Cerita Terbaik Lee Chong Wei

Cerita Terbaik Lee Chong Wei …Baru-baru ini Datuk Lee Chong Wei kalah kepada Cheng Long dalam perlawanan separuh akhir badminton Sukan Asia Incheon.Namun bukan cerita ini HB nak ulas panjang lebar.HB nak kongsikan cerita kejayaan dan pahit manis karier badminton beliau.

Datuk Lee Chong Wei

Datuk Lee Chong Wei dilahirkan pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai,Perak.Beliau adalah anak bongsu dari 4 orang adik beradik.Asal keluarganya hidup susah dan mereka menampung hidup dengan bekerja keras  setiap hari.

Sejak tadika lagi Datuk Lee Chong Wei mengenali badminton.Ketika itu beliau selalu terlihat abang-abangnya bermain badminton di laman rumah pada waktu petang.Sungguhpun mereka menggunakan raket plastik yang murah,ternyata kegembiraan mereka amat ketara.

Pada masa itu Datuk Lee Chong Wei tidak dibenar bermain bersama.Beliau diberi peranan untuk mengutip bulu tangkis kepada abang-abangnya sahaja.

Sebelum serius dalam badminton,Datuk Lee Chong Wei amat meminati bola keranjang.Zaman kecilnya,beliau amat aktif dan bertenaga.Malah sanggup untuk bermain bola keranjang dibawah panas terik matahari.Tindakannya itu menyebabkan kulit beliau hitam dan menjadi sindiran kepada jiran tetangga mereka ketika itu.

Pada tahun 1992 Datuk Lee Chong Wei telah diperkenalkan sukan badminton secara serius oleh kawannya yang bernama Mu Jia.Mulai dari saat itu Datuk Lee Chong Wei semakin aktif dan boleh menguasai teknik permainan badminton dengan cepat.

Kehandalannya bermain badminton telah terbukti setelah berjaya menjuarai beberapa pertandingan ketika mewakili sekolah.Potensi Datuk Lee Chong Wei telah disedari oleh seorang jurulatih dari sekolah SJK ( C ) Perkampungan Berampit bernama Mr Teh Eng Huat.

Datuk Lee Chong Wei telah dilatih oleh Mr Teh Eng Huat selama 6 tahun secara konsisten.Sepanjang tempoh tersebut beliau bersusah payah.Bapanya sanggup menghantar Datuk Lee Chong Wei  dengan hanya bermotosikal.Ketika hujung minggu dan cuti sekolah beliau pergi ke pusat latihan menggunakan keretapi.Semuanya terpaksa dilalui sehinggalah Datuk Lee Chong Wei diserap ke dalam Akademi Sukan Negara.

Ketika itu Datuk Lee Chong Wei sudah berumur 17 tahun pada tahun 1996.Permulaannya di Akademi Sukan Negara bukan suatu yang membanggakan.Pernah diceritakan kehadiran beliau tidak diterima oleh rakan-rakan yang lain.Peristiwa ini menyebabkan Datuk Lee Chong Wei hampir kecewa dan ingin balik ke kampung buat selama-lamanya.

Semangat Datuk Lee Chong Wei kembali pulih selepas bertemu dengan Pembantu Asrama iaitu Mr Haw.Dia telah dianggap sebagai bapa kepada mereka dekat sana.

Memikirkan dirinya masih belum setanding dengan rakan pasukan yang lain,Datuk Lee Chong Wei telah berlatih dua kali ganda.Ketika rakan-rakan yang lain berhenti rehat,beliau tetap menerus latihan sehingga tangan melepuh sakit.Lama-kelamaan skill permainan beliau setanding  dengan rakan-rakan pasukan yang lain.Mereka akhirnya dapat menerima kehadiran Datuk Lee Chong di akademi tersebut.

Kesimpulan HB

Dari apa yang HB kongsikan tentang cerita terbaik Lee Chong Wei boleh kita ambil iktibar bahawa kejayaan ada harga yang terlalu tinggi.Benar kata pepatah Melayu lama,yang pipih tak akan datang melayang dan yang bulat tak akan datang bergolek melainkan ia diusahakan sunguh-sungguh.

Cerita selanjutnya sehingga Datuk Lee Chong Wei menjadi juara dan pemain no. 1 dunia boleh didapati dalam buku Menjulang Kejuaraan : Lee Chong Wei.Baca sendiri dan hayati detik-detik kejayaan beliau yang teramat manis untuk dikenang.Maafkan saya tak ulas habis kerana ia adalah soal etika.

Buat makluman semua, buku tersebut hasil tulisan Datuk Lee Chong Wei sendiri.Buku asal dalam bahasa Cina.Kini dah diterjemah ke dalam bahasa Melayu.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi dalam blog Buku Best.

12 ulasan

Semangat beliau mesti kita ikut, tak mudah mengalah, usaha sampai berjaya.

Bukan mudah nak jadi no 1... semoga Dato berjaya dalam Sukan Asia pula nanti

itu yang semestinya tuan..

harapan rakyat Malaysia kepada beliau..

baru tahu dia anak bongsu rupanya heeee

sudah lama hamba tidak melepak dekat blog ini. heeee..apa sukan ini peminatnya memang ramai

ya..beliau merupakan anak bongsu..

tak pe..suri..saya faham busy tu

Memang betul tu yang pipih takkan datang melayang!

naik artikrl ni kan , mmg hebat la beliau ni

kalau nak berjaya mesti kerja keras..

ye ke..artikel tahun lepas punya..


EmoticonEmoticon