3 Rahsia Untuk Berjaya Cemerlang

3 Rahsia Untuk Berjaya Cemerlang…Setiap insan berhak untuk berjaya.Memang kita dilahirkan untuk ke arah itu.Namun berapa ramai yang sedar akan kepentingan untuk berjaya terutamanya dalam urusan dunia dan akhirat.Hak untuk berjaya dalam tangan  sendiri.Jadi buat keputusan bijak kerana  keputusan yang salah mengundang rasa bersalah sepanjang hidup.

 

berjaya cemerlang

 

Mari saya ceritakan secara santai dan ringkas 3 rahsia untuk berjaya cemerlang.Suka saya ingatkan bahawa rahsia ini saya petik dan olah semula dari buku tulisan Pahrol Mohammad Juoi bertajuk Mukmin Profesional: Celik Mata Hati

 

1#Visi dan misi hidup tepat dan jelas

 

Mereka tahu apa yang dingini dan cara untuk mendapatkannya dengan jelas.Soal dapat atau tidak memang diletakkan kepada perkara kedua.

 

2#Membangunkan potensi diri pada tahap maksimum

 

Ada yang kenal diri sendiri.Ada yang belum kenal.Mereka yang belum kenal diri cuba untuk meniru menjadi orang lain.Sedangkan hakikat sebenar penciptaan diri kita ini adalah satu keunikan.Kita bijak dan kebijakan itu sendiri tidak akan sama dengan orang lain.

 

3#Memberi kebaikan kepada orang lain

 

Bab ini teramat penting.Memberi kebaikan atau manfaat  ada pahala.Sebab itu saya amat setuju kata ulama bahawa orang kaya yang bersyukur lebih baik daripada orang miskin yang bersabar.Orang kaya yang pemurah (kerana bersykur) dapat menyebarkan kebaikan kepada ramai orang sedangkan orang miskin hanya mampu memberi kebaikan kepada diri sendiri sahaja melalui perasaan sabar

 

 

Kesimpulan dari admin,

 

Ada logik tak rahsia untuk berjaya cemerlang seperti dinyatakan tersebut?.Jika ada pandangan yang bernas marilah bersama kongsikan dalam ruangan komen dibawah.

 

Jika nak menambah pengetahuan sila layari Portal Ilmu.Semoga kalian menemukan sesuatu ilmu yang jauh lebih bermanfaat dekat portal tersebut.

 

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

17 ulasan

untuk berjaya mesti berani mencubakan. kalau tak manalah nak dapat sagunya

Sentiasa berusaha dgn doa, usaha dan tawakkal kpd Allah swt... in shaa Allah, pasti berjaya.. aamiin.

Banyak org nak berjaya cepat tanpa perlu berusaha….

Mmg benar tu.. nak berjaya.. kena byk memberi menfaat kpd org lain terlebih dahulu...:D

nak tambah jangan sesekali lupa pada orang tua supaya dapat keberkatannya...

Nak tambah juga... Nak berjaya kena buat apa yang orang gagal tak buat. Buat apa yang orang gagal taknak buat.

bab itu saya bersetuju jugalah..

saya suka perkongsian tuan!

ada oranng kata no short cut to success!

itu budaya memberi..orang kata..the more you give and the the more you get!

itu yang terbaik kerana keberkatan hidup apabila kita membuat kebaikan kepada mereka!

satu perkongsian yang bagus tu..bro! terima kasih

Adakah untuk berjaya itu satu rahsia? Untuk berjaya kenalah tahu kejayaan apa yg ingin dikehendaki. Kenalah ada ilmu dan mengikut cara dan haluan yang betul. Nak jadi doktor...janganlah belajar engineering. Tak ada cara lain...perlu usaha, usaha, usaha dan terus berusaha... Selebihnya, yakin, doa dan tawakal.

sebetulnya tiada rahsia..malah dalam dunia ini banyak perkara sudah tiada rahsia lagi..

ya
beri kebaikan kepada orang
nanti allah beri kebaikan kepada kita

ya buat baik dibalas baik!

Percaya sebelum berjaya. Kene yakin dengan diri sendiri, usaha, doa dan tawakkal. Perkongsian yang bermanfaat gitu. Simple but very good one!


EmoticonEmoticon