Buku Mukmin Profesional Antara Yang Terbaik

Buku Mukmin Profesional Antara Yang Terbaik…Saya baru habis baca buku ini.Lama juga baca.Ambik masa beberapa hari.Kadang-kadang ada buku yang saya baca boleh habis dalam setengah bulan.Saya anggap dah kes parah.Saya cuba membaca banyak buku.Namun tak terdaya kerana dorongan dunia online.Maksudnya lebih banyak membaca,menulis dan menyelusuri blog berjam-jam lamanya.

 

mukmin profesional

 

Buku Mukmin Profesional : Celik Mata Hati adalah hasil tulisan penulis tersohor Malaysia iaitu Tuan Pahrol Mohamad Juoi.Sangat dikenali di negara ini melalui penampilannya di media elektronik serta penulisan buku yang hebat serta menarik.Beliau adalah Pengurus Besar dan Pengarah Penyelidikan di syarikat perunding Fitrah Perkasa Sdn.Bhd.

 

Intipati buku ini mengetengahkan ajaran Islam secara menyeluruh kepada pembentukan diri seseorang.Pemahaman dan penghayatan Islam 100 peratus adalah formula paling ampuh untuk berjaya.Bukan setakat di dunia malah berterusan ke akhirat kelak.

 

Alhamdulillah dengan gaya bahasa mudah dan infomasi yang padat membolehkan buku ini mendapat 5 bintang pada penilaian saya.Jika kalian suka membaca buku motivasi hasil nukilan orang bukan beriman maka perbandingan  seperti langit dengan bumi.Maaf bukan nak menidakkan kepakaran mereka.Sebagai orang Islam saya amat percaya penekanan akidah dan budaya Islam dalam semua aspek kehidupan adalah yang terbaik.Mana mungkin boleh dinafikan.

 

Dengan bilangan 339 muka surat  saya akur tak ramai yang gemar membacanya kecuali bagi ulat buku,kaki buku dan pencinta buku.Lain daripada itu akan membeli dan menyimpan dalam rak sebagai barangan perhiasan.

 

Buat makluman semua buku terbitan Telaga Biru adalah terjaga dari kualiti dan bahan ilmu yang dikomersialkan.Jadi jangan takut untuk membeli.Beli banyak-banyak pun tak apa sebagai cenderahati.

 

Saya telah diuji ketika membaca buku ini.Antara ujiannya ialah mata mengantuk ketika membaca helaian mukasurat.Baca dan mata mengantuk sehingga saya beberapa kali tertidur atas sofa.Namun ketika tidur saya meletakkan buku ini atas dada agar ilmu terserap secara simbolik.Jangan tiru aksi ini kerana ia adalah tabiat saya sejak dari kecil lagi.

 

Benar kata penceramah motivasi yang saya hadiri dulu-dulu.Syaitan sangat suka  mengganggu orang yang terlibat dengan aktiviti ilmu.Lebih-lebih lagi ilmu tentang Islam dan dunia akhirat.

 

Pada pandangan saya sebab itu, ada orang yang nak masuk Islam terpaksa menunda-nunda niat mereka itu atas hasutan makhluk ini.Syaitan akan menahan orang kafir untuk kekal kafir supaya  bersama-sama mereka dalam api neraka kelak.Itu pun setelah kebenaran dan dakwah sampai kepada mereka.

 

Orang beriman pula diperdaya untuk menukar akidah supaya terpesong jauh.Naubillah min zalikkan.Semoga Allah SWT memelihara kita dari ujian yang sangat getir ini.Perbaharui iman dan minta petunjuk melalui doa dan solat.Insya Allah kita akan selamat dunia dan akhirat.

 

Apa yang saya nyatakan ini adalah sedikit ilmu yang saya perolehi dari buku Mukmin Profesional : Celik Mata Hati.Nak tahu banyak beli sendiri dan dapatkan di mana-mana toko buku yang berdekatan.Saya yakin anda boleh perolehi kerana buku ini sudah diterbitkan sejak tahun 2010 lagi.

 

Boleh juga layari laman web www.telagabiru.net.my

 

Kesimpulan dari admin,

 

Membaca adalah jambatan ilmu.Mengamalkan ilmu adalah punca kejayaan yang tidak ada tolok bandingnya.Sebagai pengusaha Portal Ilmu saya puji kalian yang sentiasa mencari ilmu untuk kebaikan dan kebahagiaan.Tak mustahil ilmu boleh  membawa seseorang menjadi kaya,berkuasa dan beriman dengan izin Allah SWT.

 

Sekian salam motivasi dan jumpa lagi.

8 ulasan

Saya membaca atas kursi. Letak buku atas meja. Kalau baca di sofa memang akan tertidur. Tulisan Tuan Pahrol memang penuh isi dengan bahasa yang memikat.

dulu2
ketika aku ditimpa penyakit susah tidur
baca buku antara cara untuk cepat tidur
hehe

duduk atas sofa memang sedap..asyik baca boleh terlelap..he.he..

sekarang hadap pc pun boleh tidur bro!

Membaca itu penting dan rugi kalau kita jenis tidak suka membaca

Semoga ilmu yg baik dpt dijadikan panduan kehidupan yg diberkati.. t kasih atas perkongsian ilmu yg menarik ini.. :)

saya perasan tuan juga minat membaca..terbaik!

sama-sama ..terlalu sedikit rasanya ilmu di dada ini


EmoticonEmoticon