Alangkah Nikmatnya Ada Ujian Kehidupan

Alangkah Nikmatnya Ada Ujian Kehidupan…Pada kali ini HB akan bersembang tentang ujian kehidupan.Ujian bukan sekadar UPSR.Ada banyak.Ada ujian yang gentir dan pahit.Ada ujian yang nampak macam seronok.Namun jika terleka kita terheret ke lembah yang hina.Jadi alangkah bahagianya jika ada ujian yang memberi peningkatan iman supaya kehidupan kita  ini Allah redha.Mari kita lanjutkan lagi sembang tentang ujian kehidupan.

 

nikmat ujian

 

Tujuan ujian dikenakan ke atas setiap orang adalah untuk menilai tahap kemampuan akal bekerja.Itu secara universal.Hakikat yang nyata ujian adalah penanda aras nilai iman  supaya pergantungan kita terhadap Allah SWT bertambah kuat.Lagi kuat ujian maka lagi kuat kita mengharapkan pertolongannya.Sebab itu ada yang kata ujian tanda kasih Allah SWT terhadap hambaNya.

 

Sekarang HB nak ajak pembaca sekalian untuk melihat setiap ujian yang menimpa diri kalian dari sudut pemikiran positif.Lihat dengan mata hati.Jangan lihat dengan kekalutan emosi.Perhatikan hikmah ujian tersebut.

 

Misalnya kertas Ujian UPSR yang terbocor baru-baru ini.Ramai yang terkejut.Marah-marah dan mengeluh.Sebaliknya ada yang berfikiran positif bahawa kebocoran kertas ujian UPSR ini memberi peluang kedua calon murid untuk belajar lagi.Maaf.Bukan nawaitu HB untuk menggalakkan kes seumpama ini.Jauh  sama sekali.

 

Dalam pada itu ujian kehidupan adalah suplimen untuk diri kita supaya kuat,tabah,bersungguh-sungguh dan tidak kenal putus asa.Kalau nak sihat mesti makan yang bagus,Jadi kalau nak jadi orang hebat harus diuji terlebih dahulu.Tahan atau tidak tahan.Tak tahan maka Allah SWT gantikan ujian yang lain pula.Perlu diingatkan Allah SWT Maha Mengetahui tahap kemampuan kita hadapi ujian tersebut.

 

Ujian kehidupan ada hubung kait dengan ilmu pengetahuan.Meminjam kata  Sir Isaac Newton ‘Pengetahuan yang sedikit itu adalah bahaya.’Sebab itu untuk menjalani kehidupan ini mesti belajar.Dengan belajar dapat menguasai ilmu.Malah adanya ilmu maka boleh menghadapi ujian kehidupan dengan yakin dan percaya kepada diri sendiri.Sumber ilmu ada banyak.Salah satunya ada di >>>>>>Portal Ilmu.

 

Kesimpulan dari admin,

 

Entri yang HB tulis ini belum lagi lengkap.Kupasan tak mendalam.Sebab konsep blog ini lebih santai dan cuma mengajak pembaca menilai intipati bahawa ujian kehidupan adalah nikmat.Dengan ujian tersebut kita dapat rasai sendiri bahawa ada hikmah dan kebaikan disebalik setiap ujian yang kita hadapi ini.

 

Sekian.Salam motivasi dan hadapi ujian hidup ini dengan bersyukur dan tabah selalu.

21 ulasan

Setiap ujian yang datang dari Allah tandanya Allah sayangkan kita. Kena redha dan terima seadanya kerana opasti ada hikmah disebalik ujian..

Subhanallah.. setuju sgt2 HB.. setiap ujian tu sememangnya ada hikmahnya buat kita. Allah tidak akan menganiaya hamba2Nya. Semoga kita menjadikan ikhtiar dlm menghadapi ujian itu sebagai ibadah buat kita, in shaa Allah... aamiin.

Yup...betul tu kan..kita diuji dengan ujian hidup ni sebenarnya kita sudah termasuk dalam golongan mereka yang dah berjaya..hehe..cuma perlukan kepada banyaknya pandangan positif tentang apa yang berlaku...barulah hidup semakin ceria..

ha..ya..itu memang betul

terima kasih tuan KK..ujian itu mesti dihadapi dengan hati yang tenang

ya..hidup mesti positif

Sabar dan bersyukur atas apa berikan pada kita

Ya Allah sukanya entri ni, terima kasih :)

paling suka ayat ni

Dalam pada itu ujian kehidupan adalah suplimen untuk diri kita supaya kuat,tabah,bersungguh-sungguh dan tidak kenal putus asa.Kalau nak sihat mesti makan yang bagus,Jadi kalau nak jadi orang hebat harus diuji terlebih dahulu.Tahan atau tidak tahan.Tak tahan maka Allah SWT gantikan ujian yang lain pula.Perlu diingatkan Allah SWT Maha Mengetahui tahap kemampuan kita hadapi ujian tersebut.

Betapa Allah sayang hamba-hambanya. Alhamdulillah atas segala ujian dan nikmat

'Allah did something with a reason', kalau pegang ni kuatx mesti tenang je hadapi segala dugaan dlm hidup ni kan HB... :)

setiap ujianNya mesti ada hikmah yg tersembunyi. kita semua manusia tidak pernah terlepas dari ujian.

itu yang paling utama suri..

Alhamdulillah dan terima kasih kembali..apa yang tercoret ini terlalu sedikit dan semoga Allah bagi kekuatan untuk saya menulis lebih baik lagi pada masa yang akan datang..

ya..setiap kejadian ada hikmah..maka amat wajr bertenang akan ujian tersebut.

sebab itu ada orang kata dunia ialah pentas ujian..dan permainan semata-mata

kurang nikmat hidup bila tiada ujian dalam kehidupan kita.

Nikmat sesuatu ujian itu ialah apabila kita berjaya merenanginya.
Dan selalunya bila kita telah berjaya melangkaui ujian itu, pasti
kita menoleh ke belakang dan perlahan-lahan berbisik kepada diri sendiri ;
OHH...AKU BOLEH SEBENARNYA.

ujian hidup adalah pasti dan ia berbeza antara satu sama lain

baru ada semangat baca komen Lynn

saya setuju sgt dengan HB.makin besar ujian,makin nikmat kita rasa kerana berjaya mengatasi ujian dari allah.....malah lebih bersyukur pasti besar juga ganjaran dari allah....

Setuju bab peluang kedua tu, mungkin mmang ada yang tak ready pada sesi peperiksaan sebelum ni, dan tak adil la buat yang jawab exam dah tau apa soalan

dengan ada ujian baru kita boleh ukur kefahaman tentang kehidupan... bagus entri ni


EmoticonEmoticon