3 Tips Untuk Pikat Bos

3 Tip Untuk Pikat Bos…Bekerja merupakan tanggungjawab kepada diri dan keluarga.Ada kerja ada gaji.Sebab itu sekiranya kalian tergolong dalam kategori bekerja makan gaji maka tips ini amat sesuai untuk dibaca.Ia adalah hasil pengalaman dan pemerhatian sendiri yang telah bekerja hampir 2 dekad.

 

pikat bos

 

Tips yang  akan saya kongsikan ini bukan bernada sinis.Maksudnya pikat bos bukan tujuan untuk mencari jodoh.Bos perempuan untuk pekerja lelaki atau bos lelaki untuk pekerja perempuan.Kalaulah itu terjadi saya tak tau nak cakap apa dah.Suratan jodoh la tu.

 

#1.Datang awal

 

Banyak hikmah kalau datang awal.Waktu bekerja jam 9.00 pagi tetapi kalian sudah terpacul di depan pejabat sejam lebih awal.Jika bos tahu memang dia suka punya.Sebab tak semua orang yang sanggup korbankan masa peribadi untuk kerja.Pengorbanan kalian itu akan berbaloi jika bos tawarkan kalian naik pangkat.Dapat jawatan yang diidamkan ramai rakan sejawatan yang lain.

 

#2.Balik lambat

 

Ini pun satu hal.Ketika rakan-rakan sekerja yang lain bersedia untuk balik ke rumah, kalian pula bersedia untuk tugasan kerja hari esok.Buatlah tabiat ini tanpa paksa.Kalau dipaksa macam bodek bos pula.Jadi lebih baik buat macam biasa tetapi orang biasa-biasa tak sanggup buat.Kalian yang luar biasa sifatnya sanggup buat demi kerjaya.Bos tahu maka peluang naik gaji juga tinggi.

 

#3.Buat kerja sebaik mungkin

 

Ramai yang tersilap dalam perkara ini.”Saya makan gaji je.Buat apa nak kerja lebih-lebih.Last-last bos juga yang dapat nama dan tauke pula yang banyak untung”.Kalian tak boleh berfikir macam itu.Sebab bekerja adalah ibadah dalam Islam.Orang yang jujur dan beramanah akan mendapat keberkatan rezeki.

 

Jika kalian bekerja sungguh-sungguh bos mana pun akan tetap suka.Hati dah suka maka peluang untuk mendapat rezeki lebih terbuka luas.Mungkin memperkenalkan kalian dengan anak bos yang cantik atau kacak sebagai bakal menantu dia.Maaf kategori ini sudah tertutup bagi pekerja yang sudah berkahwin.

 

Kesimpulan dari admin,

 

Jadi nak pikat hati bos tak susah.Kerja dengan ikhlas dan buat sungguh-sungguh.Tetapkan dalam hati bahawa banyak memberi  lebih baik daripada banyak menerima.Macam tak adil.Tetapi hukum dunia sangat cenderung kepada orang yang memberi.Anggapkan konsep memberi itu adalah sedekah maka dengan bersedekah kalian bakal menerima sesuatu yang jauh lebih baik.

 

Kini terpulang kepada kalian nak cuba tips ini.Jika dah bekerja elok sangat tu.Sekiranya masih mencari kerja maka simpan dulu.Usahakan sungguh-sungguh dan jika sudi boleh baca entri  Panduan Gerenti Dapat Kerja Kerajaan

 

Sekian.Jumpa lagi dan salam motivasi.

10 ulasan

mesti boleh pikat boss, dengan cara yg baik lah macam ni...

3 tips untuk bodek bos dengan cara yang halal...

ya..betul tuan..termasuk pikat anak bos.he..he..

cara yang rasanya betul..:-bd

kalau aku jadi bos pun aku suka
3 tips terbaik untuk semua

Sekarang ni memang saya selalu datang awal..balik pun kadang2 lewat gak..tapi takada la lewat sangat..hehe..terima kasih kongsikan tips ni..silap har bulan, bos wak naik gaji kalaƫ macam ni..hehe

Tambah satu lagi... fokus pada kerja yang mendatangkan kesan paling tinggi terhadap prestasi kita, tentu boss akan dakap terus... perkongsian yang baik. Tq

jadi bos sendiri lagi bagus!

tengok bajet juga..kalau ok boleh on la..

fokus pada kerja memang terbaik tuan


EmoticonEmoticon