Entri Hero Borneo Kena Plagiat

Entri Hero Borneo Kena Plagiat…Tak sangka entri yang saya tak seberapa ini kena  plagiat.Ada pihak yang ambil jalan senang dengan copy and paste tajuk dan perenggan pertama entri saya.Mereka tidak bagi kredit kepada penulis asal.Saya terkejut kerana entri tersebut sudah berada di halaman utama Google manakala blog saya berada di tangga kedua.

 

Sebelum ini pernah juga kena.Namun mereka kombinasikan entri saya dengan entri mereka tanpa mengubah sebarang ayat.Dalam kes ini mereka bagi kredit yang bukan berbentuk backlink.Tak kisah juga kerana bukan plagiat 100 peratus.

 

Sebagai langkah berjaga-jaga saya akan menukarkan nama ganti diri saya kepada HB.Terima kasih kepada rakan blogger yang pernah memberi idea singkatan Hero Borneo menjadi HB.Saya rasa panggilan HB ada nilai tersendiri dalam entri yang saya tulis.Andai kata ada pihak yang nak buat plagiat mereka akan mengedit perkataan HB banyak kali.Jadi bukan kerja yang mudah dan senang untuk mereka nak plagiat.

 

Eh..mana bukti entri blog hero borneo kena plagiat?

 

Ini buktinya bahawa entri blog saya kena plagiat.Senang-senang blog mereka atasi blog saya.Sedangkan masa dan ayat pun sama.Apa yang berbeza ialah titik 3…

 

kena plagiat

 

Kesimpulan dari admin,

 

Saya berharap kalian yang biasa dengan blog ini boleh menilai gaya bahasa yang saya gunakan.Jika terjumpa entri yang sama seperti penulisan saya tanpa memberi kredit itu maka sahlah mereka buat plagiat.Terpulang kepada kalian semua sama ada nak boikot blog mereka atau biarkan tanpa berbuat apa-apa.

 

Seorang blogger amat faham bahawa untuk menghasilkan entri yang asli bukan perkara mudah.Ada yang duduk berjam-jam memerah idea.Tidak kurang juga ada yang bersengkang mata mencari fakta untuk dipersembahkan kepada pembaca.Semua usaha ini mesti dihargai.Jadi jangan tidak beretika untuk membuat plagiat entri blog orang lain.

 

Entri ini terakhir menggunakan panggilan nama saya.Selepas ini  saya akan menggunakan panggilan HB untuk entri yang seterusnya.

 

Sekian.Semoga jumpa lagi dan bergembiralah selalunya.

 

 

p/s : Portal Ilmu masih seperti biasa.Jika nak tahu boleh terjah seketika.

26 ulasan

Adalah perkara biasa yg berlaku... Sabar jer la, walaupun dihati geram sbb yg copy paste kat atas kita. Ambil ianya sebagai satu cabaran, kena pertingkatkan lagi authority dan SEO agar robot enjin carian lebih mengenali dan kukuh di kedudukan carta.

benar juga tu..ambil sebagai cabaran sahaja untuk pertingkatkan authority dan seo..

Sabar jelah, susah nak di bendung kegiatan plagiat ni.

Sabar tuan.... entri kena plagiat memang biasa. Mereka ini jahil tentang etika. Kita doakan semoga mereka sedar akan perbuatan dan berhenti copy paste entri orang lain

memang susah dibendung masalah ini dengan zaman ini. Sabar je la

Assalammualaikum... heroborneo,

itulah tandanya penulisan hero borneo dah mula diterima ramai... insaallah hero borneo boleh maju lagi ke depan dan ke depan lagi.. keep up... bro

mselim3

masalah ni
memang buat kita sakit hati je
Pakcik Google kena buat kerja lebih sikit nak atasi masalah ni

Sekarang ni ramai sungguh orang yang suka plagiat entri blogger lain. Nak jadi blogger tapi tak beretika.

Saya pun mmg anti dgn kaki plagiat ni.. Dapat hasil yg haram ibarat mencuri barang org & menjual utk makan.. Sabar je lah.. pasti akan dibalas perbuatan yg tak beretika tu nanti...

Blog yang suka plagiat entri blog lain, lambat laun akan lingkup.

itu yang terbaik sekarang ini..bersabar dulu

harap-harap macam itu..sedar dan mula menghargai titik peluh orang lain

zaman sekarang trend plagiat memang mudah untuk dilakukan..

Walaaikumsalam,

terima kerana bagi pandangan positif..

tak pe be bro..hadapi sahaja dengan hati yang tenang

belum faham maksud etika..tu

plagiat pada hasil karya lagu pun teruk juga

ya ..nie macam doa sahaja!..bahaya juga

falam dunia blogger plagiat memang susah menjadi kebiasaan yang susah si hilangkan, meski di proteksi yang bagaimanapun tetap saja kena, kalau saya pribadi artikel di plagiat artinya artikel saya bagus. toh pembaca blog kita pasti tau gaya bahasa atau tulisan kita, so, be positive thinking saja sob

Huhu..memang macam tu la bro..dia tak kira artikel macam mana, siapa tuan asal dia,,asalkan ada ayat yang berkenan, senang2 aje diorang akan ambil..hahaha

huishhhh, banyakkan bersabar ye

saya dah rasa apa yg hb lalui . sbb itu saya buka blog baru . selebihnya redhakan sajalah wpun saya selalunya ambil masa paling sikit sejam utk hasilkan enti yg sempurna di mata saya ...

mungkin cara ini boleh pujuk hati yang nak marah!

memang ada pihak yang nak ambik jalan senang dan mudah

yalah..banyakkan bersabar !

secara teori buka blog baru bukan jalan penyelesaian terbaik..namun ia lebih baik jika tiada usaha langsung


EmoticonEmoticon