Berkampung Di Denaihati Demi iPhone 5s

Berkampung Di Denaihati Demi iPhone 5s…Buat seketika saya dan juga para peserta cabaran Kontest iPhone 5s akan memberi fokus kepada tugas kedua dalam cabaran tersebut.Tidak dinafikan ada yang berkampung di denaihati supaya berjaya menempatkan diri 70 orang pengomen terbanyak dalam masa sebulan.

 

iPhone 5s terbaik

 

Saya sibuk juga dengan aktiviti blogging yang lain.Namun kerana impian untuk memiliki iPhone 5s saya perlu bijak mengurus masa.Nak harap gaji memang tak lepas.Jika dari pendapatan blogging lagi-lagi tak lepas.Alahai.Mungkin sebagai blogger Newbie saya akur  perlu banyak belajar dan mengamalkan apa yang dipelajari.

 

Berdasarkan pengalaman yang lalu sebagai salah seorang pemenang Kontest duit Raya Aidilfitri 2014,tugas memberi komen memang mencabar akal dan fikiran.Letih satu hal,Bosan pun ada.Apapun halangan ini boleh diatasi dengan keazaman dan kesungguhan.

 

Antaranya perlu berkampung di blog Denaihati dan memberi komen secara konsisten setiap hari.Mahu atau tidak mahu mesti juga dilakukan kerana ia adalah tugasan.Lakukan dengan rasa seronok dan jangan terlalu memikir menang atau kalah.Sebab penentu kejayaan adalah Allah SWT manakala kita hanya berusaha sedaya upaya.

 

Kesimpulan dari admin,

 

Dalam kesungguhan kita melaksanakan tugas dalam cabaran kedua ini,jangan lupa untuk kemaskini  senarai penaja dalam entri tugasan pertama.Kegagalan berbuat demikian menyebabkan kita tersingkir sebelum berada di pusingan akhir.Lagi sayangkan.

 

Sekian.Jumpa lagi dan semoga bermotivasi  untuk berjaya dalam cabaran mendapatkan iPhone 5s.

21 ulasan

Selamat berjaya HB... Tugasan ini memang mencabar dan kelebihan buat mereka yg punya lebih masa...

selamat berkampung dan beramah mesra dan yang penting berkomen sebanyaknya. semoga berjaya.

good luck bro... nanti kalau menang, jangan lupa saya. heee

gud luck bro... ;) mahal hadiah tu...

Recent Post by MananQayyim : 5 Universiti di Malaysia, Terbaik di Dunia.

Good luck bro semoga sukses contest ini

Semoga bro berjaya mencapai apa yg dihajatkan... aamiin. All the best ye.. :)

terima kasih tuan BM atas sokongan!..banyak masa adalah satu nikmat dalam dunia blogging ini..

komen yang sebanyaknya itu adalah cabaran sebenar...

insya Allah itu yang terbaik!..terima kasih bro!

hadiah yang mahal telah menghangatkan suasana contest!

ho..ho..terima kasih atas sokongan bro!

Amin..doa itu yang saya dambakan dari rakan-rakan blogger.terima kasih tuan KK

aku rasa mungkin aku tak leh gi cabaran kali nih.

Susah bagi aku. haha

Saya suka ayat HB ni.. "Mahu atau tidak mahu mesti juga dilakukan kerana ia adalah tugasan.Lakukan dengan rasa seronok dan jangan terlalu memikir menang atau kalah.Sebab penentu kejayaan adalah Allah SWT manakala kita hanya berusaha sedaya upaya." .. semoga success yer HB..

Memang mencabar minda, rasa macam menjawab soalan SPM apabila membuat komen, supaya nampak bernas dan tidak seperti di paksa-paksa. Bila aku baca komen peserta cabaran iphone 5s ni. Baru sehari aku kurang berkomen di denaihati, nama terus keluar dlm senarai top 10. Yg penting konsisten meninggalkan komen. Harap DH lebih banyak mengeluarkan artikel supaya idea nak meninggalkan komen tu ada...

ada benarnya juga bro..ia guna banyak masa ho..

terima kasih..sokongan kalian amat saya hargai

bro boleh selongkar artikel yang lama dan bagi reaksi komen yang orang lain..janji tidak lari

Semoga berjaya bro

terima kasih bro..atas sokongan..

mesti ramai yang tengah berperang tuh... all the best... hehe


EmoticonEmoticon