan ini,Sebab itu diwujudkan pula Hari Malaysia kerana nak imbaskan kenangan tarikh pembentukan Malaysia.

 

Kesimpulan dari admin,

 

Semoga Hari Malaysia memberi banyak inspirasi supaya kita tetap kekal merdeka.Bukan sahaja sedap menyebut dimulut namun melekat jauh dalam sanubari.

 

Sekian.Salam motivasi.Semoga bergembira dan selamat bercuti, ikhlas dari team Portal Ilmu

8 ulasan

Selamat Hari Malaysia dan selamat bercuti buat bro dan semua.

ya.terima kasih..kebetulan juga saya bercuti hari ini.

selamat hari malaysia.

semoga semua rakyat kita bersatu padu hendaknya.

ya..selamat hari Malaysia

Semoga Malaysia terus aman & makmur.. Kita adalah anak Malaysia!!!

ya..kita adalah anak Malaysia yang merdeka

aku memang suka minggu merdeka nih.

banyak aktiviti sekolah buat.

mesti seronok dengan budak-budak kan..


EmoticonEmoticon